Letih emosi orang perempuan kalau dapat suami jenis berkira dan ego dengan anak bini. Malah makin dipendam makin terasa sakit di hati.
Agaknya apa yang tak kena dalam hubungan suami isteri sampai si dia cukup berkira dalam semau hal untuk mebahagiakan hati orang rumah.
Mungkin ada betulnya apa yang dikongsi oleh Puan Nurul Ilyani ini, jadi untuk baiki rasa yang kurang enak dalam diri jemput baca kisah rumah tangga ini.
Suami Jenis Berkira Dan Ego
Suami ego dan keras hati?, saya share sikit macam mana nak hadapi.
Tadi masa circle ohsem (Siapa yang baru baca, circle ohsem, group mak-mak fokus pada pembangunan keluarga menuju Akhirat), saya share tip nak tangani suami ‘determined’. Suami yang jenis ego sangat tinggi. Berkira dengan isteri dan anak. Duit nafkah pun berkira. Beli harta, tapi simpan untuk orang lain, bukan untuk masa depan anak. Aduhh. Hancur hati dengar kisah ini. Masa saya buat personal coaching kewangan peribadi dulu, selalu jumpa cerita begini. (Suami saya bukan determined, tapi saya determined)
Tip 1
Baiki hubungan dengan suami. Kadang-kadang kahwin dah lama, tapi bonding tiada, yelah sibuk belaka kerja, dengan anak. Bila suami jenis ego, isteri pun rasa geram memanjang. Rasa nak marah je. Macammana nak baiki? Ubah diri sendiri.
Ads
+Perbaiki hubungan dengan Allah. Kita banyak doa.
+Kawal makan. Cut down gula, 3 in 1, gluten, nasi kurang, semualah. Bila kawal makan, emosi terkawal, inshaAllah. Kenapa kena kawal emosi, sebab suami hardcore ni, kena banyak berlemah lembut. Tak boleh membebel. Tak boleh judging. Tak boleh ikut kepala ego isteri.
Tip 2
Biasakan minta izin untuk bercakap. Nak bebel ke, nak luah ke, nak apa-apa lah yang rasa nak luah, minta IZIN.
“Sayang, saya ada benda nak cakap, boleh tak saya nak cakap sekarang?”
Bila suami dah ready, baru cakap. Kalau tak diam dulu. Tahan. (Sebabtu kena jaga emosi, bila emosi stabil, kita boleh delay mulut)
Tip 3
Biasakan bahasa saya, saya, saya. Bukan awak, awak, awak.
Ads
Maksudnya kalau nak kata suami sebenarnya pemalas, tak nak tolong buat kerja rumah, jangan gunakan ayat judging.
“Sayang, awak langsung tak nak tolong saya buat kerja rumah! Janganlah malas.”❌ (Ini ayat cari nahas)
Tukar begini:
“Sayang, saya sedih, rasa letih, kerja rumah tak siap, banyak sangat kerja, apa saya nak buat?” ✅ (Ini seek for empathy)
Tip 4
Dilarang bercakap benda negatif atau yang isteri tak puas hati masa makan. Pantang.
Tip 5
Bila suami sudah suka dengan approach isteri, baru mula request benda lain, macam nak ajak dia buat simpanan pendidikan anak dan sebagainya. Again, nak request kena tengok masa dan minta izin.
Ads
Tip 6
“Bila masa nak meluah hal anak-anak, banyak benda nak cerita. Anak-anak buat perangai. Tak tahan nak cerita”- isteri
Balik kepada tip 2, minta izin. Biasanya balik kerja suami penat. Bila dia penat, dia diam, tengok handphone, masuk bilik. Lagi-lagi suami bukan family man. Dalam kepala dia kerja-kerja, bisnes-bisnes. Anak tiada dalam kepala, isteri apatah lagi. Jadi, JANGAN BERCAKAP waktu ini.
Contoh: Saya selalu share cerita seminggu, masa kami keluar outing dengan anak-anak hujung minggu. Suami balik kerja memang saya diam. Cuma tanya nak makan atau dah makan? Kemudian ready solat semua, tidurkan anak-anak. Cerita seminggu, cerita pada certain masa yang saya dan suami selesa. Saya simpan cerita. Kalau saya stress atau anak buat perangai pun, saya simpan sementara. Kalau setakat nak meluah, saya tunggu masa yang sesuai. Sebab tu kena pandai kawal emosi dan cakap bila perlu. Baru boleh delay mulut, pada masa yang sama kita tak stress.
Ingat selalu, bila kita kahwin, suami adalah pemimpin yang akan bawa keluarganya ke syurga. Jadi, penting pilih suami yang baik sebelum kahwin. Kalau sudah terkahwin, sama-sama dorong suami jadi baik.
Jadi, program Parenting Musleh: Mendidik Anak Lelaki Menjadi Pemimpin, ada orang tanya kenapa anak lelaki saja?
Anda rasa sebab apa?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Tak semua tahu betapa struggle seorang wanita bergelar ibu tunggal. Macam yang saudara Firdaus Shakirin kongsikan, betapa hinanya ibu tunggal di sesetengah mata orang sekeliling.
Nasib Ibu Tunggal
Orang kita, cukup pantang dengan ibu tunggal.
Once ada ibu tunggal datang menetap disekitar tempat tinggal mereka, terus mereka berhati-hati dan bagi warning kepada suami mereka.
Bila ibu tunggal berniaga, diorang tak bagi suami beli, tak bagi suami tolong, takut terkena “guna-guna” ibu tunggal tu. Diorang sendiri pun tak nak support, tak nak tolong.
Diperlekehnya ibu tunggal, diletakkan tanggapan yang buruk terhadap ibu tunggal.
Betapa susah dan peritnya seorang ibu tunggal untuk menghadapi persepsi masyarakat, pandangan masyarakat dan penerimaan masyarakat terhadap status yang dipegangnya.
Dia struggle nak membesarkan anak, orang tak nampak… Dia struggle nak cari rezeki, orang tak tahu. Dia menangis kepenatan, dia menangis keseorangan, tiada bahu yang dihulurkan. Semua dihadapinya bersendirian, seorang diri dan jangan lupa, dia seorang perempuan.
Kekuatannya adalah anak-anak, semangatnya adalah anak-anak dan dia perlu teruskan hidup demi anak-anak.
Tapi orang tak tahu semua ni, orang tak nak peduli apa yang dia lalui, yang orang tahu, dia ibu tunggal, dia janda, dia berbahaya dan dia “gatal”. Dek segelintir sikap ibu tunggal yang lain, habis smua ibu tunggal terpalit dengan “title” tersebut.
Hentikanlah segala bentuk tohmahan dan tuduhan terhadap mereka yang berstatus ibu tunggal. Tak ada seorang pun yang teringin nak pegang gelaran tersebut, tak ada seorang pun yang berkahwin untuk akhirnya dipanggil “janda”.
Gelaran itu adalah jalan keluar untuknya daripada terus bergelar isteri. Itu adalah yang terbaik untuknya.
Jika awak ditempatnya, apa yang awak rasa. Apa yang awak akan buat…?
Maka untuk kita yang lelaki ni, berhenti ambik kesempatan, yang sama-sama perempuan, berhenti beri segala bentuk tanggapan. Dan yang bergelar ibu tunggal, jadilah seorang ibu tunggal yang tidak murah dan bermaruah.
Anda hebat sebab anda lah ibu, andalah bapa kepada anak-anak anda. Be strong, keep strong and always stay healthy! Anak-anak anda memerlukan anda untuk terus kuat!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Curang itu pilihan, masalah yang sering berlaku pada pasangan suami isteri. Kadang-kadang ia berlaku bukan kerana tidak sayangkan pasangan tapi ada yang anggap sebagai suka-suka.
Inilah daripada suka-suka terus bertukar menjadi sayang dan wujud orang ketiga sehingga berlaku pergolakan dalam rumahtangga. Mula perkatakan curang itu satu kesilapan dan lebih teruk menyalahkan takdir sehingga berlaku perkara seperti ini.
Curang boleh berlaku, baik pada suami mahu pun isteri. Hanya sekadar suka-suka atau nak ‘test market’ tapi akhirnya boleh memberi bahan pada rumahtangga sendiri.
Tak mustahil juga curang kerana meraskaan rumahtangga yang dibina dengan pasangan tidak lagi berseri, pasangan mula berubah dan hidup rasa kosong.
Janganlah begitu, kenapa perlu memilih curang, sedangkan pasngan sudah berkorban seluruh hidupnya untuk bersama suah dan senang. Tak perlulah nak salahkan orang lain atau takdir bila berlakunya keadaan ini.
Masalah yang boleh kita lihat bila, salah seorang melayan, akan wujudkan keadaan ini. Sedangkan kalau kita tak melayan, perkara ini tidak akan berlaku. Seperti apa yang dikongsikan oleh Rohana Saad ini.
Sahabatku sekalian, amatlah penting untuk kita memastikan diri kita dan pasangan, gembira dalam rumahtangga kita. Mungkin bagi diri kita, semuanya lengkap dan sempurna.
Namun, perkara yang sebaliknya dirasakan oleh pasangan. Jadi, pasangan akan mencari seseorang untuk mengisi kekosongan jika dia rasa terabai atau terasing.
Biasanya perempuan payah nak curang, setia dah sebati dalam diri. Bila dah jadi isteri tak kuasa dah nak pandang lelaki lain kecuali sesekali terpegun dengan artis lelaki yang hensem di kaca tv.
Tapi tidaklah sampai menggedik, kalau terjadi juga isteri berlaku curang mungkin bersebab, cuba tenguk apa suami dia dah buat pada hubungan mereka.
Hidup Susah Bersama
Impian seorang isteri hidup susah senang dengan suami. Bukanlah kekayaan dan kemewahan.
Cinta dan sayang yang ikhlas. Bukan curang yang menyakitkan. Jangan mulakan perbuatan curang, sebab sekali curang ia menyebabkan pasangan terluka.
Hati yang terluka tak mungkin kembali seperti asal, beringatlah. Kalau nak setia, bila berjauhan pun boleh setia. Kalau nak curang duduk sebelah pun boleh curang. Yang penting hati.
Curang tak akan berlaku jika si dia tak melayan. Bila si dia melayan barulah orang ketiga mengayat.
Jadi jangan salahkan orang yang ketiga sahaja. Salahkan kedua-dua sekali.
Tak Perlu Salahkan Takdir
Curang itu pilihan, bukan kesilapan. So, jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan takdir. Kalau dah pilih untuk setia tak akan sanggup nak mendua.
Sesiapa yang tercurang atau sedang tersondol suami orang, jangan sampai nasi dah jadi bubur. Bawak-bawaklah bertaubat.
Ingatlah, jangan pernah bina kebahagian atas kelukaan, penderitaan orang lain. Jangan buat orang lain menangis kerana memenuhi keinginan kita.
Betul, bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Hati tidak akan bertaup andai tidak dilayan.
ALLAH itu Maha Adil. Kifarah, what you give you get back. Nafsu kadang-kadang menidak logik akal. Jadi berpandukanlah akal setiap dari tindakan kita.. Insya Allah.
MW: Jangan mulakan dan lukakan perasaan pasangan, Luka itu akan menjadi parut yang tidak akan hilang.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Wow, kalau mak-mak bersalin dapat anak perempuan, kemungkinan termasuk dalam kategori wanita cantik yang dinyatakan dalam hasil kajian ini.Malah kajian juga menyatakan, wanita yang memiliki rupa paras cantik juga cenderung mempunyai ramai anak.
Memetik laporan newidea.com, menurut kajian yang dilakukan oleh Dr.satoshi Kanazawa dari London School of Economic, wanita cantik akan cenderung untuk melahirkan anak perempuan.
Kajian ini menjejaki 17,000 bayi British sejak mereka lahir pada 1958. Apabila bayi ini berumur 7 tahun, Dr. Kanazawa meminta guru-guru mereka untuk menilai kecantikan rupa paras mereka.
Pada usia 45 tahun, mereka sekali lagi di temuramah.Rumusan daripada kajian ini adalah wanita yang dinilai sebagai budak perempuan yang memiliki rupa paras cantik ketika ditemuramah dahulu kebanyakkannya mempunyai anak perempuan.
Penemuan Dr. Kanazawa ini disiarkan di dalam Journal of Reproductive Sciences yang turut memuatkan rumusannya tentang evolusi dan pemilihan pasangan.
Selain itu,terdapat satu lagi kajian berkaitan wanita cantik yang telah dijalankan oleh Markus Jokela dari University of Helsinki.
Hasil kajian beliau dilakukan terhadap 1,244 wanita dan 997 lelaki mendapati bahawa wanita cantik 16% mempunyai lebih anak manakala wanita yang sederhana cantik hanya 6% mempunyai lebih anak.
Malah, lelaki yang tidak mempunyai rupa fizikal menarik mempunyai 13% kurang anak berbanding lelaki yang lain.
Mungkin antara kita yang berfikir hasil kajian ini mungkin hanyalah satu kebetulan.Tidak semestinya seseorang itu mendapat anak lelaki atau perempuan, mahupun mempunyai anak ramai atau sikit bergantung kepada rupa paras kecantikan yang dimiliki ibunya.
Namun ia hanyalah satu kajian. Sebenarnya tak kiralah bagaimana rupa parasnya mak mahupun ayahnya. Dikurniakan rezeki dengan anak tak kiralah lelaki mahupun perempuan pun adalah suatu anugerah yang tidak ternilai!
Suka parking depan rumah jiran, tular video wanita gaduh. Akhirnya bertemu buku & ruas. Masalah jiran yang suka meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang...