Pelakon Emma Maembong atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 28, telah selamat melahirkan bayi lelaki pertamanya pada 8 November lalu. Berita gembira itu dikongsikan sendiri suaminya, Muhammad Shazli Azhar, 32, menerusi akaun Instgramnya.
Artikel berkaitan: Emma Maembong Jalani Tempoh Berpantang, Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Secara Normal
Dua Bulan Saling Mengenali, Pelakon Emma Maembong Selamat Bergelar Isteri
Terbaru menerusi sebuah video pendek yang dikongsi pelakon itu sendiri di laman Instagram, suami Emma, Shazli kelihatan terlalu sebak dan menitiskan air mata ketika mengazankan bayi sulungnya.
“All i want to say is. i love both of you so much. thank you Allah for this memorable and precious experience which i would cherish for the rest of my life @eslovestory @shazli.a .
“8/11/20 alhamdulillah emma gave birth to a healthy baby boy weighing at 3.2kg hospital @hospitalumra at 2.38am normal labour,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen beserta video pendek.
Seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro, Emma berasa syukur kerana semuanya telah selamat.
“Alhamdulillah proses kelahiran berjalan dengan selamat dan lancar.
“Ketika membuat pemeriksaan doktor memaklumkan ‘jalan untuk bersalin’ sudah terbuka satu sentimeter pada jam 4 petang dan akhirnya putera sulung saya selamat dilahirkan secara normal keesokannya,” ungkap Emma Maembong.
Emma juga rasa sangat bertuah kerana suami memberi semangat dan ada di sisinya sepanjang waktu.
“Saya kini menjalani tempoh berpantang di rumah dengan dibantu seorang pekerja dari pusat penjagaan yang menawarkan perkhidmatan berpantang untuk membantu saya yang baru bersalin serta merawat bayi.
“Setakat ini semuanya berada dalam keadaan baik. Saya dan anak dijaga dengan rapi apabila saya tidak perlu risau soal makan, urutan atau apa saja perkara yang boleh dan tidak selepas bersalin,”kata Emma.
Sumber: https://www.hmetro.com.my/
Sumber Foto: Instagram Emma Maembong & Shazli
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/