
Lebih 20 tahun merajuk tak nak bercakap dengan isteri. Waduh-waduh lamanya suami merajuk menjeruk hati. Biasanya pasangan suami isteri paling lama boleh merajuk tak nak cakap dua hari atau dua minggu ini 20 tahun! bukan satu tempoh yang sekejap.
Memetik sumber dailymail.co.uk ,Seorang lelaki, Otou Katayama, dari Nara, Selatan Jepun yang juga bapa kepada 3 orang anak ini enggan bercakap dengan isterinya, Yumi selama lebih 20 tahun kerana merajuk.
Setiap soalan yang ditanya oleh isterinya, lelaki tersebut hanya mengangguk sahaja.
Punca Merajuk
Difahamkan, punca beliau merajuk adalah kerana terlalu cemburu dek kerana isterinya memberi perhatian yang lebih pada anak-anak mereka.
Namun selepas 20 tahun, anak lelakinya, Yoshiki, 18, telah cuba menyatukan kembali ibu dan bapanya menerusi sebuah rancangan TV. Menerusi rancangan terbabit, mereka merancang untuk mengatur sebuah pertemuan di tempat mereka pernah bertemu suatu ketika dahulu.Menurut Yoshiki dia tidak pernah langsung mendengar perbualan diantara ibu dan bapanya.
Antara ayat pertama yang keluar dari mulut lelaki ini kepada isterinya selepas 20 tahun merajuk adalah,

“Sudah sekian lama saya tidak bercakap dengan awak, sayang”
Aduh jangan main-main bila suami cemburu dan merajuk, boleh jadi bertahun-tahun lamanya. Buat para isteri jadikan sebagai pengajaran iya, jangan terlalu melebihkan anak-anak sehingga suami rasa cemburu dan terabai.
Sumber: dailymail.co.uk & ERA FM
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Leez Selamat Bersalin “SesungguhNya Perjalanan Sepanjang Mengandungkan Adik Paling Mencabar”

Isi Kandungan
ToggleTahniah diucapkan buat pasangan selebriti Leez Rosli dan vokalis Drama Band, Aepul Roza yang menimang cahaya mata kedua pada 21 April lalu.
Pelakon dan penyanyi Leez telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Bangi, awal pagi Rabu.
Aepul dan Leez berkahwin pada 27 Disember 2014 dan mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Nur Saffiya Alisha yang kini berusia lima tahun.
Leez Rosli “Alhamdulillah Amanah Kedua Dari Allah”
Seperti mana perkongsian di laman Instagramnya, Leez bersyukur kerana telah dikurniakan dua cahaya mata.
“Alhamdulillah, amanah kedua dari Allah SWT utk Umi dan Daddy.
“Sesungguh nya journey sepanjang mengandung kan adik adalah yang paling mencabar. Tapi kita berjaya harunginya, sayang!
“Nanti balik, adik jumpa Kakak Alisha okay. Dia dah lama tak sabar nk jumpa adik.
“To My Man, @aepul.roza terima kasih sentiasa ada di sisi hingga saat ini,” tulis Leez.
Aepul Beri Bayangan Anak Lelaki Ikut Jejak Langkahnya Dalam Muzik
Manakala Aepul juga berkongsi kisah gembira tersebut bersama pengikut di Instagram.
“Alhamdulillah isteri saya, Leez Rosli dah selamat melahirkan anak kedua kami, seorang bayi lelaki, jam 8.30 pagi tadi,” ujarya.
Bukan itu saja malah Aepul juga turut memberikan bayangan anak lelakinya itu bakal mengikuti jejak langkahnya dalam muzik.
“Welcome to the world, baby boy… I’ve got a new rocking partner,” kongsinya.

Semoga Semuanya Selamat & Bayi Dalam Keadaan Sihat
Baca Disini Juga:
Berkat Kesabaran 7 Tahun Berakhir, Idayu Bersyukur Selamat Melahirkan Cahaya Mata Pertama
Nad Zainal Timang Cahaya Mata Kedua, “Alhamdulillah Proses Berjalan Lancar & Dipermudahkan”
Berkat 7 Ramadan, Usia 42 Tahun Siti Nurhaliza Selamat Bersalin Anak Kedua!

Sumber/Sumber Foto: Instagram Leez Rosli
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Cookies Viral Legend
Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Klik ini untuk mendaftar: https://toko.ideaktiv.com/product/cookies-viral-legend-jual-cookies-paling-masyuk/
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nourul Berhijrah Ke Bali, Nasihat Agar Simpan Kad Vaksinasi Dengan Baik “Kalau Border Dah Buka, Berguna Sangat-Sangat”

Isi Kandungan
ToggleNourul berhijrah ke Bali, nasihat agar simpan kad vaksinasi dengan baik. Individu yang mengambil kedua-dua suntikan vaksin COVID-19 akan diberikan sijil vaksinasi dalam aplikasi MySejahtera. Selain itu mereka juga diberikan kad vaksinasi.
Nourul kini berhijrah ke Bali, Indonesia bagi memenuhi impian suaminya, Eric Daniel Depp. Penyanyi itu turut membawa tiga cahaya mata mereka iaitu Zachary, 8, Raphael, 6 dan Isabella, 2. Manakala Ayu Nazirah, anak daripada perkahwinan terdahulu bersama Ajai tidak ikut serta.
Nourul Berhijrah Ke Bali, Nasihat Agar Simpan Kad Vaksinasi Dengan Baik
Menerusi hantaran sebuah video dan kapsyen di akaun Instagramnya, penyanyi lagu ‘Kerana Terluka’ itu menasihatkan orang ramai supaya menyimpan kad vaksinasi dengan baik.
Kad berkenaan diberikan di Pusat Pemberian Vaksin kepada penenerima selepas suntikan vaksin Covid-19.
Menurut Nourul kad vaksinasi yang diberikan sangat penting untuk kegunaan ketika berada di luar negara kerana mereka di sana tidak mengambil kira sijil vaksinasi digital mahupun dalam talian.
Berguna Sangat-Sangat
“Kad vaksinasi ni jangan hilang na.
“Nanti kalau border dah buka, berguna sangat-sangat.
“Sebab negara lain takkan upload rekod vaksin. So we need this.
“Thank you Malaysia, sangat berguna. Thank you #kkm @dghisham,” tulis Nourul mengenai kad vaksinasi yang diperolehinya di Malaysia.

HUKUM Isteri Ambil Vaksin Tanpa Keizinan & Dilarang Suami
Doktor Ini Kongsi, RISIKO Jangkitan Covid-19 Wanita Hamil Lebih TERUK, Bersalin Awal!
Dr Izzar Nasihat Ambillah Vaksin “Kita Melindungi Orang Lain Yang Tak Boleh Divaksin”
BELI DI SINI
Sumber/Sumber Foto: Instagram Nourul Depp
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hijab Adalah Pilihan Saya, Luahan Rasa Cinta Pada Tuhan..”, Mizz Nina

Isi Kandungan
ToggleBukan mudah untuk istiqomah setelah memilih mengenakan hijab.Apatah lagi jika sebelum ini, pernah terleka dan terlibat dalam bidang seni yang penuh cabarannya. Sungguh pantas masa berlalu, tanpa sedar 2019 merupakan tahun ke-6 Hajjah Shazrina Tan Sri Azman, 38 atau lebih dikenali Mizz Nina, memakai hijab menjadi muslimah sejati.
Ramai mengetahui bahawa selepas berhijrah Mizz Nina telah meninggalkan kerjaya nyanyiannya yang ketika itu sedang berada di kemuncak. Mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, pada Julai 2011, kehidupan Mizz Nina kini lebih banyak kepada menyertai misi kemanusiaan.
Bangga Identiti Muslim
Kerap kali ke negara-negara bergolak atas misi kemanusiaan, Mizz Nina atau mesra disapa Nina telah berhijab sepenuhnya kira-kira enam tahun lepas dan kekal istiqomah hingga sekarang. Mizz Nina mengakui, wanita yang berusaha gigih memakai hijab bukanlah satu perkara yang mudah. Namun semuanya, dilakukan demi mendapat keredhaanSang Pencipta sekaligus berbangga dengan identiti muslim seperti dirinya.
Kisah penghijrahannya kerap kali dijadikan insipirasi masyarakat diluar sana kerana begitu memberi motivasi. Bersempena dengan World Hijab Day, Nina telah berkongsi sedikit mengenai kehidupannya sepanjang enam tahun berhijab di Instagram WoldHijabDay dan telah di muat naik kembali olehnya.
Bertudung Atas Pilihan Sendiri
Menurut Mizz Nina lagi, berhijrah memakai tudung merupakan atas pilihan dirinya sendiri.Ia merupakan cara dirinya dalam menzahirkan rasa cinta dan ketaatan pada yang Maha Esa.Dia juga turut ingin berkongsi rasa bahagia mengenakan hijab kepada semua wanita di dunia.Baginya, semua wanita harus bangga mengenakan hijab kerana ia adalah identiti seorang wanita Muslim.
View this post on InstagramA post shared by Shazrina Azman (@officialmizznina) on

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Mizz Nina itu, rata-rata memberikan komen positif di akaun Instagramnya. Rata-rata mengakui bahawa kapsyen yang menceritakan serba sedikit mengenai kisah hijrahnya sangat mengispirasikan ramai.
MW: Alhamdulillah, kagum dengan penghijrahan Mizz Nina ini, berusaha menjadi muslimah sejati. Semoga Mizz Nina kekal istiqomah dengan penghijrahan beliau.
Sumber: officialmizznina, oh my media
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI