Suami Kahwin Diam-diam, Ini Nasihat Kental Untuk Isteri-Isteri

Jangan disangka air yang tenang tidak ada buaya. Jalan pijak semut pun tak mati. Dan jangan sangka, suami yang pendiam, pemalu, tidak banyak cakap ini seorang yang baik dalam rumah tangga. Takkan berani kahwin diam-diam.

Silap gaya, huru-hara rumah tangga. Apa tidaknya. Dalam senyap dan pemalu inilah, tup-tup dia pasang seorang lagi tanpa pengetahuan isteri.

Kadang-kadang kita tidak tahu apa sebenarnya yang tersirat dalam hati seorang suami. Cukupkan dengan seorang isteri atau memang berangan-angan untuk memiliki lebih dari seorang isteri.

Bagaimanakah untuk seorang isteri mengetahui bahawa suaminya benar-benar setia pada dirinya. Menjawab persoalan ini, Dr. Ben Fadzil Mohd Salleh, GrandMaster Hypnotherapist ada jawapan yang boleh merungkaikan tentang perkara ini.

 

Suami Kahwin Diam-diam, Ini Nasihat Kental Untuk Isteri-Isteri

Punca Suami Kahwin Diam Diam

Ada banyak kemungkinan suami kahwin diam-diam. Berikut adalah sebabnya:

i. Telah berjanji untuk mengahwini seseorang tetapi rasa susah untuk mendapat kelulusan dari isteri pertama.
ii. Ingin memenuhi keinginan tapi takut untuk berterus terang
iii. Kemungkinan disebabkan keterlanjuran dan suami tersebut mengambil tanggungjawab.
iv. Betul betul inginkan isteri kedua disebab inginkan zuriat
v. Nafsu suami yang terlebih atau tidak boleh dikawal
vi. Menyambut cabaran atau dicabar oleh rakan rakan
vii. Memang dia sudah mencintai wanita tersebut

Ads

Sampai Bila Suami Sorok Perkahwinan

Selagi boleh disorok, ianya akan disorok, tetapi tidak ada isteri kedua yang inginkan perkahwinannya disorok. Begitu juga isteri pertama ingin mengetahui kedudukannya. Adakalanya keadaan sekeliling tidak mengizinkan untuk pengetahuan awam. Ianya akan diketahui juga jika suami dan isteri kedua rasa selamat untuk memberitahu isteri pertama.

Kalau Dah Terlajak Kahwin Lagi, Suami Hadam Nasihat Ini

√   Tidak semua isteri pertama boleh menerima kenyataan ini. Suami tidaklah boleh merasa berbangga diri dalam memperolehi isteri kedua, kerana nafsu seorang suami tidak akan berhenti sehingga isteri kedua sahaja. Sekiranya suami lemah dan senang tergugat kepada kecantikan dan godaan wanita, dia akan kecundang akhirnya.

√   Penjagaan kedua-dua keluarga adalah penting terutama sekali bab kasih sayang, perhatian, pemberian, masa dan waktu dan juga kewangan. Perlu berhati hati supaya ianya tidak diungkitkan di masa akan datang.

√   Elak dari bercerita tentang isteri pertama kepada isteri kedua. Ini akan menambahkan stress lagi.

√  Kesemua isteri hendak memberi suami mereka layanan yang baik, layan lah mereka dengan sebaik mungkin

Ads

 

Suami Kahwin Diam-diam, Ini Nasihat Kental Untuk Isteri-Isteri

Isteri Bertenanglah Bila Suami Kahwin Diam-diam.. Hadapi Ujian Tuhan Dengan Sabar

Bak kata pepatah Melayu: Nasi telah menjadi bubur. Jika perkara begini berlaku, si isteri jangan lah terburu buru untuk mengambil keputusan. Seringkali isteri pertama akan melepaskan geram, marah marah serta bergaduh tak kira tempat jika mengetahui perkara yang sebenar.

Isteri hendaklah bersabar dan memahami keadaan suami kenapa dia berkahwin satu lagi. Perkara telah berlaku dan isteri pertama harus menerima kehadiran isteri kedua serta memberitahunya tentang berlaku adil.

Ads

4 Tip Untuk Isteri Pertama

  1. Perlu banyak bersabar dalam menghadapi kehidupan bermadu

2. Menerima hakikat berkongsi setiap perkara termasuk kasih sayang suami

3. Merelakan suami ke rumah isteri muda walaupun ianya menyakitkan hati nya

4. Sering meningatkan suami tentang masa dan perkongsian yang adil dan saksama.

Bila Dah Berkongsi Suami, Isteri Kedua Jangan Tamak

  1. Tidak berasa berbangga, riak atau sombong setelah memiliki suaminya

2. Tidak menyakitkan hati isteri pertama

3. Mengetahui adat berkongsi suami:

i. Melepaskan Suami balik ke pangkuan isteri pertama serta keluarganya pada masa yang dipersetujui.
ii. Tidak membanding bandingkan layanannya kepada suami dengan isteri pertama.
iii. Tidak menunujuk-nunjuk kepada isteri pertama tentang apa yang dia terima dari suami

Walau Pun Sukar, Suami Kena Usaha Bagi..

a. Seboleh bolehnya berlaku Adil dalam apa segi pun
b. Bersikap berterus terang kepada kedua isteri dan anak anak
c. Jangan menyakitkan hati kedua dua isteri
d. Tidak melebih lebihkan layanan diantarakedua dua isteri
e. Tidak melaporkan dan membeza bezakan perangai di antara kedua dua isteri dan sebaliknya apabila bersama.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI