Suami Lafaz Cerai Menerusi Aplikasi WhatsApp, Lufya Tak Terima Seperti Didakwa

Kemelut rumah tangga yang melanda pelakon dan penyanyi Lufya Omar, 34 dengan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz sampai ke jalan perpisahan. Dr Che Muhammad Baharum membuat pengumuman menceraikan isterinya, atau nama sebenarnya, Lutfyah Sheikh Omar menerusi aplikasi WhatsApp sejak minggu lalu.

Berita pilu ini disampaikan ketika beliau dalam sesi temubual di portal MHETV. Apabila kedua-dua pihak tidak menemui jalan penyelesaian untuk memulihkan kembali hubungan mereka.

Dakwa Dr Che Muhammad, dia bersetuju menunaikan permintaan Lufya untuk bercerai yang mana ianya diminta isterinya itu dalam WhatsApp ketika mereka sedang membincangkan isu rumah tangga.

Jelas Dr Che Muhammad dalam temubual itu, “Cukuplah ini sahaja penjelasan daripada saya dan terlalu peribadi untuk saya kongsikan tentang hal lain. Banyak hati yang perlu dijaga dan diharapkan tidak timbul sebarang spekulasi lain.”

Lufya Bingung, Tak Terima Lafaz Cerai Seperti Didakwa

Bagaimana pun dalam temubual bersama Berita Harian Online, Lufya mendakwa yang dia dalam keadaan bingung dengan tindakan suaminya. Kerana sama sekali dia tidak tahu menahu mengenainya.

Dakwan Lufya, “Saya langsung tak terima lafaz cerai seperti didakwanya dilakukan terhadap saya menerusi WhatsApp.”

Ads

Malah dakwanya lagi, dia juga tak menerima sebarang dokumen berkaitan penceraian yang dimaksudkan oleh suami. Bagaimanapun, jika perpisahan menjadi titik akhir kemelut rumah tangga mereka.

Lufya akur mengenainya.

Saya terima ketentuan-Nya jika suami mahu menceraikan saya, tetapi biarlah menerusi saluran betul dan melakukannya sebagai lelaki budiman.”

Ads

Jika dia mengambil saya dengan cara baik, maka pulangkan dengan cara yang sama. Jangan cakap dia sudah melafazkan cerai menerusi WhatsApp.”

Jadilah Lelaku Yang Bertanggungjawab

Bagaimana pun, kata Lufya untuk suaminya agar jadilah lelaki yang bertanggungjawab.

Dia kena fikir, dirinya mempunyai anak. Semua ini adalah untuk kebaikan dan hormatilah cara sepatutnya bagi melepaskan wanita yang kamu kahwini.”

Ads

Hasil perkahwinan antara kedua pada 26 November 2016, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Laana Haura yang sudah pun berusia dua tahun.

Rumah tangga pasangan ini dikatakan berdepan dengan masalah pada Oktober lalu malah dikatakan mahu mengakhirinya dengan jalan perpisahan. Lufya menafikan khabar angin itu.

Namun, Jumaat lalu Lufya meluahkan di instagramnya mendakwa suami gagal menjalankan tanggungjawab sejak tiga bulan mendirikan rumah tangga, sebelum membuat keputusan untuk memadamkan status yang dimuat naik.

MW : Mendoakan semoga kemelut rumahtangga pasangan ini dapat diselesaikan secara baik.

Sumber/Foto : Berita Harian Online, Astro Awani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI