Suami kantoi curang selepas 13 tahun berkongsi hidup, isteri tak marah, malah mahu nikahkan suami dengan skandalnya.
Ternyata wanita ini cukup matang berdepan dengan ujian berat ini. Sebagai isteri tentu saja dia berasa kecewa, namun pasti tindakan ini diambil setelah dia fikir masak-masak untuk kebaikan bersama.
Seorang isteri di Jakarta, Indonesia yang berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain bertindak mengahwinkan si suami dengan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.
Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok dengan nama @ayuerizky_ramadhani.
Menurutnya, mereka sudah berkahwin selama 13 tahun, namun suaminya berlaku curang dengan seorang wanita sejak dua tahun lalu.
“Dia mempunyai perempuan simpanan, namun baru terbongkar selepas dua tahun,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama klip video tersebut.
Baca Juga Di Sini:
Bila Dapat Tahu Suami Curang, Jangan Salahkan Diri Sendiri Hadapinya Dengan 5 Perkara Ini!
Ibu Tergamak Racun 3 Anak, Alami Tekanan Suami Curang & Tak Bagi Nafkah 3 Tahun!
Memang Jenis Berdikari, Tapi Tak Sangka Suami Curang Waktu Kandungan 3 Bulan!
Isteri itu tidak marah, malah dia meminta agar suaminya dikahwinkan dengan wanita tersebut.
Namun, kekasih gelap suaminya itu menangis kerana enggan berkahwin dengan lelaki tersebut.
“Perkahwinan saya sudah dibina selama 13 tahun dan insyaAllah saya ikhlas,” katanya lagi.
Netizen yang menonton video itu kemudiannya membanjiri video itu dengan pelbagai komen.
“Mereka sudah berkelakuan begitu, namun tidak mahu berkahwin, padahal sudah dipermudahkan untuk berkahwin senyap-senyap,” komen seorang netizen.
“InsyaAllah anda layak untuk bersama dengan lelaki yang lebih baik, saya akan doakan,” komen netizen lain. – AGENSI
Mingguan Wanita: Wanita yang baik untuk suami yang baik, pasti isteri ini akan mendapat jodoh yang lebih baik atas keikhlasan hatinya.
Sumber : Kosmo Online
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanita