Suami Meninggal Sudah 8 Tahun, Pengorbanan Abang Ipar, Kawan Arwah Tak Putus Hulur Bantuan

Share

Rezeki bila dapat ipar duai yang sangat bertanggungjawab dan sentiasa hulur bantuan, walaupun sudah tidak ada apa-apa hubungan. Tapi, jangan dilupa, waris yang ditinggalkan itu tetap ada hubungan sampai bila-bila.

Selalunya, bila salah seorang pasangan meninggal, segala tanggungjawab dilepaskan begitu saja. Waris si mati pula buat-buat tak nampak untuk membela anak buahnya. Tapi, kalau bab harta peninggalan, cepat pula bunyinya.

Pertanyaan dan perkongsian daripada Fedtri Yahya ini dalam twitter cukup menyentuh perasan tentang bagaimana hubungan bekas ipar duai masih erat dan tak lupa pengorbanan dan tanggungjawab dalam hulur bantuan buat balu dan anak-anak buahnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Setiap Harta Pusaka, WARIS Berhak Ke Atasnya Walaupun Hanya SEBATANG PEN

Harta Sepencarian, Hak Isteri Harus Diselesaikan Dulu Sebelum Pembahagian Pusaka Peninggalan Suami

Hulur Bantuan Tak Pernah Putus, Pengorbanan Ipar & Kawan Arwah

Dalam perkongsiannya, Fedtri Yahya bertanyakan kepada pengikutnya tentang: Apakah contoh pengorbanan sahabat yang betul-betul buat anda terharu. Dalam banyak komen,salah satunya cukup meruntun perasaan.

Menurut wanita itu, walaupun suaminya telah meninggal 8 tahun lalu dengan meninggalkan 7 orang anak dan paling kecil berusia 4 bulan pada waktu itu.
Sejak dari itu, abang sulung arwah tidak pernah ‘missed’ hulur bantuan kewangan kepada mereka sekeluarga hingga ke hari ini.

Ada kawan arwah pula setiap bulan akan memasukkan duit ke dalam akaunnya sebagai zakat sejak suaminya meninggal. Malah diberitahu, kawan arwah suami menolak untuk terima bayaran kereta akibat ditenggelami banjir besar pada tahun 2014.

Tak dinafikan juga, kawan dia sendiri akan masukkan duit setiap bulan ke dalam akaun untuk bantu kami sekeluarga.

Bantuan yang diberikan oleh abang ipar, kawn arwah dan kawan sendiri tidak pernah putus sehinggakan dia sendiri hairan, apakah amalan yang dilakukan oleh arwah suaminya semasa hidup.


.

Mingguan Wanita : Allah tarik satu, dia gandakan yang lebih baik lagi. Bersangka baik sebab perancangan Allah sebaik-baiknya. Sentiasa tabah dan sabar dengan ujian, pasti ada ganjaran yang kita sendiri tak tahu.

Sumber: Fedtri Yahya

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora