Suami tolonglah jangan lepas tangan. Isteri menangis penat, banyak sangat dah berkorban. Isteri bantu mencari rezeki untuk ringankan beban suami. Habis kerja pejabat, tugas isteri diteruskan di rumah. Kadang isteri tak sempat tukar baju, terus buat kerja-kerja rumah.
Habis mengemas, memasak pula. Itu belum lagi melayan kerenah anak yang macam-macam. Ada suami yang tak rasa bersalah melihat isteri tak cukup tangan. Langsung dia tak offer nak bantu malah leka dengan handphone atau mengadap tv.
Time lapar pandai pula cari isteri. Dia cuma tahu makanan semua dah disiapkan, tinggal nak ngap je. Berbulu je mata isteri tengok perangai pasangan yang lepas tangan. Kadang isteri baru nak suap makanan ke mulut, anak datang bagitau nak ke toilet atau nak susu.
Ramai suami sekadar dengar tapi buat tak tahu je. Langsung tak kesian pada isteri yang berhempas pulas memastikan semuanya ‘SEMPURNA’ untuk keluarga. Pernah tak dia fikir betapa penatnya isteri melakukan semuanya sendiri.
Baca sini
https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
Ada isteri yang terlalu stres sampai jadi murung. Malah ramai isteri yang menangis penat, emosinya dah tak tertanggung. Bila suami langsung tak bantu, isteri makan hati berpanjangan. Ada isteri yang jatuh sakit, badannya tak mampu nak tanggung beban tugas non stop.
Memang ada suami yang jenis pentingkan diri, mungkin mereka sudah dididik begitu oleh keluarga. Dalam fikiran mereka, tugas isteri menjaga anak dan melakukan kerja rumah walaupun isteri bekerja.
Pemikiran begini mesti dibuang jauh-jauh kalau nak rumah tangga bahagia. Duhai suami, pandanglah isteri dengan mata hati. Layanlah isteri selayaknya, mereka adalah teman hidup anda.
Bukan isteri nak minta anda buat semua tapi sama-samalah membantu menguruskan kerja rumah dan anak-anak. Bila isteri happy, insya-Allah rezeki suami akan melimpah ruah. Bahagiakan seorang isteri, itu hak mereka!
Bebel sebab sayang, bebel sebab amanah. Sayang semua.