Suami Lebihkan Adik Perempuan Jangan Sampai Nafkah Anak Isteri Terabai, Dahulukan Selayaknya

Share

Siapa yang tak sayang keluarga. Darah daging yang lahir dalam rahim ibu yang sama. Nak-nak kalau ada adik perempuan seorang dalam keluarga. Sayangnya lebih dicurahkan pada dia seorang.

Begitulah, abang-abang dan adik lelaki akan lebih ‘protect’ adik perempuan. Jangan main-man. Bila sudah besar dan abang-abang dah kerja. Jadi, apa saja adik minta akan tunaikan.

Maklumlah tanggungjawab jaga adik perempuan bukan pada mak ayah saja tapi adi beradik lain pun tidak kurang ‘menatang minyak yang penuh’.

Sebelum kahwin, tidak salah pun keluarga manjakan adik perempuan. Minta itu diberi dan keinginan apa saja. Sayang punya pasal.

Tapi, bila sudah mendirikan rumahtangga, hak dan tanggungjawab yang utama kenalah diberikan kepada isteri dan anak. Tidak lagi pada adik perempuan.

Jangan kerana hanya ada adik perempuan seorang atau mungkin sebab suami anak sulung, tanggungjawab lebih diutamakan daripada anak isteri.

Ikuti perkongsian daripada Tuan Khairul Fahmi Ramli tentang isu ini. Jangan menidakkan tanggungjawab memberi nafkah kepada anak dan isteri semata-mata sayangkan adik perempuan. Ada haknya!

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Bila Kahwin, Kekalkan Panggilan Manja, Itulah Tanda Istimewa Rasa Cinta & Tanggungjawab

Suami Tolong Buat Kerja Rumah Bukan Sebab ‘TAKUT BINI’ Tapi Kongsi Rasa Tanggungjawab

Info Lebih Menarik Lagi DI SINI

Adik Perempuan Bukan Tanggungjawab

Suami lebihkan adik perempuan, isteri dan anak-anak tak cukup keperluan.

Menjadi seorang lelaki ini sebenarnya bukan mudah. Mungkin lelaki tak perlu mengandung, nak kahwin pun tak perlu wali, harta pusaka pun dapat lebih tapi menjadi lelaki perlu ada mentaliti ‘bertanggungjawab’.

Apatah lagi kalau bergelar suami. Dalam masa yang sama menjadi kepala keluarga selepas kematian bapa. Tambah-tambah bila bapa meninggalkan adik-adik yang masih kecil.

Ada satu kisah yang saya nak kongsikan. Seorang wanita mengadu kepada saya sebelum ini tentang sikap dan tanggungjawab suaminya yang jarang bagi nafkah kepada dia dan anak-anak.

Tapi,

Untuk adik perempuannya, apa saja yang diminta, mesti bagi. Adik perempuan itu adik bongsu katanya. Bukannya tak ada abang-abang yang lain, tapi suaminya sebagai Abang Ngah ini yang paling rapat.

Dia tak kisah kalau kata suaminya ni seorang yang nak pikul tanggungjawab selepas kematian bapanya.

Tapi, suaminya ini bukanlah orang yang berkemampuan sangat. Makan minum, pakaian, sewa rumah, bil-bil semuanya wanita ini yang tanggung. Bahkan, perbelanjaan anak-anak mereka pun, wanita ini yang banyak bayarkan.

Yuran tusyen, bagi duit belanja sekolah anak-anak, upah pengasuh, semua berkaitan anak-anak ditanggung oleh wanita itu.

Tahulah wanita ini kerja dan gajinya bagus. Seorang eksekutif di sebuah syarikat swasta. Tapi, kadangkala dia rasakan suaminya ini seperti melepaskan tanggungjawab rumahtangga mereka kepada dia seorang.

Suaminya pula, dalam keadaan tak berduit sangat pun setiap bulan, masih cuba untuk belikan hadiah birthday adik perempuannya yang baru 15 tahun.

Hadiah birthday kalau biasa-biasa macam buku ke ok lagi. Tapi, suaminya siap belikan Iphone model terbaru ketika itu kerana itu yang adiknya inginkan.

Siapa Lagi Penting

Marah wanita itu masa dia ceritakan kepada saya. Jadi dia tertanya-tanya, siapa lebih penting untuk seorang lelaki galas tanggungjawab.

1. Isteri atau adik perempuan yang lebih penting?

Dalam kes nafkah, seorang lelaki yang telah berkahwin, tanggungjawab menyediakan nafkah adalah kepada isterinya terlebih dahulu. Isteri adalah prioriti utama selepas sahaja dia menerima akad nikah.

Selagi mana isteri tersebut tidak disabitkan nusyuz oleh mana-mana Mahkamah Syariah, selagi itulah suami wajib berikan nafkah. Suami wajib sediakan makan minum, pakaian, tempat tinggal dan perubatan kepada isteri.

2. Antara adik perempuan atau anak sendiri, mana lebih penting?

Jawapannya, anak lebih wajib diutamakan. Nafkah anak adalah satu kewajipan yang mesti ditanggung oleh seorang bapa. Nafkah yang perlu disediakan kepada anak adalah nafkah makan minum, pakaian, tempat tinggal, perubatan dan pendidikan.

Selagimana anak tersebut masih belum bekerja, atau masih lagi menyambung pelajaran hingga peringkat sarjana muda, selagi itulah, si bapa perlu menyediakan keperluan nafkah kepada anaknya.

3. Antara adik perempuan dengan ibu bapa, mana lebih penting?

Jawapannya, ibu bapa perlu lebih diutamakan. Ini kerana ibu atau bapa yang tak berkemampuan, sedangkan anaknya mungkin orang yang kaya, ibu atau bapa itu boleh pohon nafkah furu’ kepada usul.

Jadi, ibu atau bapa perlu diutamakan berbanding adik beradik sendiri.

4. Jadi, adik perempuan tak penting?

Adik perempuan yang masih kecil dan dalam keadaan ibu mungkin tak berkemampuan, anak lelaki perlu ambil tanggungjawab untuk pikul tanggungjawab arwah bapa.

Cuma, perlu tengok pada keutamaan. Isteri dan anak perlu diutamakan kerana mereka adalah prioriti selepas berkahwin. Kalau ada adik beradik yang lain, mereka juga bertanggungjawab untuk bantu sediakan nafkah kepada adik perempuan yang masih kecil dan bersekolah.

Kesimpulan,
Menjadi lelaki, perlu ada kesedaran untuk pentingkan usaha mencari dan memberi nafkah. Andai seorang lelaki yang bergelar suami atau bapa gagal menyediakan nafkah yang
secukupnya kepada isteri dan anak-anak, bimbang dia berlaku zalim.

Memang ada pihak yang banyak tanggungjawab, tapi berusahalah sekuatnya untuk pikul tanggungjawab tersebut.

Mingguan Wanita : Tak salah pun nak bantu adik perempuan atau ahli keluarga yang lain. Tapi kenalah tunaikan tanggungjawab pada isteri dan anak-anak dulu. Itu lebih penting.

Sumber: Khairul Fahmi Ramli

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

 

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Published by
Nora