Ramai suami berharap isteri melayan dirinya macam raja. Bukan sekadar jaga makan minum, pakai malah serba serbi tip top. Tapi sedar kah suami, jika mahu dilayan sebegitu sebenarnya suami itu dulu kenalah layan isterinya macam puteri raja.
Barulah isteri seronok, ikhlas dan tak berkira pun nak melayan suaminya kelas terbaik bak raja. Haa.. ini kisah benar yang dikongsikan Eddie Diena. Tentang sepasang suami isteri yang sudah 35 tahun berkahwin, tapi hubungannya macam baru jatuh cinta.
Gelagat Suami Isteri Berebut Nak Belikan Makanan
Tadi saya luangkan masa jumpa kawan lama. Sedang rancak berbual di kedai makan. Datang sepasang suami isteri berumur lingkungan 50an. Mereka jalan berpimpin tangan lalu menyapa kami.
“Adik, meja ni ada orang tak?”
“Tak ada orang pakcik.” jawab kawan saya kepada pakcik tersebut.
Tak lama berselang.
Pakcik tu pun berkata kepada isterinya.
“Sayang, awak duduk dulu. Cop meja, nanti orang lain ambil pulak. Orang tengah ramai ni.”
“Eh, tak apa bang. Biar saya yg pergi beli. Abang yg duduk.” jawab isteri pakcik tu sambil tersenyum.
“Eh, tak apalah. Biar saya pergi beli, awak tu rehat. Nanti darah naik pulak.”
“Tak apa, saya dah biasa. Biar saya buat semua. Kalau awak taknak dengar cakap nanti saya merajuk.”
“Okay okay, saya kalah. Dah awak pergi beli.nSaya tunggu sini.” Sambil tersenyum kearah kami berdua.
Rahsia Isteri Layan Suami Macam Raja
Saya dan kawan saya tersenyum melihat gelagat pakcik tu suami isteri yang berebut nak belikan makanan. Nampak romantik walau sudah tua.
Saat isteri pakcik tu sudah pergi meninggalkan meja.
Kawan saya tadi tu beranikan diri untuk menyapa pakcik tu.
“Kamu dah berkahwin?” soal pakcik tu.
“Sudah pakcik” jawab kawan saya.
“Isteri kamu layan kamu macam Raja tak?”
“Tak pakcik, dia layan biasa biasa je.”
“Habis tu kamu layan dia macam puteri raja tak?”
“Tak jugak pakcik. Saya layan dia biasa biasa aje.”
“Oh, okay. Ni pakcik share 1 tips. Pakcik pun baru je berumah tangga. Tak adalah expert mana pun. Adalah lebih kurang 35 tahun kahwin dan baru je ada 6 anak dan 2 cucu.”
Kawan saya tersenyum dengar sambil berkata.
“35 tahun kahwin pakcik cakap baru?”
“Yelah, bagi pakcik macam baru sebab perasaan tu masih sama macam dul-dulu.”
jawab pakcik tu.
“Oh,okay pakcik. Barulah saya faham. Apa tipsnya?”
“Kalau kamu nak isteri kamu ni layan kamu macam Raja. Pertama sekali diri kamu yg nak kena layan dia macam puteri raja dulu.”
Ads
Jika Mahu Isteri Hormatkan Suami
Nak dia hormat kamu, kamu jugak kena hormat kepada dia dulu. Jangan berkasar dengan dia dan kena saling bertolak ansur dalam semua perkara.
Kalau kamu layan dia endah tak endah.
Dia pun akan balas apa yang kamu buat pada dia. Sebab isteri kita ni kita yang didik. Kita yang bentuk dia. Baik layanan kita terhadap dia. Baiklah layanan dia kepada kita.
Kalau dari awal kita tunjuk contoh yg baik pada dia. InshaAllah, dia jugak akan menjadi baik. Kalau tak percaya. Adik boleh cuba dekat rumah tangga adik nanti.
Begitu jugak kalau kita jadi ketua di tempat kerja. Kalau nak orang bawahan hormat kepada kita. Kita terlebih dahulu kena tunjuk yang kita hormat kepada mereka. Barulah semua pekerja akan ikhlas melakukan kerja.
Sebab dalam kehidupan seharian kita ni.
Kita tak boleh nak harapkan orang layan kita baik-baik kalau kita sendiri tak layan orang tu baik-baik. Bak kata orang putih.
Tak lama lepas tu isteri pakcik tu pun sampai di meja makan. Kami pun tak berani nak tanya apa² lagi dan hanya melihat gelagat pakcik tu dan isterinya.
Tak lama berselang. Kami pun minta diri untuk beredar. Semasa kami hendak bangun dan berlalu pergi.
Sempat pakcik tu berkata.
“Jangan lupa cuba pesan pakcik” Sambil menyuap makanan ke arah mulut isterinya.
Sepanjang perjalanan saya cuba untuk ingat segala kata² pakcik tadi untuk saya sampaikan kepada yg lain. Sebab bagi saya apa yg pakcik tu sampaikan sangat jelas dan saya bersetuju dengan pendapat pakcik tu.
Kalau kita nak orang hargai kita. Kita terlebih dahulu perlu menghargai pasangan kita.
Renung-renungkan.
Bila tiba bulan Ramadan, mesti mak-mak pening fikirkan menu apa yang akan dihidangkan untuk orang tersayang. Bukan setakat berkhasiat dan seimbang tapi membantu membangkitkan selera seisi keluarga.
Jangan risau, inilah yang menanti anda! Sambutlah bulan ramadan yang penuh barakah dengan hidangan menu Ramadan dan Raya ini, pasti memenuhi impian anda dan orang tersayang.
Menu ramadan & raya Secret Recipe, yang dinantikan oleh setiap orang, hidangan nasi kerabu yang digemari ramai. Pastinya memenuhi idaman anda dengan rasa yang seimbang dan khasiat.
Dikatakan sebagai variasi hidangan kegemaran yang bermusim, Secret Recipe telah menampilkan variasi hidangan kegemaran bermusim yang popular: Nasi Kerabu Specials.
Hasil kolaborasi bersama chef selebriti, Anis Nabilah, hidangan istimewa baharu ini menampilkan tiga hidangan di mana hidangan berwarna biru tersebut menjadi tumpuan utama. Tetap setia kepada rasa kaya dan lazat Nasi Kerabu, hidangan ini juga menawarkan alternatif yang sihat tanpa menjejaskan keenakan.
Antara pilihan menu nasi kerabu yang yang jadi pilihan:
Nasi Kerabu bersama dengan sayur-sayuran segar, keropok ikan, telur masin, sos kelapa pedas dan sambal.
Nasi Kerabu Ayam Percik menyajikan nasi Kerabu biru dengan hidangan paha ayam panggang serta sos Percik pedas.
Nasi Kerabu Ikan Saba Percik menawarkan ikan yang dipanggang dan dilumuri dengan sos Percik, dipadankan dengan nasi biru dan pelbagai hidangan sampingan.
.
Bagi melengkapi hidangan menyelerakan ini, Anis Nabilah juga telah mencipta dua minuman unik baharu untuk pelanggan Secret Recipe. Kurma Calamansi Fizz menggabungkan kemanisan dari buah kurma dengan rasa limau kasturi yang bertenaga, manakala Ice Blended Onde-Onde ialah minuman berasaskan kelapa yang diilhamkan daripada pencuci mulut tradisional yang dinamakan sempena namanya.
.
Raikan Detik Manis Raya dengan Kek Kegemaran
Secret Recipe juga telah memperkenalkan kek Onde Onde baharu dalam rangkaian kek Platinum Collection, khusus untuk musim Ramadan ini. Onde Onde ini adalah hasil ciptaan krim kelapa yang diapit di antara span pandan yang gebu, dihiasi dengan krim Gula Melaka dan kepingan kelapa.
.
.
Diberi Penghormatan, Anugerah Platinum
Sebagai jenama yang disahkan Halal, Secret Recipe telah diberi penghormatan dengan beberapa anugerah, termasuk anugerah Platinum untuk kategori Produk atau Perkhidmatan Halal Terbaik yang baru diperkenalkan di Star Outstanding Business Awards (SOBA) 2022.
Selain memenangi anugerah Platinum, Secret Recipe telah diiktiraf dalam beberapa kategori lain di SOBA 2022, termasuk Perniagaan Terbaik Malaysia, Platinum untuk Jenama Terbaik, Emas untuk Inisiatif
Hijau Terbaik dan Terbaik dalam Runcit.
Selain itu, pengasas Secret Recipe, Dato’ Steven Sim, menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang untuk Usahawan Lelaki Terbaik. Pengiktirafan ini menonjolkan kepimpinan beliau yang berwawasan dan kejayaan jenama Secret Recipe di bawah bimbingannya.
Mingguan Wanita : Tahniah dan sentiasa memikat selera rakyat Malaysia.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nak buat kuah laksa pun ada rahsianya, dan mungkin cara setiap orang masak tak sama. Kali ini nak kongsi resepi masakan kuah laksa utara daripada Puan Syafiqah Mohdradzi…
Hari-hari cuti ni kan kalau boleh layan laksa utara piawww baqhang. Melelehhh oiii. Makan pulak berulang-ulang selang sejam makan selang sejam makan. Perghhhh!! Memang tak makan apa dah. Dok berulang laksa ja selagi tak habis kan.
Makan kat kedai tak puaih makan la. Kadang ikut nasib pulak tu. Dapat yang sedap takpa. Dapat yang ceroii macam ayaq hujan di tasik rindu tu menangis.
Ni fiqah share resepi sempoi punya untuk peminat tegar laksa. Mudah ja nak buat laksa ni. Tak payah dok buat payah noh.
Cara-cara semudah petik jari
1) 15 ekor ikan temenung (size queen) direbus.
2) Perisi isi ikan yang siap direbus.
3) 12 tangkai cabai kering digunting untuk buang biji dan direndam air panas
4) 3 biji bawang besar ( size king ), kalau size queen dalam 5 biji.
5) Blender cabai kering & bawang besar beserta belacan sebesar ibu jari kaki orang dewasa
6) Panaskan periuk dan masuk bahan blender. Masak seketika biaq menggelegak.
7) Blender isi ikan dan masukkan dalam periuk.
8) Tambah air dalam 2 liter.
9) Masak ja naik biaq menggelegak galak dan masukkan bunga kantan, daun kesom, pucuk samak, asam keping.
10) Reneh ja api sederhana biaq semua bahan2 tadi bermesra dalam periuk.
11) Perasakan dan siap.
12) Sambil-sambil kuah nak siap tu rebuih laksa siap2. Takla meleleh ayaq lioq satg dok tunggu laksa masak.
TIP:
Nak kuah laksa yang lagi piawww kuah buat malam dan dibiar semalaman. Awai pagi tu bila semua bahan dah mesra laksa akan lebih piaww.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Haider Mateen hero baru Elly Mazlein dan suami, Mohamad Azlan. Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon popular Elly Mazlein yang baru saja melahirkan bayi lelaki.
Haider Mateen Hero Baru Elly Mazlein & Suami
Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom selamat melahirkan bayi lelaki yang juga anak keduanya di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pagi Sabtu, 23 Oktober lalu.
Seperti mana yang dikongsi menerusi akaun Instagramnya, Elly bersyukur dengan kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Haider Mateen Mohamad Azlan.
“Assalamualaikum, saya selamat bersalin pada 23 October 2021 pukul 12.23 pagi tadi. Alhamdulillah mama dan Haider sihat.
“Terima kasih suami jaga mama sepanjang mengandung sehingga bersalin. Bertambah seorang lagi seorang dalam keluarga comel kita, syukur ya Allah.
“Suami, emak dan jururawat membaca surah Yasin, beri ayat mudahkan bersalin. Syukur, cepat Haider nak jumpa mama dan papa.
“Dengan ini saya nak memperkenalkan anak kedua, Haider. Selamat datang ke dunia kegembiraan kecil saya,” tulis Elly.
Haider & Sefhia Hadiah Paling Bermakna Buat Suami
Perkongsian terbaru, Elly turt berkongsi ucapan sempena hari lahir suaminya. Paling membuatkan suaminya terharu, Haider dan Sefhia merupakan hadiah paling bermakna buat Mohamad Azlan.
“Happy birthday Suami, Suami cakap dengan hadirnya Haider & Sefhia tu hadiah paling bermakna buatnya.
“Kakak Manja paling excited.
“Selama ini kakak Manja hanya kenal dua Hero dalam hidupnya.
“Siapa lagi, Atuk & Papa Awan Nano la. Dan Alhamdulillah kali ni hadir seorg lg hero dalam hidup dia, Haider. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur syukur Ya Allah
“Semoga keluarga kecil kami kekal bahagia, dipermudahkan segala urusan & diRahmati Allah S.W.T Amin.
“Welcome home Haider Mateen Bin Mohamad Azlan,” luah Elly.
Untuk pengetahuan Elly telah mendirikan rumah tangga dengan seorang guru, Mohamad Azlan pada 18 Januari 2020.
Elly juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan bercerai setahun selepas itu. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 5
Sumber /Sumber Foto : Instagram Elly Mazlein
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Benarlah segala kekuatan seorang wanita ada pada Tun Dr. Siti Hasmah. Mingguan Wanita begitu tertarik dengan perkongsian seorang wanita ibu tunggal yang bernama Puan...