Lebih 20 tahun merajuk tak nak bercakap dengan isteri. Waduh-waduh lamanya suami merajuk menjeruk hati. Biasanya pasangan suami isteri paling lama boleh merajuk tak nak cakap dua hari atau dua minggu ini 20 tahun! bukan satu tempoh yang sekejap.
Memetik sumber dailymail.co.uk
,Seorang lelaki, Otou Katayama, dari Nara, Selatan Jepun yang juga bapa kepada 3 orang anak ini enggan bercakap dengan isterinya, Yumi selama lebih 20 tahun kerana merajuk.Setiap soalan yang ditanya oleh isterinya, lelaki tersebut hanya mengangguk sahaja.
Difahamkan, punca beliau merajuk adalah kerana terlalu cemburu dek kerana isterinya memberi perhatian yang lebih pada anak-anak mereka.
Namun selepas 20 tahun, anak lelakinya, Yoshiki, 18, telah cuba menyatukan kembali ibu dan bapanya menerusi sebuah rancangan TV. Menerusi rancangan terbabit, mereka merancang untuk mengatur sebuah pertemuan di tempat mereka pernah bertemu suatu ketika dahulu.Menurut Yoshiki dia tidak pernah langsung mendengar perbualan diantara ibu dan bapanya.
Antara ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki ini kepada isterinya selepas 20 tahun merajuk adalah,
“Sudah sekian lama saya tidak bercakap dengan awak, sayang”
Aduh jangan main-main bila suami cemburu dan merajuk, boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Buat para isteri jadikan sebagai pengajaran iya, jangan terlalu melebihkan anak-anak sehingga suami rasa cemburu dan terabai.
Sumber: dailymail.co.uk & ERA FM