Buatlah suprise. Untunglah kalau ada suami yang sentiasa bagi hadiah, romantik dan guna ayat yang berbunga-bunga untuk isteri. Tapi bagaimana kalau jenis yang tak pandai nak buat semua itu.
Isteri terimalah dengan terbuka. Mungkin suami tak pandai berkata-kata tapi ada kelebihan lain yang boleh membuatkan hati isteri terpikat. Tak gitu. Tapi, kalau tak reti sekalipun nak tunjuk kasih mesra atau romantik dengan isteri, cuba sesekali buatlah suprise. Mesti hati isteriberbunga-bunga.
Buatlah suprise untuk isteri tak perlu nak bermewah-mewah, dengan beli barangan mahal, bercuti dengan naik kapal atau sebagainya. Cukup dapat makan kat kedai kopi, teman shopping pun dah seronok buat isteri.
Antara perkongsian menarik daripada Khairul Anuar Basri ini untuk suami. Sekurangnya dengan suprise ini boleh menjadi memori indah buat isteri.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Nekad Usaha 10 Bulan Sendirian Deko Rumah Demi ‘Surprise’ kan Isteri
Sebenarnya Isteri KISAH Bila Suami Lupa Tarikh Istimewa, Hadiah Tak Penting, Cukuplah Dihargai
Sekali sekala, buatlah surprise kepada pasangan. Isteri yang nak marah boleh bertukar menjadi senyum. Yang kecik hati, boleh terubat dengan sendiri. Ada isteri yang tawar dan hambar, boleh jadi manis dan ceria kembali.
Surprise tu bukannya apa-apa pun. Itu tandanya ambil berat dan sangat
menyayangi. Walaupun apa yang dibuat untuk surprise tu tak berapa ringgit pun.
Saya tak pandai nak main-main kata. Saya tak pandai nak hantar-hantar bunga.
Saya bukan yang jenis macam tu kalau nak tunjuk sayang dan kasih mesra.
Saya percaya ramai suami di luar sana yang sama macam saya. Tak pandai nak buat macam orang perempuan buat kat suami mereka. Almaklumlah, orang perempuan kan jiwa lembut dan romantis.
Sekadar yang saya boleh buat, saya buat. Macam ada hari tertentu saya culik isteri saya di sekolahnya. Tinggal keretanya kat sana, naik kereta dengan saya. Kami keluar makan tengah hari.
Isteri ni kadang-kadang bukan nak apa pun dari suami. Mereka nak perhatian saja. Mereka suka kalau dibelai dan dimanja. Mereka suka kalau kita bagi sesuatu dekat mereka.
Yang duit lebih, boleh la bagi hadiah mahal-mahal. Yang duit banyak, boleh la bawa melancong merata tempat. Yang skoda-skoda macam saya ni, berilah ikut kemampuan. Nasi goreng, telur mata dan keropok keping pun jadilah tanda ingatan.
Sebenarnya yang penting bukanlah pemberian tu. Tapi saat bersama tu. Enjoy the moment orang putih cakap.
Makan makanan best dan melancong tempat menarik. Apa yang best? Apa yang menarik?
Makanan itu ke yang best? Tempat itu ke yang menarik?
Bukan. Bukan makanan itu yang best. Bukan tempat itu yang menarik.
Makanlah makanan paling mahal di restoran paling eksklusif sekalipun, tapi makan seorang diri saja, tak best mana pun.
Pergilah melancong ke tempat paling cantik dengan pakej paling mahal sekalipun, tapi pergi seorang diri saja, tak la best mana pun.
Tapi dengan siapa kita menikmati makanan itulah yang menjadikan makanan itu best. Dengan siapa kita melancong itulah yang menjadikan tempat pelancongan itu best.
Makan roti kosong dengan wife jadi best. Berjalan ke pasar pagi dengan kekasih hati jadi best. Takde apa sangat pun kan?
Tapi dia jadi sangat best. Kerana orang yang kita sayang dan kasih itulah akan menjadikan segala di dunia ini jadi best.
Para suami dan para isteri sekalian.
Hargailah setiap masa pasangan kita masih hidup. Sesibuk mana sekalipun kita, carilah masa untuk pasangan kita. Jika tak sempat nak rancang, secara mengejut pun boleh la.
Masa pasangan kita hidup masih hidup, kita takde la rasa benda tu penting sangat. Tapi bila pasangan kita dah takde, itulah memori yang akan kita kenang sampai ke akhir hayat kita.
Ciptalah memori bersama pasangan sementara nyawa masih dikandung badan.
Mingguan Wanita : Ciptalah momen-momen indah bersama.
Sumber: Khairul Anuar Basri
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita