Suami Kena Peka, Period Isteri Ada Yang Sengsara Senggugut Setiap Bulan

Share

Berapa ramai suami yang peka dengan period isteri atau datang bulan. Yang faham betapa isteri sebenarnya perlukan rehat dan ketenangan. Ditambah dengan senggugut yang menyucuk tu. Bukan sakit biasa-biasa apatah lagi dibuat-buat.

Suami ini, BroOhsem Akhtar Syamir berkongsi bagaimana dia ambil peduli dengan perkara kecil bagi lelaki tapi cukup besar sebenarnya untuk isteri. Ya.. isteri sebenarnya perlukan empati suami ketika dia datang bulan yang beserta dengan sengugut tu.

Memahami Period Isteri

Pukul 3 pagi tadi isteri saya masih tak dapat tidur. Gelisah sangat. Pusing sana tak boleh, pusing sini tak boleh. Tandas dah 3,4 kali masuk keluar. Lama jugak duduk dalam tu. Perutnya memulas-mulas sebab period.

Pada ketika itu saya tak dapat nak membantu. Hanya sekadar cuba menenangkan dia, mengusap dan mengurut lembut perut dia yang sakit tu.

Dari dalam tandas dia whatsapp, “tidurlah dulu, I lama kat dalam ni. Tak larat dah nak keluar masuk tandas.” Kesian sangat. Nak cakap kuat, takut Daisy bangun pulak, lagi susah. Lepas tu, sempat juga saya tengok dia duduk baring, duduk baring sebelum saya terlelap.

Bangun pagi esoknya, saya lihat dia sedang tidur. Daisy pulak dah bangun dan ke sana sini atas katil tu. Memang tak duduk diam. Saya pun ambil dan baring bersama Daisy di tilam tepi katil, mengasingkannya dengan mama dia.

Lampin dia dah penuh rupanya, patutlah tak selesa. Saya tukarkan lampin dia walaupun sedikit mencabar. Budak kecik ni tak duduk diam dah sekarang. Pantang bukak lampin, nak menggaru bontot je kejenya. Tak padan dengan kecik. Hehe..

Lepas tu saya baringkan dia kat sebelah. Diam juga dalam setengah jam. Lepas tu bangun balik. Mata Daisy dah cerah, memang tak nak tidur dah budak ni. Saya pun bawa dia ke luar, mamanya terjaga perasan kami nak keluar bilik.

Saya suruh dia tidur semula dan tutup pintu. Semalam dia tak cukup tidur, biarlah dia rehat.

Mama Dia Bangun, Saya Bawakan Air Sejuk

Rupanya kat luar, si Akbar dan Jasmine dah bangun. TV pun dah buka dengan Dave & Ava tengah menyanyi-nyanyi. Daisy pun dah jumpa mainan dia, lagipun dia dah pandai duduk tanpa jatuh dan merangkak ke sana sini dengan sendiri. Senang sikit saya nak ke dapur.

Saya gorengkan wedges untuk diorang sarapan. Nampak dapur sedikit tidak terurus. Tetapi perkara pertama saya buat ialah masak nasi. Saya tak nak Jasmine pergi sekolah tanpa makan dahulu.

Selepas itu saya basuh semua pinggan mangkuk dan kuali. Tenang je tengok hasil dia lepas tu. Lega sungguh rasanya. Saya terus panaskan lauk ayam masak asam pedas yang dah dimasak semalam. Saya suapkan kedua-dua anak. Bukan diorang tak boleh makan sendiri, tapi disebabkan nak cepat, saya suapkan sediri kedua-dua mereka. Sambil-sambil tu melayan si Jasmine buat latihan Matematik dan mengemas sedikit di ruang tamu.

Selesai diorang makan, mama dia pun bangun. Saya bawakan air sejuk dalam gelas dan bagi dia minum sambil usap kepala dia. “U ok tak?” tanya saya. “Ok sikit, terima kasih” katanya.

Bila dia keluar dari bilik, saya bagitau yang anak-anak dah makan, dapur dah kemas, nasi pun dah masak. Tersenyum manis dia kegembiraan dan kami berpelukan sambil bibirnya mengucapkan terima kasih.

Selepas panaskan lauk semalam, kami pun makan berdua. Anak-anak yang dah kenyang pun tak ganggu dah dan buat hal masing-masing.

Suka saya sebab dapat mudahkan urusan dia dan kurangkan kesakitan dia. Senyuman manis dari wajah dia, itu je yang saya sentiasa dambakan.

Suami Kena Peka Bila Isteri Period

Begitulah. Ada masanya kita sebagai suami kena peka bila waktunya tiba. Memang tak semua orang sama. Ada yang period ke tak period ke, tiada beza. Tapi ada yang memang sengsara setiap bulan.

Terpulang kepada kita sebagai suami untuk memandang ini sebagai perkara yang berat atau tidak mengendahkannya dan menganggap ianya perkara biasa. Ini bukan perkara yang biasa ye. Datang bulan ini bukan suatu perkara yang biasa. Tolong tanam ayat ini dalam kepala anda. Isteri kita memang sakit jika senggugut mereka datang. Ditambah dengan karenah anak-anak dan suami sendiri, ia boleh jadi satu waktu yang memberi tekanan yang amat kuat.

Itu sebabnya kita biasa dengar isteri mengamuk semasa period. Bukan disebabkan period itu sahaja, tetapi keadaan sekeliling dan suami yang tidak membantu juga menyumbang kepada tekanan itu.

Saya pernah dimaklumkan oleh DrLinda Mat Hassin, Pakar Hormon dari Radiant Clinique betapa semasa wanita mengalami period, hormon mereka menjadi amat tidak menentu.

Dan suami sangat perlu memainkan peranan untuk membantu isteri melalui kitaran ini.

Datang Bulan Isteri Bukan Perkara Biasa

Yang paling penting ialah berhenti merasakan ianya perkara biasa. Keduanya, bantu mudahkan urusan isteri. Jika ada 10 perkara yang dilakukan isteri, ambil semua kalau boleh. Bukan lama pun. Seminggu je atau kurang dari itu. Tolong masak ke, mengemas ke, basuh pinggan ke atau apa-apa perkara biasa yang isteri lakukan.

Selain dari jangan menyumbang kepada kesakitan dia seperti membuat isteri marah, tolong jagakan juga anak-anak kerana anak-anak pun boleh mendatangkan tekanan tambahan kepada mereka.

Akhir sekali, antara sebab kita kena buat begini adalah untuk menyediakan suasana yang baik dan positif kerana kita tak tahu betapa naik turunnya mood mereka semasa period.

Jagalah isteri kita semasa mereka sakit sebegini, Kerana apabila tibanya masa kita perlu dijaga, kita pasti akan dijaga dengan penuh kasih sayang seorang isteri. Ingatlah, apa yang kita beri hari ini, akan dibalas suatu hari nanti. Jika baik yang kita beri, baiklah juga akan kita terima. In Shaa Allah.

Semoga tiada lagi isteri yang melalui period tanpa bantuan suami. Kongsikan penulisan ini supaya lebih ramai yang sedar akan kepentingan perkara ini.

MW : Semoga membuka mata suami bahawa isteri yang alami period teruk dengan senggugut amat perlukan rehat dan empati dari suaminya sendiri. Sedarlah!

Sumber/Foto : Akhtar Syamir yang selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi. ▶️ http://t.me/broohsemfans ◀️

Makluman : Artikel ini diterbitkan dengan keizinan daripada penulis asal.

Published by
Netty Ah Hiyer