Suami anda boleh dikatakan mempunyai wajah yang sedap mata memandang dan ‘mulut manis’ pula tu. Ramailah wanita yang berminat! Dia pun apa kurangnya, suka melayan dan ‘test market’. Sejak awal perkahwinan, anda asyik menjeruk rasa kerana sikap ‘nakal’ dan mata keranjang suami. Tapi, sampai bila nak hadap?
Ikuti perkongsian daripada HM Tuah Iskandar Al-Haj www.drtuah.com), motivator, yang pernah disiarkan di dalam majalahMingguan Wanita.
Luahan Hati Isteri Tentang Suami
“Kenapa orang lelaki ni tak boleh puas dengan yang satu? Kenapa mesti nak menggatal?” Luah seorang wanita.
“Menggatal macam mana tu?” Tanya saya.
“Suami saya tuan, dia gatal, kerjanya memerhati perempuan je. Kalau umur tu masih muda, tak apalah sangat, ini dah lebih setengah abad.”
“Itu bukan gatal, itu lumrah seorang lelaki.” Ujar saya.
Ads
Kata saya seterusnya, kalau lelaki sudah tidak kisah dengan perempuan, itu mungkin petanda sesuatu yang tragis akan berlaku dalam hidupnya, seperti mati pucuk.
Kalau Tak Suka Takut Tak Normal!
Seorang lelaki sudah tidak bernafsu terhadap wanita juga malapetaka besar, sebab alam sudah tidak seperti selalunya. Sejak hidupan wujud di bumi, semua yang jantan akan mencari yang betina, baik haiwan, baik tumbuhan, apalagi manusia.
Kebiasaan ini kekal hingga kini. Andainya yang jantan sudah tidak kisah dengan yang betina, bermakna kehidupan akan melalui episod tragis – zuriat akan terhenti.
Ads
Suami Anda Normal!
Apabila seorang lelaki melihat wanita lalu tertegun atau tersuka, atau terangsang, itu bukanlah aneh sebab hampir semua lelaki normal akan begitu.
Yang membezakan sama ada mereka mampu mengawal ataupun menghalakan perasaan itu ke tempat yang betul. Bagi yang memiliki falsafah hidup yang dominan, dia mampu memujuk dirinya supaya bertenang – hatinya akan berkata, ‘Itu bukan milik engkau, ia haram kalau kau terjah. Kalau nak ada caranya.’
Pada yang dipasak pengetahuan agama yang tinggi, dia istighfar lalu mengaitkan kecantikan wanita itu dengan Sang Pencipta – seandainya ALLAH mampu mencipta makhluk secantik itu tentu DIA lebih cantik lagi. Dalam kata lain, dia dapat mengaitkan rasa yang wujud dalam dirinya dengan TUHAN.
Tak Semua Lelaki Sama
Bukanlah hendak mengatakan tabiat suka memerhati perempuan itu boleh atau baik bagi seseorang lelaki, tetapi sekadar untuk memberi kefahaman bahawa makhluk lelaki memang kesemuanya menyukai wanita. Apabila dia mula tidak menyukai, dia mungkin sudah ditimpa penyakit hilang nafsu atau beralih nafsu kepada kaum sejenis. Itu lebih berbahaya!
Bukan semua lelaki akan terangsang oleh semua wanita cantik yang dilihatnya, buktinya dia tidak terangsang pada ibu, pada adik beradik, emak saudara. Dia hanya seronok melihat wanita yang tiada kena mengena dengan dirinya, selalunya wanita-wanita itu tidak dikenalinya pun.
Ads
Sekadar Pandang Je!
Dalam kata lain, dia memandang sekadar memandang, rasa terangsang dan berakhir apabila wanita itu berlalu pergi. Dan begitulah proses ini berulang. Dia langsung tidak meninggalkan bekas, hubungannya dengan isteri masih okey, masih berperanan sebagai suami yang sempurna.
Lelaki semua suka melihat wanita cantik, tapi sekadar di situ. Habis di situ, habislah. Sama macam isteri, kadang-kadang terdetik perasaan terpesona dengan lelaki-lelaki di luar sana tetapi kesemuanya tidak berbekas di hati, bukan?
Lepas tengok, rasa suka, kemudian lupa. Selagi tidak anggau hingga melupakan tanggungjawab dan kewajipan anggap sahaja ini adalah lumrahnya alam”.
Jangan Sampai Cemburu Buta
Kesimpulannya, usah terlalu cemburu dalam menjalani hidup. Usah sengaja memayah-mayahkan sesuatu yang mudah. Syahwat adalah mekanisme yang diperlukan untuk membuktikan keupayaan dan pembentukan zuriat. Anggap saja sekadar gurauan.
Menakutkan dunia sekarang. Garis sempadan batasan hubungan suami orang mahupun isteri orang semacam sudah hilang. Bebasnya bergurau senda tanpa sedar diri siapa diri anda yang sebenarnya.
Benar, hubungan rakan sepejabat saja. Takkan berubah menjadi cinta. TAPIII.. jangan sesekali dimulakan. Sebab sekali terlajak meluah isi hati, amat payah untuk ditarik balik.
Angaunya bila berCINTA (kononnya) dengan rakan sepejabat, atau rakan apa-apalah.. akan membawa luka yang tersangat parah dalam rumah tangga anda kelak.
Mesej ini ditujukan buat suami mahupun isteri orang. Sebab zaman sekarang sama saja galaknya. Macam saling berdendam pula, bila suami boleh curang mengapa tidak isteri. Eh! Eh! Kau ni dah ikut mazhab mana.
Wahai Suami, Isteri Orang, Jangan Cari Pasal Dengan 4 Hal Ini
1. Jangan Cari Pasal Ya.. Tak Perlu ‘TEST MARKET’
Cukup-cukuplah menguji kesetiaan isteri. Tak perlu juga nak ‘test market’ dekat dara-dara, teruna, janda malah bapak-bapak orang. Sebabnya, isteri atau suami bila dah ikhlas cintai kita, mereka adalah pencinta yang setia.
2. Telefon Bukan Dicipta Untuk Melukakan Hati Isteri
Sayangnya ramai dah salah guna. Telefon canggih itu lebih indah rupanya berbanding isteri sendiri. Lihat! Berapa ramai isteri-isteri makan hati dengan telefon suami.
Sekat telefon bimbit anda ketika berada di kamar tidur (ketika bersama isteri, suami), di meja makan, ketika bersantai atau jalan-jalan dengan famili.
Pleaselah.. set dekat minda yang tak dapat hadap telefon setengah jam itu tak rugi mana pun.
3. Ke Mana Pun Pergi.. Kena Sedar Diri
Tahu status diri, siapa kita sebenarnya. Suami orang atau isteri orang. Dua-dua kena kawal emosi agar tak terlalu bergurau mesra sampai membawa mimpi-mimpi indah ke orang lain.
Bukan tak boleh bergurau dengan kawan. Isk! Melampau sangat sekatan itu. Cuma, berguraulah dengan cara yang sepatutnya. Kena letak batasan. Jangan terover.. membawa kepada whatsapp personal yang krik! krik! sangat.
4. Jangan Mulakan Perbualan ‘Nak Tolong Selesaikan Masalah Kawan’
Oh.. ini sangat bahaya untuk suami atau isteri orang. Mula-mula memang anda mendengar kisah-kisah rumah tangganya yang berantakan. Suami tak beri kasih sayang, mentua tak sayang, anak-anak berjauh hati.
Nah! Lama-lama.. PERCAYALAH! dari niat nak tolong dengar dan bantu nak selesaikan masalah itulah yang akhirnya menjerat diri. Sudahnya, isteri orang kau tolong.. isteri di rumah kau abaikan. APOO??
Doa Itu Senjata Terbaik Untuk Baiki Hubungan Suami Isteri
Berdoa boleh saja di mana-mana. Tak perlu tunggu ketika waktu solat. Sambil menyapu boleh berdoa, ketika memasak boleh memohon padaNya.
Kalau suami isteri ‘car pool’ ketika pulang dari kerja, bolehlah isteri bacakan doa-doa pengerat kasih sayang. Biar suami di sebelah tenang mendengar. Itu lebih baik daripada bergosip pasal jiran atau kawan-kawan sepejabat yang kita tak sebulu.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kadang-kadang terluah juga yang penatlah jaga anak, penatlah kerja dan bila dapat gaji, duit semua pergi kepeda keperluan anak. Jangan salah ya mak, ayah. Sebenarnya setiap apa yang kita dapat dari Allah adalah rezeki anak-anak.
Cuma kadang-kadang kita tak sedar, setiap anak membawa rezeki yang berbeza. Dapat anak pertama, rezeki gaji naik. Kemudian, dapat anak kedua, dapat beli kereta lebih besar. Semuanya hadir dengan kelahiran anak.
Kita dapat beli kereta. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat beli rumah. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik gaji. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat makan cukup. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita dapat kerja baik. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat bonus. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat networking luas. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita dapat naik pangkat. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita hidup bahagia. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita banyak masa lapang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak dibeban hutang. Boleh jadi ia rezeki anak-anak. Kita tidak putus duit. Boleh jadi ia rezeki anak-anak.
Kita Yang Menumpang
Hakikatnya kita yang sebenarnya menumpang rezeki anak-anak. Bukan anak-anak yang menumpang rezeki kita.
Semuanya boleh jadi rezeki anak-anak yang datang melalui kita.
p/s : Jangan sesekali anggap anak-anak dan pasangan sebagai beban. Mereka inilah pembawa rezeki yang sebenar-benarnya.
MW: Sesungguhnya setiap anak memberi rezeki yang berbeza buat mak, ayah. Jadi hargailah setiap anak kita dan jangan jadikan meraka sebagai bebanan. Bimbang nanti bila ditarik Allah, kita yang menyesal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebut poligami, mana-mana isteri pasti menolak dengan keras. Tidak mampu membayangkan kasih terpaksa dibahagi-bahagi. Andai itu suratan Ilahi, ujian keimanan ini perlu ditempuhi dengan penuh ketakwaan.
Ini perkongsian hati dari Puan Shikin Mohmad (Ashikin Mohmad), bagaimana apabila dia mengubah cara pandang, lalu Allah membuka kekuatan jiwa yang tak mampu dibayangkan. Semoga beliau mendapat keberkatan dan rahmatNya di dunia mahupun akhirat.
Aku bukan malaikat dari kayangan. Aku sama saja dengan wanita lain. Sebut saja poligami remuk redam hati dan rasa mahu “smack down” saje suamiku ini.
Aku bukan malaikat. Perasaan marah, sedih, kecewa semua ada sebagai manusia yg penuh dengan nafsu manusiawi.
Suamiku sabar berterusan mendidikku dekat dengan Allah. Aku khatam berkali2 buku karangan kapten Hafiz “202 Tips Poligami”.
Satu ayat yang sangat menyentap terus hatiku yang dalam kesedihan. “Apa bukti aku cinta pada Allah melebihi dari suamiku jika aku menentang keras syariat Allah yg satu ini sedangkan suamiku sangat berkemampuan untuk adil.
Allah tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuanNya.
Asalnya aku melihat poligami ini satu ujian. Aku cuba selusuri hidup Rasulullah saw. Kehidupan jauh penuh dengan ujian dari kecil kehilangan seorang demi seorang yg baginda sayang dari ayah, ibu, datuk, isteri tercinta dan bapa saudaranya. Ujian dihina dan dikatakan gila oleh org kafir. Dibaling batu hingga berdarah kepala baginda. Allahu ujian apakah ini melainkan untuk mengangkat darjat baginda makin mendekat kepada Allah. Apakah pantas hasil dari sabar dengan ujian dapat bertemu dengan Allah itu digelar ujian? Pastinya itulah hadiah yang paling teragung dan kejayaan yang termulia.
Aku ingin juga dicintai Allah sepertimana cinta Allah kepada Rasul. Target akhirat ni membutakan mataku utk melihat poligami sebagai Hadiah dari langit bukan satu ujian.
Ajaibnya apabila kuubah cara pandang, Allah titipkan begitu banyak kekuatan membolehkan aku turut sama membantu memilih calon isteri buat suamiku. Kekuatan dari ilahi juga membantuku meminang dan menyarungkan cincin tunang bahkan menyaksikan ijabkabul suamiku dengan wanita lain. Allahurobbi. Lahaulawalaquwwataillabillah.
Moga hadiah ini mendekatkan aku, suamiku dan maduku dekat kepadaNya. Moga usaha dakwah kami kian rancak dan urusan perniagaan kami makin lancar. Poligami atau tidak bukan itu yg membezakan kita dihadapan Allah. Penentunya adalah ketaqwaan kita padaNya. Mohon doa dari semua.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...