Tak payah Berlagak Raja, Kalau Tak Boleh Layan Isteri Macam Permaisuri

Share

Lelaki ini, BroOhsem Akhtar Syamir mendedahkan, berdasarkan pengalamannya menulis kisah-kisah rumah tangga yang viral, sememangnya wujud segelintir suami yang berfikiran bak ‘raja’ memperhambakan isteri demi kepuasan peribadi.

Hadamkan bagaimana BroOhsem ‘sekolah’kan suami sebegini dalam setiap jawapan balas daripada perkongsian ‘suami’ yang sedang viral ketika ini.

Realiti Suami Pemikiran Raja, Isteri Adalah Hamba

Jika ada seorang lelaki atau suami yang berfikiran sebegini, pada pendapat saya, pemikirannya sangat-sangat jijik dan busuk.

Saya pasti ramai yang akan kata “alaa, fake account je tu, dia gurau je”. Memang ada, pasti ada je yang rasa ini hanya satu gurauan. Tengok dari emoji gelak di komen tu pun dah tahu.

Tetapi sebenarnya tidak. Semakin lama saya menulis berkenaan dengan perhubungan suami isteri, semakin banyak saya terdedah dengan realiti isteri yang ditekan serendah-rendahnya disebabkan pemikiran “isteri adalah hamba” sebegini.

Kemudian mentaliti ini disokong oleh para isteri submissive yang salah anggap berkenaan redha dan ujian Allah. Ini dibuktikan dengan banyaknya komen yang mengecam seorang isteri yang mempertahankan serta berusaha mengurangkan kebarangkalian curang suaminya sendiri.

Berkenaan dengan komen “lelaki” di atas ini, saya suka sangat balas satu per satu apa yang dituliskan.

Menyuruh isteri tiru cara pelacur adalah ayat yang paling bangang pernah saya dengar atau baca.

Ayat pertama dari dia ini bagi saya tidak patut keluar dari minda seorang manusia.

Harap tiada geng-geng “dia maksudkan lain tu, kena faham konteks sebenar yang dia maksudkan bla bla bla” yang memusing ayat lelaki ini supaya nampak positif kononnya.

Bab pemakaian seksi di depan suami.

Tak salah pun, tapi kena tengok keadaan jugak. Jika suami itu tidak menggembirakan, seronok ke si isteri tu nak pakai seksi-seksi untuk suami?

Tengok la bila masa yang sesuai. Kalau si isteri dah penat semacam seharian bekerja atau seharian buat kerja rumah dan jaga anak, nak seksi-seksi jugak? Boleh, tapi suami kena la hilangkan penat tu dulu. Bagi dia gembira dan segar dulu. Barulah dia seronok nak seksi-seksi depan suami.

Jaga kecantikan depan suami.

Boleh, tapi kena la sediakan apa yang diperlukan untuk cantik tu. Ini, disuruhnya tenyeh sabun basuh ketiak untuk basuh muka. Mana nak jadinya?

Melabur untuk isteri tak nak, tapi nak isteri cantik. Yang ditengok cantik tu semua sebab ada orang jaga. Kamu yang tak jaga isteri, tapi budget nak isteri macam bidadari.

Kalau tak mampu sekalipun, gembirakan hati isteri tu. Isteri yang gembira, automatik dia akan gembirakan suami. Dia akan nampak segar, nampak cantik dan berseri untuk orang yang menyayangi dan menggembirakan dia.

Bab kulit pun sama. Bagi sabun buku seringgit dua puluh sen kat kedai Acheh, tapi hasrat nak hasil macam pakai sabun mahal, losyen mahal. Agak-agak la.

Cakap lembut? Isteri ni manusia. Ada hati dan perasaan.

Kalau dah nak samakan isteri dengan pelacur tu, dah tahu dah bagaimana lelaki macam ni layan si isteri.

Hati isteri tak jaga, cakap dengan isteri pun belum tentu lembut. Tapi nak isteri jadi macam pelayan kedai Siam. Lepas makan hari-hari, ada bayar tak isteri tu? Kalau takde, jangan borak la.

Bab fizikal ni tak semuanya kita mampu ubah. Allah dah ciptakan kita macam tu. Kalau menilai isteri dari fizikal sahaja memang susah la. Sebab isteri ni bukan peranannya sebagai pemuas nafsu je. Otak letak kat mana pun tak tahu.

Bab Imam ni tak nak komen. Ko jawab dengan Allah sendiri nanti.

Baca Sini : Isteri bukan hamba abdi yang suami beli dengan lafaz aku terima nikahnya.

Kalau isteri mulutnya busuk, ada usaha tak dari pihak suami?

Hantar pergi cuci gigi 6 bulan sekali ke, buat rawatan gigi ke. Ingat benda semua boleh selesai dengan gosok gigi ke?

Kalau lelaki ni belum berkahwin, harap semua wanita lari jauh-jauh dari dia. Kalau dia dah berkahwin, saya bersimpati dengan nasib isterinya.

Pokok pangkalnya, jika kita nakkan sesuatu, kita kena usahakan. Tak payah nak berlagak Raja kalau tak boleh layan isteri macam Permaisuri.

Maaf sebab saya sedikit emosional. Lelaki macam ni banyak berlegar kat media sosial. Saya harap sangat yang diri mereka sebenar bukan macam komen-komen yang mereka biasa buat.

Jika anda suka penulisan saya dan ingin membaca penulisan-penulisan saya yang lain, boleh ke t.me/broohsem

Saya selalu menulis berkenaan dengan perhubungan suami isteri, kekeluargaan, Takaful dan emas.

Mingguan Wanita : Kadang suami ini bercakap macam dirinya ‘raja’ ni tak pandang atas bawah diri sendiri dulu. Tak sudah-sudah meminta isteri yang memberi lebih dalam rumah tangga. Hingga ditekan-tekan baik emosi mahupun fizikal.

Sumber/Foto : Akhtar Syamir

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

Published by
Netty Ah Hiyer