Kata Ustaz Farid Rashidi, ‘ada isteri diuji mendapat suami yang bermasalah. Isteri dah elok pilih mahu berhijrah, berubah ke arah kebaikan. Sayangnya si suami yang jahil memerli dengan sinis.’
Seksa sungguh berdepan dalam situasi rumah tangga begini. Isteri rasa badan tu macam terbelah dua. Antara pilih penuhi keinginan hati nak berubah dengan pilih perasaan sayang pada suami masih menebal. Jika dilanggar amaran suami, bimbang sayang jadi berkurang.
Langsung, isteri tertekan dan tak tahu nak pilih jalan yang mana. Jelas ustaz ini, kisah yang dipaparkan ini, kisah realiti yang benar-benar terjadi dalam sesebuah rumah tangga.
Jika isteri berdepan situasi semacam ini.. maka isteri jalan mana isteri perlu ambil.
Ajak Suami Solat, Isteri Pula Diperli Penuh Angkuh
“Bang, solatlah sama-sama.”
“Awak nak solat, solatlah. Tak payah nak suruh-suruh. Tahulah saya nanti.” Balas suami dengan wajah selamba.
”Hah, awak tau ke solat tu Tuhan terima ke tak?” Balas suami dengan kata-kata penuh keangkuhan dan perlian.
Ada juga kes, sudahlah tak solat, duit gaji habis pula bermain judi online. Nafkah isteri dan anak langsung terabai dek kerana habis wang pertaruhan. Allahu Rabbi. Kasihan sungguh. Berdouble-double buat dosa besar. Ini kisah benar. Realiti.
Ads
Bahkan teguran isteri secara baik-baik langsung tak diendahkan.
Para isteri, jika ada yang punya suami begini. Teruskan berhijrah. Jangan dengar perliannya hingga berputus asa untuk berubah. Ingat, soal rezeki Allah yang beri. Ikut syariat, pasti selamat.
Terus solat dan berdoa dengan sabar. Percayalah, DIA Maha Mendengar. DIA pasti terima solat dan doa hambaNya yang ikhlas.
Tak usah diikut arahan suami yang melanggar hukum Tuhan. Kalian ada pilihan, pilihlah jalan yang terbaik untuk masa hadapan. Kekal atau sebaliknya. Carilah jalan penyelesaiannya terbaik.
Hubungan di tempat kerja yang pada mulanya dianggap biasa sebenarnya boleh menjadi punca kepada berlakunya kecurangan sehingga mencetuskan hubungan terlarang sesama rakan sekerja.
Kes-kes kecurangan ini bukan hanya melibatkan kaum lelaki daripada pasangan yang sudah berkahwin, malah wanita berstatus isteri orang turut terperangkap dalam situasi ‘bermain kayu tiga’.
Skandal Di Tempat Kerja
Kalau melibatkan lelaki bujang dan anak dara tidak menjadi masalah. Tapi, bila ia melibatkan isteri dan suami orang. Selalu jugalah kes-kes skandal tempat kerja ini yang hanya bermula dengan usikan manja, makan bersama dan lepas itu berkisar pula pada masalah rumah tangga. Bila sudah rapat, mulalah timbul pula gossip-gossip.
Mengaku hanya sekadar kawan kerja dan masing-masing sudah mempunyai keluarga, tidak mungkin akan berlaku ‘skandal’. Hakikatnya, boleh percayakan dengan kata-kata itu.
Apa yang boleh dikatakan, baik isteri orang mahu pun suami orang, tidak salah untuk berkawan tapi jangan sampai boleh membawa kepada skandal. Akhirnya, boleh membinasakan rumahtangga yang dibina.
Ingat, tidak salah berkawan tapi ada hadnya. Jangan biarkan pasangan hilang percaya dengan apa yang kita lakukan. Niat untuk mencari rezeki dan membantu pasangan. Antara nasihat dan kata-kata dari Salwa Mohd Saleh untuk dijadikan panduan dan ingatan.
‘Teman Tapi Mesra’ Bukan Alasan Bina Hubungan Terlarang
INGAT, bukan Semua Orang Di Tempat Kerja Kita Boleh Jadikan KAWAN!
Tentang Skandal Tempat Kerja:
1. Terbaca satu kisah tentang seorang isteri yang suaminya curang. Si isteri surirumah yang berniaga secara online. Perbelanjaan rumah separuh isteri tanggung. Percutian juga isteri sediakan. Selepas kes curang, perbelanjaan semua isteri suruh suami yang tanggung supaya suami tak rasa ‘duit banyak’ dan pasang yang lain.
2. Namun, bukan itu yang saya nak ceritakan. Saya nak kata, kisah skandal di tempat kerja ni berlaku di mana-mana. Malah di tempat saya bekerja dahulu pun ada beberapa yang terbongkar. Ada yang akhirnya jadi isteri kedua, ada juga bercerai berai.
3. Tahu tak, kebanyakannya bukan ada niat original nak menduakan pun. Biasanya bermula dengan ayat “ala, kawan kerja je pun”. Kadang akan keluar ayat biasa “dia tu dah isteri orang pun, beranak pinak dah” atau “eh dia tu suami orang lah. Tak hingin”. Tapi dari ayat-ayat yang beginilah, akhirnya membinasakan. Kenapa?
4. Bermula dengan usik-usik manja. Kemudian mula pula ceritakan masalah rumahtangga masing-masing. Yang suami rasa isteri di rumah tak hot. Sibuk dengan anak-anak sahaja dan dia tak boleh nak bermanja. Rasa isteri dah tak lagi bagi layanan mesra macam mula-mula kahwin dulu. Rasa isteri banyak membebel.
5. Yang perempuan pula pun buka cerita rumah dia juga. Rasa suami sibuk sangat kerja. Balik rumah, suami tak balik lagi. Rasa kesunyian. Rasa penat urus rumah seorang.
6. Macam itu lah mulanya. Bercerita. Kemudian sebab satu pejabat dan satu bidang pulak, akan mula rasa yang kawan ofis tu tadi lebih ‘memahami’. Cakap apa pun dia paham. Kalau engineer cakap bahasa jurutera sambal sulam dengan jenaka mesra. Kalau yang doktor cakap la pasal segala mak neka bahasa Operation theatre sambil rasa mudahnya buat conversation sebab ‘si dia’ terus dapat tangkap apa inti bicara.
7. Inilah yang membunuh sebenarnya. Dalam senyap setan setan bertoncet tu semua cucuk jarum. Rumahtangga yang sah dengan ikatan yang dah ada anak beranak pun bergoncang hebat. Kalau setan pangkat koperal, maybe boleh la ditarik balik dan taubat kembali ke pangkuan keluarga. Kalau setan pangkat sarjan, mungkin dah goyah. Kalau yang buat skandal tu sendiri perangai macam setan, tu yang start terlanjur bagai.
8. Jadi, saya nak ingatkan. Jangan mudah mesra. Berkawan dan bekerja lah seadanya. Tak payah lebih-lebih. Sederhana. Islam dah ajar, jangan hampiri zina.
9. Yang perempuan, jangan terhegeh nak cerita masalah kat jantina lelaki. Tak kisah la awak tu single ke isteri orang ke. Cerita kat group perempuan. Biarlah orang kata bawang sekalipun, asal tak ganggu rumahtangga orang.
10. Bagi yang lelaki, jangan nak melayan sangat orang perempuan yang sendu sendan sedih kononnya semua masalah dunia ni dia ada. Set your border ya. Ingat isteri dan anak-anak di rumah. Isteri tu penat, semua dia handle. Kalau nak isteri cantik, invest lah belikan set spa dan makeup. Kalau nak isteri nampak presentable, beli la baju ke perfume wangi ke. Nak isteri tak membebel, ringankan tulang tu bantu kerja rumah apa yang patut.
11. Kita sendiri sebenarnya bertanggungjawab dengan apa yang kita buat. Jangan bila dah jadi, tunding jari pihak sana pihak sini. Pun begitu, memang tak dinafikan, ini dinamakan UJIAN dalam hidup berumahtangga.
12. Saya ni pun beringat juga. Bukan kata kami ni pasangan perfect atau sempurna. Tidak. Ini purely nak bagi nasihat dan ingatan sahaja sambil menasihati diri sendiri dan suami dan keluarga kesemuanya, supaya beringat-ingat. Jadikan pengajaran.
Benar, sebagai mak ayah bukan mudah mahu menghalang kemasukan fitnah akhir zaman ke dalam rumah sendiri. Kadangkala tanpa sedar pun, mak ayah terleka dengan smartphone di tangan. Itulah antara tanda-tandanya. Bentengi hati daripada fitnah akhir zaman dengan surah Al Kahfi.
Perkongsian daripada Ainizal Abdul Latifyang menunjukkan panduan bagaimana mahu mengawal hati anak-anak daripada tergelincir dengan kehadiran fitnah akhir zaman.
“Sedang menguji susunan dan ayat hafalan Rizqy anak Autisme saya, pada 10 ayat surah Al Kahfi” Tulisnya ketika menerangkan video ujian hafalan anaknya.
Perangkap 5S
Perjalanan homeschooling pada setiap hari jumaat di mulakan dengan ulangan bacaan, kefahaman melalui terjemahan, dan tadabbur surah Al Kahfi.
Mereka perlu difahamkan tentang akan hadirnya fitnah akhir zaman dan dajjal. Merekalah anak-anak kita yang jika di izin Allah adalah generasi yang akan melalui zaman tersebut dengan dasyat.
Kita tidak mampu menghalang keluarnya fitnah akhir zaman, namun kita sudah di peringatkan berkali-kali oleh baginda rasulullah melalui hadith sahih tentang bagaimana mahu menghalang fitnah tersebut daripada masuk ke dalam rumah.
Sungguh, jika ditadabbur barulah kita akan tahu dan faham apa kaitan surah Al Kahfi ini dengan fitnah akhir zaman dan kehadiran dajjal. Bagaimana pemuda-pemuda gua itu Allah selamatkan daripada kekufuran, begitulah kita mohon di selamatkan Allah dari fitnah ini kepada keluarga kita.
Benteng Surah Al Kahfi
Saya pernah mendengar satu ceramah (maaf lupa siapa penyampai), yang memberitahu, jika kita perhatikan, strategi fitnah akhir zaman sebenarnya telah di rancangkan melalui perangkap 5S iaitu:
1) Smoke : Rokok dan ketagihan.
2) Sport : Sukan-sukan yang banyak dipertandingkan.
3) Screen : Game, video dan filem yang tidak ditapis.
4) Song : Lagu dan hiburan yang melalaikan.
5) Sex : Eksploitasi aurat wanita dan filem porno.
Hari ini, tanpa kita sedar, semua itu sudah berjaya masuk ke dalam rumah-rumah kita, tanpa kita dan anak-anak keluar rumah mencarinya. Mereka boleh dapat semua maklumat berkaitannya di hujung jari iaitu hanya melalui gadget.
Saya sendiri mengakui tidak mampu untuk menghalang 100% perangkap ini masuk ke dalam rumah. Allahuakbar, satu dua terlepas juga di sebabkan gadget sudah menjadi keperluan untuk melakukan kerja dan komunikasi pada hari ini.
Moga Selamat Dari Seburuk-buruk Fitnah
Dalam keadaan kita tidak mampu menghalang ia masuk ke dalam rumah, siapalah yang mampu untuk menjaga kita dan mereka kalau bukan Allah, melalui amalan yang ditunjuk ajar oleh nabi.
Moga kita dan keluarga sentiasa mendapat bantuan, hidayah dan ihsan daripada Allah dalam menjaga dan memperbaiki iman supaya terselamat dari seburuk-buruk fitnah, iaitu fitnah akhir zaman.
Rezeki makin sempit selepas bercerai itu mungkin ada yang ‘berlubang’ dalam membuat kebaikan. Atau boleh jadi sebab kita pun dah makin jauh dengan Pencipta. Haaa… jangan sampai situasi ini berlaku pada diri kita, suka sangat tangguh benda yang baik. Tetapi bab rezeki nak lebat! Allah, marilah ubah mana yang perlu… baiki secepat mungkin kalau benar anda nak bahagia dunia akhirat. Jom baca nota perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew…
Baru ini semasa di Paramount seorang jumpa saya. Katanya dia betul-betul tak tahu nak mula macam mana hidupnya. Dia baru bercerai dengan isterinya 3 bulan lepas. Semenjak itu rasa semua tak kena. Perniagaannya 3 bulan ni jatuh susah. Tiba-tiba semua projek hilang.
Takde projek baru masuk. Yang lama yang dah jadi pun asyik tangguh dan ada yang macam nak cancel. Sekarang cuma sewa bilik. Betul-betul down dan semuanya sempit. Kenapa tuhan buat macam ni yer ustaz.
Saya ada dengar-dengar live ustaz. Saya beli buku isteriku bidadari baca sampai mukasurat 6 saya terasa sangat dan ingin rasa bahagia seperti itu..saya ulang baca mukasurat 1 sampain6 berkali-kali. Saya hadamkan. Saya menangis… Saya sebak tapi saya dah tak tahu nak mula kt mana.
Kenapa tuhan uji kita macam ni yer ustaz. Saya jadi sedih dan putus asa..dulu saya ingat saya boleh harungi semua ini. Tapi saya tak boleh. Saya tak tahu nak cerita dengan siapa. Semua kawan-kawan teman ketawa tetapi bukan untuk faham benda hati macam ni. Saya terfikir ustaz. Berhari-hari saya pusing sini kot rezeki terjumpa.
Abang saya nak tanya satu jer sebelum saya berkongsi dengan abang. Abang, siapa boleh beri kita bahagia?
Allah… Allah bagi bahagia…
Jadi jawapan semua persoalan hidup ini cuma satu. Balik pada Allah. Balik pada Allah. Dia beri bahagia. Bila dia beri satu dunia tak boleh halang. Dia pemilik dan raja kepada semua dan setiap yang di langit dan di bumi.
Abang solat tak?
Saya memang dari dulu tak berapa solat. Kadang-kadang jer ustaz. Tapi dulu ok jer semua..tapi xwife saya solat ustaz. Dia tak tinggal solat. Dia tegur saya. Tapi saya tak dengar. Saya marah dia tak layan saya. Saya ada ramai awek. Ya Allah malu nak cerita dekat ustaz.
Abang dimurahkan rezeki dulu sebab solat isteri abang. Solat awal waktu ini ialah tanda seorang itu mengaku tu hamba Allah. Orang yang jaga solat dan betulkan solat awal waktu sebenarnya dia sedang membetulkan hidupnya.. Di mana-mana dalam kesibukan bacalah 2 zikir ini. Laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin. 300x atau lebih. Dalam hati mengaku tiada tuhan melainkan Allah. Semua yang Allah jadikan sempurna tiada tersilap atau kurang. Yang kurang diri saya. Saya yang berdosa. Ulang-ulang sambil menangis.
Doa kedua bacalah Rodhi tu billa hi Rabba.. wa bil Islamidina. Wa biMuhammadin Nabiyau wa Rasula. Dengan rasa bahagia gembira ya Allah kaulah tuhanku.Islam Agamaku dan Nabi Muhammad saw pesuruh Allah.
Kita selalu mengeluh, merungut, dan kurang bersyukur bacalah doa ini agar kita benar-benar syukur Allah beri kita nikmat Islam. Kenal Allah. Kenal Nabi saw.
Dia menangis masa dia belajar ucap doa-doa itu. Saya kata abang dah solat Asar ke. Dah petang ni. Dia kata belum lagi. Ambil lah wuduk solat di bawah sebelum balik.
Selepas Asar saya ingat dia dah balik. Dia baca zikir yang saya tulis tu seorang diri di surau. Masa dia balik saya nampak dia menangis.
Ya Allah berjuta rahmat kau beri padanya berilah sedikit pada saya. Orang begini yang sedang diuji dan dia kembali sangat dekat dengan Allah.
Esoknya dia call saya. Katanya saya dah jelas. Saya dah faham ustaz. Ya Allah saya amalkan semalam. Allah bagi jiwa saya tenang. Saya dah lama hilang rasa begini.
Kata saya padanya, warna iman dah ada diri abang. Kalau nak kekal abang kena duduk dalam suasana iman. Keluar ke jalan Allah. Belajar ilmu. InsyaAllah akan istiqamah. Abang lihatlah satu demi satu rahmat dan kasih sayang Allah yang abang akan rasai.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Ida Selalu Cakap Dia Segan Saya Layan Dia Sangat Baik, Sayang Ida” itulah antara luahan daripada Bonda Rozita terhadap menantunya Datin Seri Shahida Mohd...