Suami nak cerai, isteri terus failkan tuntutan nafkah dan harta sepencarian di Mahkamah
Iyalah suami tengah angau dengan kekasih hati, memang sudah tak ada hati pada isteri dan anak-anak. Begitulah realitinya bila suami curang, muka isteri pun dia tak mahu pandang. Apa lagi hati isteri, lambat lagi dia nak jaga.
Suami Nak Cerai
Kongsi Puan Kheyr Hameed, bila artis buat laporan pihak ketiga dalam rumah tangga, ramailah sibuk nak juga “saman”.
Saman yang artis tu buat ialah untuk kes sivil untuk injunksi bagi menghalang pihak ketiga mengganggu artis tersebut sama ada secara bersemuka atau dalam talian. (U go girl, good job!)
Untuk isu pihak ketiga, ia adalah bawah kategori jenayah syariah (bagi muslim). Jadinya bukan istilah “saman” digunakan, ianya adalah pendakwaan yang akan dilakukan oleh pendakwa syarie.
Isteri Tak Payah Terhegeh
Prosedurnya? Bawa bahan bukti dan sebagainya serta buat laporan di pejabat agama islam daerah/negeri.
Tetapi untuk mendakwa pihak ketiga ianya agak mencabar kerana peruntukan yang ada, adalah sangat terhad dan spesifik.
Sebagai contoh, di Selangor terdapat tiga peruntukan melibatkan orang ketiga iaitu Seksyen 32, 33 dan 34 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.
Ads
Lebih Baik Move On
Peruntukan ini menetapkan,
“Mana-mana pihak yang memujuk lari suami atau isteri, mana-mana pihak menghalang suami isteri menjalankan tanggung jawab dan mana-mana pihak menghasut memujuk suami isteri supaya bercerai atau mengabaikan tanggung jawab dalam rumah tangga boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan”.
Dan tafsiran orang ketiga boleh juga melibatkan ahli dalam keluarga sendiri seperti ibu mentua, ipar duai dan sebagainya.
Apa yang dikatakan mencabar itu ialah bagaimana hendak buktikan kepada mahkamah bahawa pasangan anda adalah “dipujuk” atau ”dihasut” untuk lari atau abaikan tanggungjawab atau bercerai?
Antara saksi utama akan dipanggil ialah pasangan anda sendiri. Jadi jika disoal siasat, adakah anda rasa pasangan anda akan menyatakan “ya, dia yang hasut saya supaya bercerai.”
Atau “ya, dia yang pujuk saya tinggalkan isteri saya.” ?? Adakah mungkin mereka akan menganiaya ”skandal” mereka sendiri dengan mengatakan memang mereka tidak berniat tetapi dipujuk dan dihasut?
Selagi Boleh
Senang cerita, akal sudah diberi… Pilihan di tangan sendiri. Fahami maksud kehidupan suami isteri. Curang itu adalah pilihan.
Ads
Kalau tanya saya, saya lebih suka anda failkan tuntutan nafkah tertunggak dan harta sepencarian di mahkamah jika didapati dimadukan atau jika ingin diceraikan.
Suami nak ceraikan, tapi isteri beriya tak nak dan nak “saman” pihak ketiga. Move on sajalah. Cerai dan buat semua tuntutan yang boleh. Tak payah terhegeh-hegeh dah kalau suami nak ceraikan.
Notakaki: Kalau mak pak mertua hasut menantu untuk tinggalkan rumah dan abaikan tanggungjawab, silalah saman mak pak mertua.
Tapi drama melayu, selalunya mak pak mertua akan suruh anak lelaki kahwin lagi satu kalau mereka tak suka menantu. Anak lelaki konon terpaksa tapi kahwin juga. Kahkahkah.
Mingguan Wanita : Suami bila dia curang, itu memang pilihan dia. Bukan tercurang tanpa sengaja pun. Jadi jangan bebankan fikiran untuk saman orang ketiga, melainkan memang ada bukti kukuh suami kalian adalah mangsa keadaan.
Sekarang ni kalau nak potong ayam yang dah beli pun ada yang kena caj kan. Jadinya, mak-mak tak perlu bazirkan duit, walaupun berapalah sangat kan. Potong sendiri kat rumah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Dalam kehidupan kita seharian, pasti ada bacaan surah yang kita amalkan. Baik untuk rezeki, hidup lebih tenang dan sebagainya agar perjalanan hidup kita sentiasa dalam rahmatnya.
Biasanya kita dengar bacaan surah untuk rezeki, ibu hamil, untuk anak yang soleh dan sebagainya. Tak kisah apa pun amalan, yang kita inginkan adalah dijauhi dari gangguan mahu pun dijauhi dari sifat dengki.
Apatah lagi dalam keadaan dunia sekarang yang mana media sosial dijadikan tempat untuk kita melihat, menulis dan meluahkan perasaan, sudah tentu mudah tersebar ‘Sihir Ain’ yang kita sendiri tidak sedar.
Semuanya ini berbalik pada hati dan ingat, salah satu nasihat keramat adalah dari seorang ibu yang ‘lebih makan garam’ daripada kita.
Perkongsian daripada Hayat Muhamad ini boleh diamalkan oleh kita dan dijadikan panduan bersama. Lebih-lebih lagi, nasihat seorang ibu.
Setiap kali menelefon ibu, inilah nasihat dan pesanan yang diberikan oleh ibu.
1. Syukurlah sebab masih boleh makan, masih boleh solat. Ada orang lain yang diuji masalah kesihatan, tak boleh makan dan tak boleh solat.
2. Allah uji kita semua tak sama. Tak boleh nak salahkan masa lalu. Apa yang Tuhan tetapkan, kita kena terima.
3. Jaga kesihatan. Bermula dengan apa yang kita makan. Makan jangan banyak. Orang dulu-dulu makan nasi sekali je sehari. Yang lain dia makan sikit- sikit. Kesihatan bertambah baik jika start diet dan jaga pemakanan.
4. Kita tak mampu nak capai semua perkara. Dalam hidup, tak semua perkara kita boleh capai. Tiada manusia yang sempurna.
5. Hidup kena banyak mengalah. Orang yang buat jahat, cari pasal dengan kita memang selalu ada, dan akan selalu ada. Arwah Abah dulu selalu mengalah. Mungkin itulah kebaikan yang kita bawa esok- esok.
6. Selalu baca ayat dari surah Al- mukminun ayat 97-98 supaya hilang was- was dalam hidup dan dalam solat dan supaya terpelihara dari gangguan. Alhamdulillah.
Mingguan Wanita : Ingat pesanan orang tua dan inilah keberkatannya.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Biasanya kegunaan pil perancang selalu dikaitkan dengan mak-mak yang masih belum bersedia nak menerima anak, lebih dekat lagi dengan kaum ibu yang ada jarak anak dekat-dekat. Jadi mereka pilih ambil pil perancang untuk elak daripada hamil dalam masa terdekat. Tetapi kalau ada golongan perempuan yang belum berumah tangga ambil pil perancang, ceritanya jadi macam mana, ya?
Ok sebenarnya ada ilmu berkait dengan pil perancang yang mungkin kita tak tahu, untuk lebih jelas baca perkongsian Doktor Khairul Faizie Mohammad Kamar ini…
Secara ringkas dan tak menulis karangan panjang, aku ingin beritahu bahawa PIL PERANCANG ADA LAIN KEGUNAANNYA, SELAIN UTK MERANCANG. Orang putih kata ” Non- contraceptive uses of oral contraceptive pills ”
Jadinya stigma seperti ” Orang belum kahwin pun dah makan pil perancang…apa nak jadi “…atau ” Budak sekolah pun dah makan pil perancang ! ” ..perlu lah kita buang jauh jauh ke dalam lombong.
Kegunaan lain pil peracang ialah:
1- Untuk mengawal simptom sebelum haid yg teruk / PMS.
2- Untuk mengawal haid yg heavy bleeding / haid yg panjang sampai lebih seminggu.
3- Untuk mengatur kitaran haid yg tunggang langgang
4- Untuk mengawal senggugut yang kronik
5- Sebagai sebahagian rawatan jerawat yang teruk
6- Mengurangkan risiko kanser rahim, ovari dan colorektal
Sebab pil perancang ni ada hormon dan cara ia berfungsi dengan mengawal atur hormon perempuan, maka tak boleh nak bagi satu nasihat menyeluruh /general advise kepada satu satu pertanyaan. Each individual tu unik.
Jadi kalau anda nak ambil perancang untuk tujuan selain merancang keluarga, jumpa doktor anda..kena bincang face to face, dan kalau perlu buat test (seperti ujian darah & ultrasound sistem peranakan).
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Wanita sebenarnya memang kuat tetapi demi perasaan hormat mereka sanggup mengalah. Maklumlah setelah berkahwin, suaminya yang diutamakan. Begitu juga anak-anak, keutamaan isteri jatuh kepada suami dan anak-anak daripada perasaan sendiri.
Sebenarnya bukan mudah untuk mengalah tetapi wanita sanggup mengorbankan impian mereka semata-mata untuk melihat rumah tangga yang dibina bahagia. Oleh itu, sebaiknya suami hargailah sebaiknya isteri.
Ikuti perkongsian Cikgu Nurul Haslinda ini dan hadam baik-baik.
Wanita ini kuat namun mereka mengalah kerana hormat. Wanita ni apabila sudah berumah tangga, suami dan anak-anaklah sahabat mereka. Sahabat bermain, bergaduh dan sebagainya.
Malah mereka banyak mengorbankan semua impian dan masa mereka demi memberi tumpuan kepada keluarga. Lebih-lebih lagi jikalau anak-anak masih kecil.
Ada juga kaum wanita sanggup melepaskan kerja mereka yang gajinya mencecah ribuan ringgit demi memberi tumpuan sepenuh masa kepada keluarga. Oleh itu, para suami seharusnya berterima kasih dan lebih menghargai isteri anda.
Selain itu, taatnya seorang isteri ini mereka sanggup meninggalkan keluarga mereka demi untuk mengikut suaminya ke mana saja tempat tinggalnya sama ada mewah atau sebaliknya. Itulah hebatnya seorang wanita.
Yang lebih menyedihkan ada di antara sesetengah suami setelah berkahwin, mereka mula menjadi lupa diri, hidup seolah-olah seperti orang bujang dan lebih kejam lagi berlaku curang kepada isteri mereka. Berseronok di luar sana sehinggakan mengabaikan isteri dan anak-anak.
Hidup hanya mencari keseronokan sahaja tanpa peduli isteri dan anak-anak di rumah tidak mengambil tahu sama ada makanan dan keperluan mereka mencukupi atau sebaliknya. Ini memang kerap berlaku dalam masyarakat kita sekarang.
Wahai para suami, cuba anda lihat betapa besarnya pengorbanan isteri anda demi untuk memastikan rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan harmoni.
Oleh itu, tolonglah jaga hati dan perasaan isteri anda yang sanggup meninggalkan pekerjaannya, keluarga, kawan-kawan demi untuk bersama anda. Tidak pernah merungut susah atau senang bersama anda.
Isteri Selekeh, Mengalah Untuk Keluarga
Jika suatu hari di takdirkan isteri anda kusut dan selekeh itu tandanya mereka sangat penat dan mereka juga tidak mampu dari segi kewangan untuk mencantikkan diri mereka.
Jadi sebagai suami, andalah yang sepatutnya menyediakan semuanya untuk isteri anda. Jika anda mahu nampak mereka setiap hari dengan hati yang gembira serta muka yang ceria, Maka andalah yang patut menyediakan semuanya bukan hanya tahu komplen dan merungut sahaja.
Kena ingat kembali semasa awal perkahwinan, apa janji anda kepada isteri anda? Adakah janji-janji tersebut ditunaikan atau sebaliknya. Kalau belum lagi, cepat-cepatlah tunaikan kerana isteri anda adalah amanah yang azali kepada anda.
Hargailah Isteri Yang Selalu Mengalah
Kalau tidak mampu jaga, maka jangan berani menjadi suami. Jikalau masih belum puas ‘enjoy’ lagi, buatlah sepuasnya sebelum berumah tangga. Ingat jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab anda kepada isteri dan anak-anak anda.
Sesungguhnya Allah sudah takdirkan jodoh kita dengan siapa, dimana dan bagaimana pertemuannya itu. Maka, kita seharusnya bersedia dan jangan menganggap mereka ini beban atau menyusahkan.
Buat baik maka baiklah balasannya jika sebaliknya nanti kita akan menyesal di kemudian hari. Jangan sesekali aniaya isteri dan anak-anak anda kerana nanti dimurkai Allah dan sempit rezekinya.
MW: Sebaiknya sebagai suami, hargailah isteri sebaiknya kerana dia telah banyak berkorban demi anda dan keluarga. Sesungguhnya setiap pengorbanan sang isteri tak terbalas dengan wang ringgit.