Suami Jangan Terlalu Selesa Bila Isteri Bekerja, Nafkah Kena Beri, Itukan Tanggungjawab

Share

Sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab suami dalam memberi nafkah pada isteri, lebih-lebih lagi pada isteri yang tidak bekerja. Bagaiamana pula dengan isteri yang bekerja dan mampu pegang wang sendiri.

Kebanyakan suami mula ambil sikap mudah bab-bab memberi nafkah pada isteri terutamanya bila isteri bekerja. Baginya, isteri sudah ada wang sendiri dan mampu belanja apa sahaja. Namun, jangan ambil kesempatan pula bila isteri bekerja dan mula cuai dalam menunaikan tanggungjawab ini.

Cuai Tanggungjawab

Menurut Prof Madya Ts Dr Hj Mohd Nor Mamat, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) ada jawapannya. Terdapat beberapa faktor mendorong situasi kecuaian suami daripada bertanggungjawab terhadap nafkah keluarga iaitu:

  1. Suami cuba mengambil kesempatan.

  2. Berpunca daripada isteri yang bersetuju sedari awal untuk bekerja dan menyumbang pendapatannya untuk menampung nafkah keluarga. Dalam situasi begini, barangkali tidak menimbulkan sebarang masalah, namun secara tidak langsung tetap juga menggalakkan suami menjadi seorang yang tidak bertanggungjawab

  3. Terdapat juga kes disebabkan oleh suami yang tidak mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap.

  4. Ada juga disebabkan suami yang selesa dengan bantuan nafkah daripada pendapatan isteri, lama-kelamaa nmenyebabkan terlalai dan mula salahgunakan pendapatannya untuk perkara lain, sedangkan nafkah keluarga terabai.

Bukan Trend

Dalam masyarakat sekarang ini, selalu mengandaikan situasi yang berlaku sebagai fenomena atau trend. Hakikatnya wanita bekerjaya bukanlah suatu trend. Tatkala perkara ini menjadi budaya, ia semakin sukar untuk diubah.

Tanpa menyalahkan mana-mana pihak, boleh jadi isteri pada peringkat awalnya tidak kisah kalau bakal suami tidak berharta atau berpendapatan rendah dan tawarkan diri untuk berkongsi menyara keluarga.

Namun selepas beberapa waktu, isteri fitrahnya dijaga, bukannya menjaga dan menyara suami. Lama-kelamaan akan timbul konflik kerana isteri akan terasa suaminya tak bertanggungjawab.

Bagi suami, mungkin awalnya berkongsi tetapi apabila selesa dengan saraan oleh isterinya menyebabkan terlalai dan mungkin akhirnya bersandar kepada isteri.

Tidak dinafikan ada kes disengajakan oleh suami untuk mengambil kesempatan ke atas isteri yang bekerjaya dan berpendapatan, tetapi ia tidak boleh berlaku sekiranya wanita tak membiarkannya berlaku dari awal.

Inilah situasi kenaifan tentang peranan dan tanggungjawab hakiki masing-masing atau pun sikap acuh tak acuh terhadap hak masing-masing sejak dari awal. .

Dalam masa yang sama, terdapat kes yang suami sengaja mengambil kesempatan dan melepaskan tanggungjawab pada isteri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh:

  1. Kerelaan oleh isteri, disebabkan kasih sayang yang keterlaluan

  2. Keadaan yang terdesak pada pihak suami

  3. Kenaifan isteri tentang hak dirinya dan tanggungjawab suami

Rasa Rendah Diri

Walau bagaimanapun, berdasarkan fitrah asas seorang lelaki dan suami, sebenarnya rasa rendah diri jika dia tidak mampu menyara keluarga ataupun disara oleh wanita. Sikap lelaki yang seronok bergantung kepada isteri untuk menyara hidupnya dan keluarga juga berkaitan dengan gangguan psikologi ataupun tidak normal.

Sesuatu yang harus dijaga juga, kemungkinan suami akan menjadi inferior dan rendah diri, manakala kemungkinan kesan isteri menjadi dominan dan superior juga wujud. Peranan masing-masing akan bercelaru sekiranya kesefahaman mulai terhakis.

Tip Suami Isteri

  1. Seharusnya suami isteri kena jelas dari awal yang suami adalah penyara nafkah keluarga. Sebaiknya carilah pasangan suami yang layak dan berada untuk menyara keluarga.
  2. Rancangkan sedari awal elemen-elemen yang berkongsi dibantu oleh isteri, contohnya bayaran kereta kedua atau bil eletrik, air dan sebagainya. Manakala saraan utama mestilah dikekalkan pada isteri.
  3. Memang isteri bekerjaya perlukan izin suami, sebab itu, elakkan elakkan juga bekerja semata-mata untuk diri sendiri tanpa kaitan langsung untuk membantu suami dan keluarga. Pada masa yang sama, suami pula perlu faham bahawa pendapatannya adalah untuk nafkah keluarga manakala pendapatan isteri bukanlah untuk nafkah keluarga.
  4. Sama-sama toleransi dan membantu dalam melaksanakan tanggungjawab tanpa meninggalkan tugas hakiki masing-masing yang saling melengkapi.
  5. Penting juga untuk diberi perhatian supaya elemen sekufu atau setaraf itu dilihat ketika mencari pasangan. Persamaan taraf dan budaya hidup suami iateri akan lebih memudahkan lagi persefahaman untuk berkongsi pendapatan secara bersederhana.

 

 

 

 

Published by
Nora