Bila suami meninggal, permulaan kehidupan baru seorang balu bersama anak-anak yang ditinggalkan. Paling menyedihkan bila suami meninggal tanpa pewaris, sampaikan ada ahli keluarga mula berebut harta peninggalan, siapa yang layak dan berhak.
Perkara yang selalu diungkitkan tentang harta adalah pewaris yang layak. Sudah tentulah bila ada anak lelaki, pewaris harta dah cukup kuat untuk diperolehi. Tapi bagaimana pula dengan isteri dan anak yang ditinggalkan itu semuanya adalah anak perempuan.
Mungkin isteri/balu merasakan ia tidak layak untuk mendapatkan harta dan pelu dibahagikan mengikut faraid. Jangan terus putus asa. Berusahalah untuk mendapatkan hak, walaupun anak yang ditinggalkan itu semuanya perempuan.
Ikuti perkongsian daripada peguam syarie, Khairul Fahmi Ramli tentang perkara ini.
Baca Artikel Menaarik Di Sini: Bila Mak Ayah Meninggal Serentak, Fahami Pembahagian Harta Pusaka, Jagalah Kebajikan Anak Kecil
Setiap Harta Pusaka, WARIS Berhak Ke Atasnya Walaupun Hanya SEBATANG PEN
Info Lebih Menarik DI SINI
Tinggalkan isteri dan anak-anak kecil di usia muda, ibu tunggal bangkit menjaga dan tuntut hak anak selepas kematian suami.
Sekarang ini ramai yang mula sedar tentang perancangan harta. Tambahan pula pasangan yang baru bernikah di usia muda. Siapa boleh jangka, yang dia akan hidup hingga ke hari tua? Pasti, tak ada seorang pun yang baca artikel ini akan berani mengakui yang dia boleh hidup pada esok harinya.
Kes-kes kematian yang melibatkan kepada pasangan muda tak asing lagi di Mahkamah Syariah. Ada suami yang mati dalam keadaan meninggalkan anak-anak kecil tanpa sebarang harta. Sebaliknya, hutang sahaja yang ditinggalkan.
Ada orang bertanya kepada saya, “kalau suami mati tinggalkan hutang jer, kena faraid juga ke hutang tu?’
Tidak! Jawapannya tidak. Faraid hanya untuk bahagi harta sahaja. Kalau arwah ada tinggalkan hutang, atas ahli warislah kalau nak bantu selesaikannya dan mudahkan urusannya di alam barzakh.
Sepanjang karier saya dalam bidang guaman syarie ini, banyak kisah-kisah kematian pasangan muda telah saya kendalikan. Yang paling saya kagum, apabila berlaku kematian, keluarga simati tak terlalu tergojoh nak ambil harta.
Sebaliknya, adik beradik simati berlumba-lumba nak bantu anak saudara mereka dalam soal nafkah. Malahan, ada yang tak mahu pun bahagian Faraid walaupun layak dari sudut Hukum Syarak.
Hebat kan? Ini baru betul ciri-ciri Muslim yang berperikemanusiaan.
Tapi, kita hanya mampu berharap. Yang banyaknya, ramai yang berebut harta tinggalan simati, walaupun simati ini masih ada anak-anak kecil.
Seperti suatu ketika dahulu, ada kes seorang ibu tunggal dengan beberapa anak kecil yang masih belum bersekolah rendah pun, kematian suami. Si suami ada membeli sebuah rumah dan ada menyimpan sedikit wang simpanan di dalam Amanah Saham Bumiputera.
Mentang-mentang anak-anak tersebut semuanya perempuan, tak sempat habis pun tahlil arwah bak kata orang Melayu, adik beradik lelaki si mati dah cuba usik, “Rumah ni ada bahagian saya yer Kak Long”.
Tak cepat melatah, si ibu ini dengan tenang mendapatkan nasihat perundangan, apa yang dia harus lakukan dan apa yang dia belum jelas.
1. Jangan tergesa-gesa Faraid
Selepas berlaku kematian pasangan, perkara pertama perlu diselesaikan dalam Islam adalah langsaikan hutang. Termasuklah hutang dengan pasangan semasa hidup.
Jadi, sebelum membuat permohonan Faraid di Mahkamah Syariah, perlu untuk pasangan selesaikan dahulu tuntutan Harta Sepencarian. Ini kerana harta sepencarian juga dikira hutang simati dengan pasangan.
2. Sahkan hibah dahulu, sebelum Faraid
Jika arwah suami pernah membuat hibah harta kepada pasangan semasa hayatnya, boleh sahkan hibah tersebut di Mahkamah Tinggi Syariah.
Sekarang ini, metode hibah adalah alternatif yang sering digunakan untuk pengurusan harta.
Jika ada rumah atau apa-apa harta, ramai yang akan cuba untuk buat hibah agar tidak timbul isu perebutan harta sesama ahli keluarga.
Alhamdulillah, selepas diterangkan segala penerangan kepada wanita tersebut, dia bangkit.
Dan terus mempertahankan haknya serta anak-anaknya. Meskipun tidak ada hibah dibuat arwah suaminya, namun dia masih ada bahagian yang besar terhadap harta yang ditinggalkan simati.
Namun, alangkah bagusnya, jika setiap daripada kita telah membuat persiapan yang lebih awal agar kita tidak tinggalkan waris kita dalam keadaan yang terkontang kanting selepas kematian kita bukan?
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda.
Mingguan Wanita : Isteri.balu jangan risau. Ada anak lelaki atau anak perempuan sekalipun, pertahankan hak dan harta yang dtinggalkan oleh arwah suami.
Sumber: Khairul Fahmi Ramli
Baca Menarik Lagi DI SINI: Buatlah WASIAT Demi Memudahkan Dan Melancarkan Kehidupan PEWARIS Yang Ditinggalkan
Kalau SAYANG ISTERI, Suami Buatlah HIBAH BERSYARAT Agar Tiada Salah Faham Tentang Harta
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita