Masalah tudung tak jadi ini bila jadi dekat orang perempuan, dia memang boleh bawa mood sampai ‘ke laut dalam’. Kadang itu, boleh buat pening kepala, sebab serabut fikir tudung tak jadi.
Sampai sedahsyat itukah? Ini yang cuba disampaikan oleh pasangan suami isteri ini, Akhtar Syamir dan Isterinya, Nora Azni sebagai model untuk catatan info suami. Lucu penerangannya tapi realiti masalah ‘tudung tak jadi’ orang rumah dikongsikan dengan jujur dan itulah yang dialami pun.
Jenis-jenis Tudung Tak Jadi
Tudung tak jadi. Fenomena biasa yang di hadapi oleh semua wanita yang bertudung. Ia boleh mengawal, mempengaruhi dan menentukan mood seseorang wanita itu.
Jika pasangan anda tiba – tiba masam, mengeluh, nampak tidak selesa dan menyampah dengan semua benda terutamanya anda, besar kemungkinan disebabkan oleh tudung tak jadi.
Ia juga boleh membuatkan seseorang wanita itu tidak senang duduk dengan jarinya akan sentiasa membetulkan tudungnya setiap 2 saat.
Cermin akan menjadi benda yang paling dicari. Walaupun setelah keluar dari rumah. Pantang nampak cermin, pasti akan dibetulkan tudungnya.
Diikuti pula dengan memek muka yang tidak sesuai untuk selfie, mulut ke kiri dan ke kanan, kening, dahi berkerut ke tengah dan kadang – kalanya ke atas serta hembusan – hembusan yang pelik.
Mata Suami Nampak Comel, Mata Isteri Kata Tudung Tak Jadi
Fenomena ini sukar dilihat dengan mata kasar lelaki. Bagi kami, semuanya jadi. Semuanya sama. Tiada cacat celanya. Cantik dah tu, comel sangat, cun. Tapi, pada hakikatnya tudung si dia tak jadi.
Masa untuk memperbaiki tudung tak jadi ini masih lagi misteri. Ada yang kata 10 minit, ada yang sampai ke sudah tak jadi – jadi. Mereka akan fed up dan anda akan dipersalahkan. Haha..
Mengikut sumber suami yang boleh dipercayai, seorang wanita pernah menukar tudungnya beberapa kali hanya kerana tudung itu tidak jadi.
Terdapat juga laporan, ada yang berpatah balik ke rumah walaupun sudah sampai ke destinasi hanya untuk menukar tudung. Jika anda pernah mengalami situasi sebegini, bertabahlah.
Sekali lagi, apakah tudung tak jadi ini? Menjadi persoalan di benak fikiran lelaki bertahun – tahun lamanya. Soalan yang paling ditakuti lelaki bila ditanya, “tudung I jadi tak?”.
Ini kerana, apa juga jawapan yang diberikan akan salah. Baik jangan jawab. Diorang takkan percaya. Senyum dan buat jari good je dan berharap si dia puas hati. Jika berjaya, masa bersiap pasangan akan berjaya dikurangkan sebanyak 50% !
Ini Contoh Tudung Tak Jadi
Di atas keprihatinan akan masalah ini, saya BroOhsem dan mamaohsem telah mengambil inisiatif untuk menunjukkan 5 jenis dari 15 ribu sebab kenapa tudung seseorang wanita itu tak jadi.
Tudung Tak Jadi Paling Mak-Mak Sakit Hati
Di harap dengan ini dapat membantu para lelaki mengenalpasti kenapa tudung pasangan anda tak jadi.
Jenis tudung tak jadi yang mana paling anda sakit hati?
Jika anda ada lagi jenis tudung tak jadi, sila ajukan di komen. Kami akan tambah jenis ini dari masa ke semasa. Tak apa, saya sendiri akan gosokkan tudung model nie.
Diharap juga anda semua dapat tag pasangan masing – masing dan share supaya lebih ramai dapat manfaat bersama.
Sumber/Foto : Akhtar Syamir , BroOhsem
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI