Suami Langgar Hukum Tuhan, Isteri Berhak Pilih Jalan Sendiri

Kata Ustaz Farid Rashidi, ‘ada isteri diuji mendapat suami yang bermasalah. Isteri dah elok pilih mahu berhijrah, berubah ke arah kebaikan. Sayangnya si suami yang jahil memerli dengan sinis.’

Seksa sungguh berdepan dalam situasi rumah tangga begini. Isteri rasa badan tu macam terbelah dua. Antara pilih penuhi keinginan hati nak berubah dengan pilih perasaan sayang pada suami masih menebal. Jika dilanggar amaran suami, bimbang sayang jadi berkurang.

Langsung, isteri tertekan dan tak tahu nak pilih jalan yang mana. Jelas ustaz ini, kisah yang dipaparkan ini, kisah realiti yang benar-benar terjadi dalam sesebuah rumah tangga.

Jika isteri berdepan situasi semacam ini.. maka isteri jalan mana isteri perlu ambil.

Baca sini : Isteri teraniaya, anda ada hak hukum suami nusyuz. Fahamkan penjelasan peguam syarie ini.

IKLAN

Ajak Suami Solat, Isteri Pula Diperli Penuh Angkuh

Bang, solatlah sama-sama.”
Awak nak solat, solatlah. Tak payah nak suruh-suruh. Tahulah saya nanti.” Balas suami dengan wajah selamba.
Hah, awak tau ke solat tu Tuhan terima ke tak?” Balas suami dengan kata-kata penuh keangkuhan dan perlian.

Ada juga kes, sudahlah tak solat, duit gaji habis pula bermain judi online. Nafkah isteri dan anak langsung terabai dek kerana habis wang pertaruhan. Allahu Rabbi. Kasihan sungguh. Berdouble-double buat dosa besar. Ini kisah benar. Realiti.

IKLAN

Bahkan teguran isteri secara baik-baik langsung tak diendahkan.

Baca sini : Tuduh isteri nusyuz, walhal suami cakap kasar pun boleh jatuh derhaka

IKLAN

Ini Jalan Penyelesaian Untuk Isteri Pilih

Para isteri, jika ada yang punya suami begini. Teruskan berhijrah. Jangan dengar perliannya hingga berputus asa untuk berubah. Ingat, soal rezeki Allah yang beri. Ikut syariat, pasti selamat.

Terus solat dan berdoa dengan sabar. Percayalah, DIA Maha Mendengar. DIA pasti terima solat dan doa hambaNya yang ikhlas.

Tak usah diikut arahan suami yang melanggar hukum Tuhan. Kalian ada pilihan, pilihlah jalan yang terbaik untuk masa hadapan. Kekal atau sebaliknya. Carilah jalan penyelesaiannya terbaik.

Sumber/Foto : Farid Rashidi yang juga banyak menulis di channel Telegram Nota Fiqh Wanita & Rumahtangga : https://t.me/NotaFaridRashidi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI