Penat balik dari tempat kerja, isteri terus terjah ke dapur untuk menyiapkan makan keluarga pula. Baginya keutamaan adalah untuk suami dan keluarga. Itulah rutin yang biasa isteri lakukan.
Kadang-kadang dia tak sempat untuk berbual atau bercerita dengan suami, mungkin baru separuh jalan cerita, terus isteri di ulit mimpi. Penat. Itu kalau suami sanggup mendengar, kalau suami yang buat hal sendiri. Macam mana. Boleh timbul sakit hati dan geram. Langsung seperti tidak dihargai.
Inilah yang ada masanya suami tidak faham tentnag emosi isteri. Isteri senyap dan buat hal sendiri dikatakan isteri merajuk. Sedangkan dia tak pernah tanya apa yang bermain di hati isteri.
Perkongsian daripada Dr Redza Zainol ini boleh membuka mata para suami di luar sana tentang apa yang sebenarnya isteri mahu.
Pernah kawan saya kongsikan cerita dia.
Dia dan isteri sama-sama bekerja. Dia kerja doktor, isteri kerja pejabat.
Dari dulu, dia ni jenis yang rajin bekerja. Isnin sampai Jumaat dia kerja di klinik. Hujung minggu dia pulun lokum pula dari pagi sampai ke malam.
Maknanya setiap hari dia bekerja.
Masa tu, dia fikir memang wajib untuk dia tambah pendapatan keluarga. Kalau lagi banyak duit dia bawa balik ke rumah, dia fikir mesti bertambah sayang si isteri dan anak-anak pada dia.
Baca Artikel Lain Di Sini: Nak Upgrade Cinta Suami Isteri, Cuba Ingat Kembali Pengorbanan Dan Kebaikan Pasangan
Suami Isteri Kena Saling Goda-Menggoda Elak Rasa Bosan Dalam Rumahtangga
Walaupun kerjanya seronok, makin lama dia terasa dia makin jauh dari isteri. Kalau dulu dia balik kerja, ada aje yang nak diborak dengan isteri.
Tapi sekarang, dia rasakan yang isterinya banyak melayan anak dan buat hal sendiri je. Makin dia perhati, barulah dia perasan wajah isterinya yang lesu tu.
Terus dia tanya pada isteri. “Ada apa-apa nak cerita kat saya? Awak boleh luahkan kat saya.”
Entah dari mana datangnya, tiba-tiba isterinya terus menangis. Berjurai-jurai air mata keluar. Seolah-olah dia lepaskan segala perasaannya melalui tangisan itu.
“Saya penat je.”
Mulalah fikiran kawan saya fikir itu dan ini. Nak ambil orang gajilah, nak isteri berhenti kerjalah.
Wajah lesu tadi tu perlahan-lahan diganti dengan senyum di bibir. Air mata tadi semuanya hilang diganti dengan wajah yang berseri-seri.
Ya Allah, kawan saya betul-betul rasa tertampar.
Dia mengaku bila dia keluar rumah, dia fikir automatik semua urusan di rumah isterinya akan uruskan. Macam robot yang boleh ditekan butang untuk ikut apa saja arahan tuannya.
Rupa-rupanya, selama ni isterinya cuma harapkan suami dia bertanya tentang diri dia. Memang dari luaran nampak macam tenang, tapi bila ditanya, isteri sebenarnya penat dan perlukan bantuan suami.
Inilah isteri kita semua. Selain perlukan tidur, makan dan rehat yang cukup, isteri nakkan suami yang sensitif dengan emosinya.
Cukup dengan hanya bertanya dan mendengar cerita isteri dah boleh buat dunia isteri jadi lebih ceria dan bahagia.
MW: Kena ingat para suami, isteri tak minta lebih, Cuma harapkan suami jadi pendengar yang baik untuk dirinya.
Sumber: Dr Redza Zainol