Suami menangis, Emma dedah kini hamil anak kedua. “Semoga Dipermudahkan Segalanya, Sayangku” itulah antara luahan warganet menerusi ruangan komen di Instagram Emma Maembong.
Terbaru pelakon yang juga ibu kepada seorang cahaya mata, Emma Maembong menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sesawangnya berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.
Suami Menangis, Emma Dedah Kini Hamil Anak Kedua
Pada video tersebut Emma memberi kejutan kepada suami dan orang terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.
“Syukur Alhamdulillah,” luah Emma pada ruangan kapsyen yang dimuat naik.
Kejutan Buat Suami
Menerusi video tersebut, Emma secara bergurau sengaja mengajak suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar untuk rakaman reviu sebuah produk. Namun itu semua hanyalah satu helah dan kejutan buat suaminya.
Suami Emma dilihat menangis apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.
“Betul ke? Sumpah?” soal Suami emma seakan tidak percaya.
Melihat keadaan suaminya yang terkejut sambil mengalirkan air mata, Emma memujuk Shazli sambil memberitahu dirinya kini hamil dua minggu.
“Dua minggu dah. I love you (saya sayang awak),” ungkap Emma penuh romantis.
View this post on Instagram
Pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail dan suami telah mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 tahun.
Emma & Suami Impikan Anak Ramai
Bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya memiliki zuriat merupakan perkara paling utama.
Jumlah anak kadangkala memainkan faktor utama dalam kebahagiaan sesebuah mahligai. Anak juga merupakan pengukuh ikatan kasih sayang suami isteri.
Wanita berusia 30 tahun itu menjelaskan, bagi menambah cahaya mata dia dan suami sememangnya berusaha untuk dapatkan anak kedua.
“Bukan saja saya, tapi suami pun nak anak ramai. Selepas berpantang ketika bersalin anak pertama, saya dan suami berusaha untuk dapatkan anak kedua. Tapi soal rezeki hanya Allah yang tahu,” kongsi Emma.
“Semoga Dipermudahkan Segalanya, Sayangku” Warganet
Menerusi ruangan komen dibanjiri ucapan tahniah dan juga doa agar semuanya dipermudahkan buat Emma.
Baca Disini : Emma & Suami Impikan Anak Ramai “Soal Zuriat Perkara Sensitif. Doakan Segalanya Dipermudahkan”
Emma Maembong Kongsi Pengalaman Kuarantin & Beruntung Kakak Bantu Jaga Baby Gabriel
Lagi riuh rendah, huru hara, keluar suara Tarzan bila jaga anak, itu lah yang Emma Maembong lourve.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Emma Maembong
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Nak rasa sampel biskut raya? Dapatkan KUPON BISKUT RAYA PERCUMA sekarang. Klik untuk kupon percuma: http://shorturl.at/hKOS2 atau imbas QR code pada poster.
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI