Suami nak hargai isteri mudah saja, singsing lengan baju, tolong buat kerja rumah. Rutin seorang isteri begitu mencabar untuk menguruskan rumah tangga setiap hari. Celik saja mata, isteri akan mula menguruskan rumah tangga dan menyiapkan anak-anak untuk ke sekolah. Lebih mencabar jika isteri itu juga bekerja jadi berganda-gandalah kepenatannya.
Tidak salah jika suami turut singsing lengan nak tolong isteri. Cara ini sudah cukup memadai buat isteri sebagai tanda dirinya dihargai. Mereka tidak minta banyak pun, hanya sedikit sikap ingin menolong isteri.
Sebagaimana perkongsian oleh doktor Dr Ezairy M.Sallih yang mendedahkan mengenai rutin sibuk seorang isteri, agar suami menghargai isteri untuk rutin sehariannya di rumah.
Ramai antara kita yang lelaki ini bila keluar rumah pergi kerja, boleh lupa segala perkara yang ada di rumah.
Pernah tak kita terfikir apa yang sedang berlaku kepada anak-anak dan isteri kita di saat kita sedang bersarapan di tempat kerja, makan tengah hari dengan kawan atau tengah duduk bersembang dengan member sekerja.
Isteri di rumah mungkin sedang sangat sibuk mandikan anak di waktu pagi. Diri sendiri pun tak sempat untuk bersiap. Bermekap apatah lagi.
Menjengah ke tengah hari pula sibuk nak memasak. Siap masak, mulalah masukkan pakaian ke dalam mesin basuh, basuh pakaian pula.
Yang ada anak di sekolah, sebelum buat semua tadi, pagi-pagi sudah kelam kabut hantar anak ke sekolah. Tengah hari sibuk ambil mereka pula.
Apabila anak balik, ruang tamu yang cantik diperkemas tadi kembali bersepah. Kena kemas semula. Ketika ini anak mula menjerit-jerit.
Nak menjengah ke petang sibuk pula sediakan makan suami. Di antara sela masa itu anak kecil tak henti menangis, minta diberi susu, nak dimanja, dibelai dan diberi perhatian.
Apabila suami balik, itu tak sedaplah, ini kurang garam lah. Kenapa rumah bersepah, tak kemas rumah ke? Duduk rehat saje kat rumah ya? Inilah kan nasib isteri.
Macam itulah saban hari. Malamnya pula ketika kita sedang nyenyak tidur, si kecil menangis, puan isteri ini jugalah yang bangun buatkan susu, layan segala kerenah anak. Maklumlah, si Ayah sudah ‘penat’ bekerja di siang hari. ‘Letih’ sangat sampai tak mampu nak terjaga.
SUAMI KENA FAHAM HAKIKAT KEHIDUPAN ISTERI
Kita para suami ini kalau semuanya faham dengan lumrah dan hakikat kehidupan isteri seperti ini, sudah tentu akan bahagia sentiasa rumah tangga.
Ya, rumah tangga ini perlu kepada sifat memahami antara kedua pasangan. Jika tiada pada satunya, ia akan runtuh sebelah dan perlahan-lahan roboh jua akhirnya.
Kadangkala kita selalu bertengkar.. berselisih faham dek perkara-perkara kecil yang tak perlu diperbesar.
Hargailah pasangan anda.Kongsikan, supaya lebih ramai di luar sana menyedari hakikat ini. Isteri untuk dihargai..
Semoga kita menjadi pasangan yang salin melengkapi antara satu sama lain agar bahtera perkahwinan kekal bahagia.
Sumber: Dr Ezairy M.Sallih
Baca artikel lain juga: Suami Fail Cerai Kerana Ada HIV Lepas Dirog*l, Peguam Nasihat Isteri Sila Jadi Cerdik “Tak Semua Cerita Laki Kena Percaya”
“Saya turunkan ego saya…
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.