Kekeluargaan

Suami Kena Tahu Sebab Isteri Berubah, Masa Bercinta Manja, Lepas Kahwin Jadi Garang

Share

Bila isteri mula berubah, suami kena ambil tahu sebab mengapa isteri tidak lagi manja seperti zaman bercinta. Selepas berkahwin isteri berubah jadi garang tentu ada sebabnya.

Suami mesti ‘siasat’ kenapa isteri yang dulunya bercakap lemah lembut, sopan santun, tapi selepas berkahwin jadi ‘bengis’ dan ‘menyinga.’ Mereka tak akan berubah kalau tiada faktor yang menjadikan mereka begitu.

Berikut perkongsian daripada Sharifah Zahidah untuk renungan bersama. Ia sekadar renungan kita bersama.

 

“Kemanjaan wanita adalah tergantung pada jenis layanan yang dia terima..”

Kenapa wanita tak halal lebih manja berbanding isteri sendiri di rumah?

Kerana, layanan dan perhatian yang diterima wanita di luar rumah ini selalunya LEBIH daripada apa yang diterima isteri di rumah sendiri. Lelaki gatal dan miang memang pandai manjakan wanita yang tak halal di depannya, berbanding isteri sendiri yang setiap hari menanti untuk dibelai.

Dengan wanita lain, mudah berkata ya.

Dengan isteri sendiri, asyik bernanti nanti.

Dengan wanita lain, mudah diberi bantuan.

Dengan isteri sendiri, penuh 1001 alasan.

Dengan wanita di luar rumah, mudah belanja makan.

Dengan isteri sendiri, semuanya tunggu hujung bulan.

Dengan wanita lain, pemurah tawa dan senyuman.

Dengan isteri sendiri, bermuram durja alasannya kepenatan.

Manalah…

Manalah wanita di luar sana tak terlebih manja.

Isteri di rumah dah macam singa.

Kerana layanan yang diterima menentukan karakter yang dibawa.

Apapun, bagi saya, menyalahkan suami 100% juga tidak betul kalau si isteri hilang manjanya. Takkan jadi isteri ini kerjanya menyalahkan suami saja, macam diri sendiri tak punya akal dan tak perlu berusaha? Saya hilang manja sebab suami. Itu faktor. Tapi janganlah dibebankan semuanya atas lelaki. Rasa low class pula jika jadi wanita yang soal kemanjaan diri pun mahu suami atasi.

Kadangkala, suami juga rimas dengan sebahagian perangai wanita. Itu yang “manja” sang isteri, ditafsirkan “mengada” oleh sang suami. Tapi suami pun, kata ada 9 akal? Takkan hal remeh macam ini pun tak boleh jinakkan isteri? Mana pergi “9 akal” (mitos) yang konon dibanggakan itu?Jika hal isteri tak manja sudah buat kau bertindak sehina haiwan yang kerjanya asyik bertukar pasangan?

Yang paling salah ialah, bila rasa diri isteri tak manja. Kita pergi manjakan perempuan lain di luar sana. Ini memang sungguh durjana dan tiada justifikasi. Isteri tak manja, sila selesaikan isu itu secara berdua. Bukan dengan bermain kayu tiga. 

Cuma ingat, kadangkala faktor isteri sudah hilang jinak manjanya, adalah kerana layanan dan perhatian.

Sumber: Sharifah Zahidah

Published by
Has