Kewajipan seorang suami memberi nafkah kepada isterinya gugur setelah suami meninggal dunia. Jika duit simpanan pun tak banyak, yang ada hanyalah KWSP arwah suami sahaja, maka itu sahajalah duit ‘survival’ selepas kematian yang isteri tersebut akan terima dengan bahagian kecil 1/8.
Isteri merupakan salah seorang waris yang berhak mendapat bahagian daripada harta peninggalan suaminya. Dengan demikian, harta peninggalan tersebutlah yang digunakan sebagai nafkah terhadap dirinya.
Suami Meninggal Dunia
Selepas kematian suami, semua harta yang dimiliki atas nama suami tersebut adalah dikira sebagai harta pusaka. Jadi, bahagian faraid bagi seorang isteri adalah 1/8 sahaja sekiranya suami mempunyai anak.
Bahagian tersebut sangat kecil bagi seorang ibu yang akan membesarkan anak-anak kecil yang ditinggalkan si mati atau arwah suami. Jika arwah suami tinggalkan banyak jutaan Ringgit Malaysia, mungkin tak lah terasa sangat dengan nilai 1/8 tersebut.
Jika seorang suami itu meninggal dunia, isteri hanya berhak untuk bahagian faraid yang kecil jumlahnya. Persoalannya, bolehkah seorang isteri itu menuntut wang KWSP sebagai harta sepencarian agar boleh mendapat lebih.
Berikut pencerahan daripada Fahmi Ramli yang merupakan seorang Peguam Syarie Perundangan Islam yang beramal di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Perak, KL, Selangor.
Isteri Nak Tuntut Wang KWSP Sebagai Harta Sepencarian, Boleh Atau Tidak
✅ Adakah KWSP dikategorikan sebagai Harta Sepencarian?
Ada yang ingat KWSP itu harta sepencarian dengan menganggap hasil pendapatan suami terdapat sumbangan tidak langsung isteri yang menjaga hal ehwal anak dan rumahtangga.
Namun, ini salah. KWSP telah diputuskan oleh keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-49 pada September 2000:
Ads
👉🏻 Wang KWSP dan wang disimpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut Hukum Faraid kerana wang itu dicarum si mati semasa hayatnya kepada KWSP, maka wang itu adalah milik si mati.
✅ Kalau tak tuntut Harta Sepencarian, boleh ke isteri sebagai Penama menerima semua?
Penama bukanlah penerima Hibah atau pemilik penuh selepas kematian seseorang. Penama yang dinamakan di dalam KWSP pencarum itu hanyalah sebagai Pentadbir Harta atau pemegang amanah simati sahaja.
Ini bertujuan untuk memudahkan urusan waris menerima wang KWSP simati dengan mudah dan cepat sahaja. Sebabnya, untuk mendapatkan perintah Pusaka itu bukanlah satu urusan yang boleh selesai dalam tempoh satu hari, satu minggu atau satu bulan.
✅ Apa tugas Penama KWSP?
Ads
Menurut keputusan Muzakarah tersebut, Penama KWSP hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut Faraid.
Ini bermakna, bagi sesiapa yang telah dinamakan sebagai Penama KWSP, ia perlu memegang amanah untuk bahagikan duit peninggalan simati tersebut mengikut bahagian faraid. Bukan miliknya seorang sahaja.
✅ Bolehkah dibuat Hibah duit KWSP?
Pada pandangan saya, KWSP ini tidak boleh dibuat Hibah kerana ia belum dikira milikan penuh sehingga mencapai tempoh matang untuk seseorang pekerja itu menerima.
Namun, sekiranya ia berada dalam milikan penuh, contohnya dikeluarkan duit sewaktu PKP tahun lepas, maka ketika itu jika nak dihibahkan kepada sesiapa pun itu hak anda. Namun, untuk membuat Hibah Bersyarat sekiranya kematian pencarum akan diterima oleh penerima hibah adalah tidak boleh.
Ads
Ini sama sekali akan bertentangan dengan keputusan Muzakarah tersebut. Bahkan, ada kes diputuskan Re Ismail Bin Rentah (simati) [1939] FMSLR, Hakim memutuskan:
“Penama di dalam kes tersebut tidak boleh dianggap sebagai penerima Hibah oleh sebab tidak ada pindah milik kepada orang yang menerima. Sebaiknya ia dianggap Hibah semasa Mard al-mawt (sakit yang hampir kematian) yang tertakluk kepada Undang-undang Wasiat. Oleh sebab itu, ikut Undang-undang Islam, jumlah itu terpulang untuk dibahagikan kepada semua waris”
Kesimpulannya sekiranya seorang isteri hendak bahagian lebih daripada tinggalan KWSP suami, ia tak boleh dituntut melalui harta sepencarian. Tak sama macam bahagian harta lain seperti rumah misalnya.
Sekiranya isteri menerima sebagai Penama selepas kematian suami, WAJIB bagi isteri tersebut membahagikan bahagian sebagaimana bahagian faraid. Memang sikitlah bahagian isteri jika ada ramai anak dari si mati dan juga ramai isteri. Inilah cabaran yang akan diterima oleh isteri untuk ‘survive’ selepas kematian mengejut suami.
Kalau suami meninggalkan banyak duit KWSP beratus-ratus ribu, ada la juga bahagian ribu-ribunya. Kalau ada hanya sekitar RM10,000 sahaja sewaktu kematian tersebut, bank simpanan pun sedang ‘stuck’ sebelum ada perintah pusaka, berapa agaknya tempoh untuk isteri tersebut bertahan jika dia pun bergantung penuh pada suaminya semasa hidup?
NOTA: Inilah antara sebab kenapa perlu suami perlu tinggalkan Hibah Takaful kepada isteri untuk ‘survive’ membesarkan anak-anak. Jangan ada rasa ‘biarlah mereka urus sendiri’ sedang kita menagih doa mereka sewaktu di alam sana.
Suka merajuk, kalu bukan isteri siapa lagi kan? Jarang kita dengar suami yang merajuk. Kalau ada pun boleh kira berapa ramai. Tapi kebiasaannya, mesti perempuan dan isteri yang kuat merajuk.
Awal-awal perkahwinan, merajuk bolehlah dipujuk oleh suami tetapi kalau terlalu kerap, boleh naik jemu suami nak memujuknya.
Kadang-kadang isteri merajuk bukanlah perkara yang besar pun, sekadar ingin menarik perhatian suami. Mana suami yang faham dan tak mahu berpanjangan terpaksalah mengalah dan memujuk. Kalau suami yang sama-sama keras kepala, mahunya boleh bertambah besar konfliknya.
Ikuti ulasan lanjut tentang konflik suami isteri atau merajuk atau masam muka boleh memberi peluang kepada pasangan untuk lebih romantik bersama Diyana Tahir, Pakar Hubungan & Keintiman.
Kunci Hati Suami
Sebenarnya, konflik yang terjadi antara suami isteri adalah peluang untuk menjadikan hubungan itu lebih romantik dan bahagia. Apabila berbicara soal hati, ramai yang sebenarnya terlepas pandang perkara yang boleh buat kita kunci hati suami kita.
Kadang-kadang, sikap ‘cepat sentap’ menjadi pencetus kepada perasaan tidak puas hati ini jika tidak di bendung akan menjadi racun dalam hubungan. Bila pasangan trigger, anda sebenarnya perlu memahami bahawa dia sedang terluka dan reaksinya itu adalah cara pasangan anda menzahirkan kelukaannya.
Bagaimanapun, jika anda tidak menyedarinya ketahuilah anda sebenarnya terlepas peluang untuk kunci hati si dia. Disebabkan itu amat penting untuk anda menguasai teknik komunikasi yang betul supaya pasangan boleh menerima dengan hati terbuka dan seterusnya dapat berubah menjadi lebih baik.
Faktor Penyebab Pasangan ‘Kecil Hati’
1. MENGUNGKIT
Kemarahan seorang suami mudah tercetus bila isteri mengungkit-ungkit. Contohnya, mengungkit kebaikan yang pernah dilakukan atau mengungkit kesalahan suami. Ini adalah cara komunikasi yang trigger keegoan suami yang paling utama. Ramai para isteri kerap melakukannya tanpa sedar.
Tujuan isteri mengungkit adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan menegur. Tapi sedarkah anda bahawa perkara tersebut sebenarnya tidak disenangi suami? Sebab itu amat penting untuk tahu bahasa cinta suami anda, supaya anda tahu cara nak menghargai suami mengikut apa yang suami anda perlukan. Bahasa cinta setiap orang berbeza-beza. Jadi anda perlu ketahui apakah bahasa cinta suami anda dan juga diri anda sendiri. Jaga-jaga mungkin dengan memilih untuk mengungkit mereka mahu rasa dihargai.
2. MENGAJAR-AJAR
Ramai para isteri rajin menimba pelbagai ilmu dan tanpa sedar mereka mengajar-ajar pula si suami. Seorang suami akan merasa hina, rendah diri, kecewa dan malu bila diri mereka diajar-ajar oleh isteri sedangkan seorang lelaki ingin rasa dihormati dan menjadi HERO dalam hubungan. Ramai yang tanpa sedar menggunakan media sosial sebagai platform untuk mengajar-ajar suami dengan tag suami posting yang sensitif dan kurang menenangkan.
Niat dah betul kerana ingin suami menjadi versi yang lebih baik, sayangnya cara anda pula yang salah. Mulai harini dari anda mengajar-ajar suami mungkin anda boleh menggunakan konsep yang lebih mesra iaitu berkongsi. Kongsikan ilmu yang anda perolehi dengan suami, konsep berkongsi adalah lebih mesra dan lebih mudah untuk suami terbuka hati menerimanya dan seterusnya melakukan perubahan. Ingat, seorang suami ingin menjadi HERO dalam hubungan jadi elakkan tindakan yang mencalarkan keegoannya.
3. MEMBANDINGKAN
Percaya tak anda semua mesti pernah membuat perbandingan suami anda dengan orang lain. Contohnya, membandingkan apa yang orang lain ada dan anda tak ada, mengapa orang lain boleh tapi suami tak boleh, bila anda membuat perbandingan secara tidak langsung suami akan merasa kecil hati dan rendah diri. Baik suami mahupun isteri elakkan budaya membanding-bandingkan kerana ia akan membuatkan hubungan semakin buruk. Bila anda ataupun suami membanding-bandingkan pasangan ia adalah tanda bahawa diri merasa tidak disayangi.
4. TINGGI DIRI
Bila suami meninggi diri, isteri merasakan diri mereka seperti meminta-minta dengan setiap pemberian suami. Bila suami meninggi diri sebenarnya ada sesuatu yang mereka inginkan dari anda.
Suami sebenarnya sedang memberitahu anda yang diri mereka rasa tidak dihargai sebab itu mereka meninggi diri.
5. MERENDAHKAN PASANGAN
Ramai suami yang tanpa sedar telah melakukan perkara yang sebenarnya trigger isteri iaitu merendah-rendahkan mereka dengan mengkritik contohnya “awak ni gemuk, tak cantik, membangkitkan kekurangan isteri, mengherdik dan mengutuk. Tapi terdapat juga yang sebaliknya di mana para isteri yang merendah-rendahkan suami mereka.
Contohnya pangkat atau pendapatan isteri lebih tinggi berbanding suami, jadi suami tertrigger. Bila suami melihat yang isteri mereka sama level seperti mereka, keegoan seorang suami akan tercabar dan isteri pula tanpa sedar akan merendah-rendahkan dan hilang hormat pada suami. Seorang suami akan rasa HERO bila diri mereka dihormati.
6. MEMBISU
Membisu atau memberi silent treatment pada pasangan. Boleh jadi pasangan selalu membisu atau memberi silent treatment atau anda sendiri yang melakukan demikian. Contohnya, bila suami sedang menyatakan ketidakpuasan hati, anda tidak respon malah diam seribu bahasa.
Ramai tak sedar silent treatment sebenarnya pencetus pada kemarahan pasangan. Apabila tiada respon, pasangan merasakan anda tidak berminat dan diri mereka tidak penting. Terdapat juga di antara anda memilih untuk membatu kerana tidak mahu membesar-besarkan sesuatu isu.
Jadi, sejujurnya, berhenti menjadi pencetus kepada masalah seperti di atas dan wujudkan hubungan yang lebih romantik dengan pasangan anda.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Setiap orang memang ada angan-angan tersendiri bila memikirkan soal jodoh. Ada yang memang berimpian nak jodoh sebelah rumah, ada juga yang berhasrat nak mencari orang jauh.
Sebab apa, dulu waktu kecil setiap kali raya terasa sedih benar hati. Kawan-kawan ramai dah pakat-pakat balik kampung nenek yang jauh di Pantai Timurlah.. waima seberang kampung pun.
Kita tetap juga beraya di kampung, sebab mak ayah kahwin sekampung saja. Jadi, pengalaman balik kampung waktu raya itu tiada dalam diari hidup masa kecil.
Berkongsi pengalaman ini, Mawarni Sani juga alami situasi yang sama. Rupanya bila dah bersuamikan orang jauh ada satu lagi pengalaman lain yang perlu dilalui.
Terutamanya terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa. Lagi-lagi bila tiba musim perayaan. Masa itu kan, ramai keluarga yang nak balik kampung.
Kalau tak lebih 10 jam berada dalam kesesakan, bukan balik kampunglah namanya.
Nanti Besar Nak Kahwin Orang Jauh..
Dari kecik, aku berangan nak balik kampung jauh-jauh
Sebab MaaAyah kahwin sekampung, jadi masa kecik takde la pengalaman balik raya ke kampung.
Tu pun nasib baik TokNenek duk kampung sebelah yang kalau naik moto dalam 10 minit kot, tapi aku banyak pengalaman jalan kaki je dengan Nenek masa tu aku cucu sulung, nenek takde la tua mana lagi kan.
Jadi aku selalu cakap Nanti besar nak kawen orang jauh Jadi anak-anak aku akan ada pengalaman balik kampung Haaaa sekarang hambik ko Mikir nak balik kampung pun, aku dah rasa penat nya nak hadap jem, huhu Tu belum mengadap lagi Pernah ada pengalaman 12 jam Nilai – Klate Dah lebih kurang naik flight pegi London
Tapi kalau raya balik Pantai Timur Tak thrill la kalau tak jem Kata Adik aku.
Mingguan Wanita : Sungguh kan! menempuh jammed itu memang satu keletihan yang susah nak digambarkan. Jadi, sebaiknya buatlah persediaan siap-siap. Lagi-lagi jika nak balik ke kampung ketika masih dalam bulan Ramadan.. lagi beberapa hari nak sambut raya.
Ayah ini punya alasan mengapa tidak memujuk apatah lagi paksa anak berpuasa ketika anak masih kecil lagi. Biar pun ketika anaknya berbuka puasa, jam sudah menunjukkan 6.30 petang.
Bermakna lebih kurang satu jam saja lagi untuk anak bertahan dan meneruskan ibadah berpuasa di bulan Ramadan.
Kerana ayah ini faham, apa yang lebih utama untuk diberikan penekanan pada anak dalam usia sekecil itu bukanlah berpuasa tetapi utamakan solat dahulu. Hadamkan perkongsian ayah ini, Mohd Yazid Ismail.
Antara Puasa Dan Solat, Ini Mak Ayah Utamakan Dulu
Hari ni Nisreen buka puasa pukul 6.30 petang. Tak tahan sangat katanya. Saya tak pujuk dia untuk tunggu sikit masa lagi, biar je dia buka puasa.
Tak apa walaupun puasa tak cukup, Nisreen solat fardhu penuh setiap hari sejak umur 5 tahun. Tahun ni dia darjah 1. Sebenarnya antara puasa dan solat, ibubapa kena utamakan anak solat penuh dulu.
Didikan melalui teladan adalah yang terbaik.
Saya tak paksa dia solat masa umur 5 tahun, malah tak suruh pun. Tapi sejak PKP bila saya tak boleh pergi ke surau, saya sentiasa solat berjemaah di rumah. Dia ikut solat berjemaah sama-sama tanpa gagal.
Malah dia paling awal ambil wudhuk berbanding abang dan kakak-kakak dia. Selalu tanya “Abah, dah azan ke?” padahal belum masuk waktu.
Anak Dah Hafal Bacaan Dalam Solat
Alhamdulillah bacaan dalam solat dia dah hafal semua. Dia minat main Monopoli Solat, untuk menang kena hafal semua bacaan. Saya layan dia main hampir setiap hari tahun lepas, naik muak abah dibuatnya
Walaupun solat dah penuh, tapi bab puasa saya tak push pun. Hari ni dia bangun sahur sama-sama. Kalau dia nak buka puasa awal tak ada masalah.
Pengetua wanita pulas telinga pelajar didenda RM2000, gara-gara tersalah tulis huruf G. Padah buat seorang pengetua wanita yang gagal mengawal perasaan apabila bertindak memulas...