Suami kedekut sampai isteri terpaksa ‘mencuri’ demi nak beli barang keperluan. Kenapa ada suami yang begitu kedekut? Adakah mereka sedar bahawa isteri bukanlah peminta sedekah? Ada isteri yang terpaksa mengambil wang dari dompet suami secara senyap untuk menampung keperluan asas seperti makanan.
Tindakan ini dilakukan kerana mereka tidak mempunyai sumber pendapatan sendiri, lebih-lebih lagi jika isteri tidak bekerja. Bila suami pula bersikap kedekut, ia benar-benar menyukarkan.
Situasi seperti ini mungkin jarang berlaku, tetapi ia memang wujud. Sikap kedekut terhadap ahli keluarga, terutama isteri, boleh mendatangkan kesan buruk. Bukankah isteri itu sebahagian daripada hidup suami? Kenapa perlu berkira?
Jika anda menghadapi masalah dengan suami yang kedekut, jangan terlalu risau. Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh ada memberikan beberapa panduan berguna untuk membantu para isteri mengatasi isu ini.
1. Keinginan Untuk Berhias
Setiap wanita ingin kelihatan cantik, dan ini memerlukan perbelanjaan. Bagi isteri yang tidak bekerja, mereka amat bergantung pada nafkah suami untuk keperluan diri. Oleh itu, suami perlu menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah tanpa berkira, terutamanya untuk keperluan isteri dan keluarga.
2. Keperluan Asas Keluarga
Isteri kadangkala terpaksa mengambil tindakan ‘panjang tangan’ kerana keperluan asas seperti makanan untuk anak-anak. Ia bukan dilakukan dengan sengaja, tetapi kerana keadaan mendesak. Suami sepatutnya memastikan nafkah untuk keluarga dipenuhi dan tidak diabaikan.
3. Sikap Melampau Seperti Meminta Resit
Ada suami yang mengungkit setiap sen yang dibelanjakan oleh isteri. Lebih teruk, ada yang meminta resit sebagai bukti setiap kali isteri menggunakan wang yang diberi. Sikap ini jelas tidak wajar kerana ia hanya mencetuskan ketegangan dalam rumah tangga.
Apabila isteri berasa seperti peminta sedekah setiap kali memohon wang daripada suami, lama-kelamaan ia boleh menyebabkan tekanan emosi. Situasi ini boleh mengakibatkan konflik yang berpanjangan dan mungkin membawa kepada perceraian jika tidak ditangani dengan baik.
Untuk mengelakkan suami salah faham, isteri disarankan agar sentiasa memaklumkan kepada suami apabila perlu mengambil wang. Nyatakan tujuan, jumlah yang diambil, dan keperluan penggunaannya.
Ini penting untuk mengelakkan salah faham dan pertengkaran. Jangan biarkan suami mengetahui wangnya hilang tanpa sebab, kerana ia hanya akan merumitkan keadaan.
Jika perlu meminta wang, pastikan ia berlandaskan keperluan yang munasabah. Hindari daripada mengambil wang tanpa kebenaran, kerana kelakuan ini boleh menjadi kebiasaan yang membawa masalah pada masa depan, terutama jika ia dijadikan alasan untuk perkara seperti perceraian.
Berikan kepercayaan kepada isteri untuk menguruskan kewangan keluarga. Jangan terlalu curiga atau berprasangka buruk terhadap isteri anda. Ingatlah bahawa perbelanjaan itu digunakan untuk kesejahteraan keluarga dan juga untuk mempercantikkan isteri yang akhirnya untuk anda juga, bukan orang lain.
Komunikasi dan kepercayaan adalah kunci utama dalam menangani isu ini. Suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing agar hubungan rumah tangga kekal harmoni.
Sumber: Dr Ben Fadzil Mohd Salleh, Business Forencic Psychologist Grand master Hypnotherapist dari Practice Training & Consultancy di Asia Barat. Kredit Video : Youtube HambaFaqir Channel
Baca artikel lain juga: Suami Isteri Bertengkar Ada Manfaatnya, Kajian Buktikan Hubungan Jadi Lebih Utuh
Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia, Rajin-rajinlah Bersembang, Bukan Layan Gajet
Suami Provider, Idaman Ramai Wanita Bila Nak Kahwin
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.