Kehidupan Norhakilah Ali, 46, diuji sebaik suami disahkan alami masalah mata. Hilanglah mata pencarian dari suami. Terpaksalah ibu tiga anak ini meneruskan pekerjaan sebagai tukang cuci di bilik bedah dekat sebuah hospital di Kedah.
Demi nak cari duit, Norhakilah yang membahasakan dirinya Kak Ilah ini bekerjalah siang dan malam. Membanting tulang empat kerat, tak kira siang atau malam.
“Segala perbelanjaan keluarga semua atas bahu saya. Suami yang tak dapat bekerja akibat masalah mata. Sejak itu, ekonomi keluarga kami mengalami masalah.”
Beban hutang dan perbelanjaan anak-anak sekolah buat Kak Ilah makin tak lena tidurnya.
“Hari-hari saya menungkan nasib keluarga. Lagi-lagi, sayalah tulang belakang keluarga sekarang. Memang tak ada orang lain yang boleh diharapkan.”
Cerita kesusahan kakak cukup diketahui adiknya, Nurul Husna Ali, 31 tahun. Semasa kakaknya bersusah payah itu, dia masih lagi bekerja di Kuala Lumpur.
Husna juga tahu yang kakaknya ada membuat kerja sambilan membuat kerepek pisang demi menampung keluarga. Dah lebih 10 tahun pun kakaknya buat kerja sambilan itu. Tapi masih ditakuk yang sama.
“Kerepek pisang ini sudah lama saya usahakan, tetapi saya akan buat bila ada permintaan sahaja kerana waktu saya terbatas. Ada juga saya perlu tolak permintaan mereka.”
Husna tahu kakaknya boleh berjaya jika tahu cara bagaimana mahu menjadikan perniagaan kerepek pisangnya berjaya dan melebar luas pasarannya.
Jadi, dia beritahu pandangannya tentang apa yang kakak perlu lakukan. Kakak dengar saranannya tapi kakak tak mahu laksanakan.
“Dia takut kalau idea yang saya kongsikan itu nanti memakan diri. Tak berjaya. Mana nak bayar hutang.. mana nak sara hidup anak-anak. Sudahnya tak menjadi.”
Syukurlah Husna tak pernah berputus asa dan tetap dan berjaya memujuk kakak dengan bersyarat.
Waktu itu, Husna masih lagi bekerja di Kuala Lumpur. Niat nak bantu kakak, Husna beritahu kakaknya yang dia mahu berhenti kerja dan fokuskan perniagaan kerepek yang dilakukan kakaknya secara sambilan.
“Saya yakinkan kakak. Beritahu yang saya tahu cara nak pasarkan selain secara tradisional. Akhirnya kakak setuju nak berhenti kerja.” Maka pada awal Mac 2018 kakaknya buat kerepek sepenuh masa.
“Masa itu, saya beri suntikan modal dan dalam masa yang sama sokongan moral. Mulalah saya buatkan perancangan supaya kakak nampak apa yang kena kami lakukan untuk lebih maju dan capai income untuk sebulan
.”Husna pun mulakan platform online dengan membuat fb page Maryam Golden Crunch. Diam tak diam, dari setandan pisang itu, hari ini adik beradik ini dah boleh hasilkan dekat 10 ke 20 KG kerepek pisang dipasar sekitar Kedah dan Selangor.
“Tugas emak mengupas kulit pisang, suami pula cari pisang di pelosok kampung. Ada juga guna pisang yang ayah tanam. Tapi masih belum cukup permintaan. Semuanya dihasilkan secara manual di rumah dekat Lorong Becah Harimau, Kg. Lanjut Malau, Kedah.”
“Syukur ke hadrat ilahi kerana adik saya membuka minda dan banyak membantu untuk pasarkan, sekarang ini bukan sahaja saya dapat ringankan beban keluarga. Secara tidak langsung saya dapat membantu emak dan ayah saya melalui penghasilan kerepek pisang ini.
“Usaha ini dapat mengukir senyuman kami sekeluarga. Senyuman yang diukir dari hati yang tenang mahal harganya.
“Bagi saya dan untuk wanita di luar sana, jika kita dapat mengenali kemahiran yang di anugerahkan daripada Allah, kita jangan abaikan atau persiakan.
“Mana tahu itu adalah punca rezeki yang dah tertulis. Benar kata Rasullullah 9/10 adalah punca kekayaan daripada perniagaan. Biarpun pada permulaan secara kecil-kecilan. Berkat ilmu, kesabaran, InsyaAllah akan permudahkan segalanya
.”Sumber/Foto : Nurul Husna Ali
Mingguan Wanita akan mengadakan Webinar Bangkit Wanita secara PERCUMA. Anda yang berminat boleh pilih mendaftar di mana-mana webinar pilihan masing-masing. Klik link untuk info selanjutnya :
WEBINAR BANGKIT WANITA: SENANG-SENANG BUAT DUIT BISNES BAKERI DARI RUMAH
– https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-senang-senang-buat-duit-bisnes-bakeri-dari-rumah/
WEBINAR BANGKIT WANITA: BUAT PART RIME BISNES AISKRIM JANA INCOME RM5K!
– https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-buat-part-rime-bisnes-aiskrim-jana-income-rm5k/
WEBINAR BANGKIT WANITA: PADU… JANA INCOME BISNES TUDUNG TANPA KEDAI
– http://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-padu-jana-income-bisnes-tudung-tanpa-kedai/
WEBINAR BANGKIT WANITA: CAPAI 4 ANGKA BISNES MOBILE SPA
– https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/
WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE
– https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/