Suami memberi perlu diketahui isteri! Takut dalam bersedekah nafkah keluarga sendiri terjejas. Jika isteri tak redha bila suami memberi lebih pada dirinya, haram hukumnya.
Oleh itu wahai suami berhati-hatilah dalam memberi selain kepada anak serta isteri. Setelah lunaskan pemberian nafkah pada keluarga dengan sempurna, barulah datangnya sedekah kepada orang lain.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie ini, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli dan hadam baik-baik penjelasannya.
Ada dua hal yang perlu isteri tahu dari suami :
1. Pendapatan Suami
2. Hutang Suami
Dan ada dua hal yang sebaiknya dilakukan oleh suami dan isteri :
1. Suami memberi perlu diketahui isteri,
2. Isteri bersedekah perlu diketahui suami lebih-lebih lagi jika itu dari duit suami.
Paling penting part suami memberi perlu diketahui isteri.
Baca Di Sini: Suami Kerap Tidak Cukup Duit, Periksa Balik Nafkah Isteri Termasuk Dalam Bajet Keluarga?
Kenapa penting???
Agar si isteri tahu bahagian diri dan anaknya tidak berkurangan dan tidak menjejaskan haknya sebagai seorang isteri.
Sebagai contoh :
Suami memberi sedekah/membantu orang lain melebihi kadar nafkah yang sepatutnya diperolehi oleh anak dan isteri tanpa pengetahuan isteri. Jika isteri tidak redha maka haram hukumnya.
Apatah lagi jika suami itu telah tidak memperuntukkan Nafkah Anak dan Isteri tanpa sebarang alasan dan perbincangan yang munasabah. Maka hukumnya tetap haram.
Jika gagal berbuat demikian, ia akan dianggap hutang yang wajib dibayar.
Baca Juga Di Sini: Suami Kena WAJIB Dahulukan Nafkah ISTERI Dan ANAK, Barulah Ahli Keluarga Lain
Jika mengikut amalan di mahkamah, mahkamah boleh membenarkan tuntutan fasakh si isteri yang menggunakan alasan suami gagal memperuntukan nafkah yang mencukupi walaupun telah diganti.
Kerana Mahkamah menggunakan hukum yang menyatakan isteri itu perlu dinafkahi pada saat ia perlu dinafkahi, bukan menafkahi isteri saat nafkah itu telah menjadi hutang.
Sebagai contoh. Isteri patut diberi makan pada waktu itu, saat itu, hari itu, tetapi tidak diberi makan walaupun jumlahnya telah diganti ia tidak akan menjadikan nilai yang sama kerana jika ditakdirkan Allah isteri itu mati pada saat tidak diberi nafkah itu, maka sebarang gantian pada hari yang lain tidak lagi bermakna.
Artikel Berkaitan: Suami Niat Beri Nafkah Isteri RM10,000 Sebulan, Yakin Rezekinya Makin Berkat
Wahai suami, jadilah hero buat isteri,
Wahai isteri, jadilah penyejuk mata buat suami,
Namun jika kamu tidak lagi mampu menjadi hero buat isteri, jangan disalahkan pula isteri menjadi asbab tidak menjadi penyejuk mata buatmu wahai suami.
Formula mudah dari saya dari dulu sehingga kini “Perkahwinan tidak akan wujud tanpa lafaz akad suami, jika kalian sudah mampu berakad (janji) sepatutnya kalian kotakan janji, kerana di hadapan saksi dan isteri, hanya kalian seorang yang melafazkan janji “.
Berubahlah, bertaubatlah sebelum terlambat. Caiyokkkk
Sekian.
#RabiatulAdawiyahRamli
Mingguan Wanita : Ikatan pernikahan bukanlah sekadar pada nama sebaliknya ianya disertakan dengan tanggungjawab seorang suami dan isteri.
Sumber : Puan Rabiatul Adawiyah Ramli
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita