suami main games online

Puas ditegur cara baik, suami tetap setia main games online. Nak diulang-ulang, risau pula jadi perang mulut. Akhirnya si isteri pendam rasa dengan apa yang dihadap setiap hari sampai ada yang naik geram lepas amarah pada anak-anak.

Retak seribu, tapi nak salahkan siapa bila berlaku situasi ini? Suami kurang kesedaran atau sebab salah isteri terlalu membiarkan suami hanyut dengan hobinya?

Mari renungkan perkongsian Puan Intan Dzulkefli, ada jawapan padu dan mungkin suami isteri boleh berubah dan betulkan apa yang silap dalam hubungan.

Suami Ketagih Main Games Online

Kesal apabila terbaca perkongsian-perkongsian isteri yang menulis pelbagai kesan buruk apabila suami terlalu obses dengan online games hingga mengabaikan amanah pada anak isteri.

Kerana gajet (smartphone/games), ramai isteri ‘menjanda’ tanpa diceraikan, ramai anak-anak kecil di’yatim’kan walau bapa masih hidup.

Kesannya, kebanyakan ibu terpaksa memberi smartphone kepada anak sejak awal usia untuk ‘mendiamkan’ anak-anak agar boleh fokus hal memasak, membasuh, urus rumahtangga. Sebabnya, apabila minta si bapa menjaga dan melayan anak, langsung buat tidak endah melainkan hanya fokus pada games.

Ramai juga ibu yang pukul, cubit, tengking anak kerana lepaskan stress, marah, penat, geram akibat tidak puas hati perbuatan suami.

Dari satu kesilapan menjurus kepada kesilapan-kesilapan seterusnya. Pengakhirannya yang menjadi mangsa paling dahsyat ialah, ANAK-ANAK.

Ads

Urusan mendidik anak-anak memerlukan kerjasama kedua belah pihak suami dan isteri. Apabila salah seorang berlepas diri, pasti akan memberi kesan kepada tumbesaran emosi, rohani dan akhlak anak-anak.

Buat para lelaki, kena sedar semua tanggungjawab pada anak isteri. Muhasabahlah, apa prioriti dan amanah utama dalam hidup sebagai lelaki yang bergelar suami/bapa.

Sekadar hobi tak salah, namun apabila telah menjurus kepada obsesi yang menjadi penghalang kalian daripada menjadi suami dan bapa yang amanah, sabar dan bertanggungjawab, maka, buatlah timbal balik.

Muhasabah semula apa niat dan azam semasa akad nikah dahulu. Nak bawa keluarga syurga atau neraka, kejayaan atau kegagalan, kestabilan atau kacau bilau.

Ads

Buat isteri yang diuji,

Doa, nasihat dan beri motivasi kepada suami. Beri dateline untuk dia tunjukkan kesungguhan untuk berubah. Jika tetap tiada tanda positif, face the reality. You absolutely know what to do. Kena istiqomah minta petunjuk dan kekuatan dari Allah untuk berdepan dengan ujian dan kemungkinan masa depan.

Ingatlah wahai ibu, jangan rosakkan anak-anak. Jangan lepaskan sakit, marah kita kepada anak-anak sedangkan ia berpunca dari silap suami.

Suami jika dia abai tanggungjawab, dia kena jawab dengan Allah. Tapi kita sebagai ibu, jangan sesekali jadikan anak-anak sebagai korban. Kesian anak-anak yang tidak berdosa.

They deserve better. You too.

Ads

InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusan dan dibukakan jalan penyelesaian. Amiin.

Buat para wanita yang belum berkahwin, jadikanlah kisah-kisah masyarakat seperti ini sebagai teladan, kenal pasti akhlak bakal suami dengan sebaiknya. Bukan mudah mengubah tabiat buruk, ada kemungkinan sampai mati pun tak mampu diubah, jika tanpa kesungguhan.

Perkahwinan yang sakinah mawaddah dan rahmah itu bukanlah magik melainkan tentang kerja keras.

Akhir sekali,
Isteri yang tidak diuji ujian sebegini atas belas kasihan Allah, bersyukurlah sebanyaknya.

Sesungguhnya hidup di dunia adalah ujian. Kita bukan lagi dalam syurga. Semoga Allah ampunkan segala kelalaian kita.

Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah. Jzkk zauji.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI