Suami, Jangan Sampai Ambil Harta Isteri Sembunyi-sembunyi!

Share

Harta isteri adalah milik penuh isteri. Malah kaum isteri boleh membelanjakan hartanya mengikut kehendak perbelanjaan yang dia nak selagi tidak membawa kepada pembaziran, maksiat dan sebagainya. Dan kalau nak sedekah puh, tak payah gigih minta izin suami.

Tetapi macam mana pula jika suami itu mengambil harta isteri tanpa keizinan dan pengetahuan seorang isteri?

Haaa… jawapan itu dalam perkongsian Ustaz Abu Hurairah Asifa

ini, jom sama-sama renungkan dan betulkan apa yang tidak patut buat dalam soal harta isteri.

Soal Harta Isteri

Dalam ilmu fardhu ain,

Dalam bab hutang,

Suami jangan berani berhutang dengan isteri.

Jika suami meminjam duit isteri, suami mesti membayar hutang kepada isterinya.

Suami tidak boleh mudah-mudah saja mengambil harta isterinya. Kalau kita ambil secara sembunyi, itu namanya mencuri.

Kalau Suami Pernah Buat Semua Ini…

Buka dompet isteri ambil RM50, ambil kad atm isteri cucuk keluarkan RM100. Kalau ikut hukum hudud, suami itu boleh di kenakan hukuman potong tangan.

Yang termasuk dalam hutang kepada isteri juga, adalah soal nafkah. Kalau kita tidak memberi nafkah sedangkan kita mampu, itu juga di kira berhutang. Kalau kita tidak membayarnya, suami di kira zalim.

Maka, sebab itu sebagai isteri, kita memberi suami duit itu adalah kerana kasih dan sayang padanya. Untuk membantunya. Untuk memberikannya kekuatan buat menjalani kehidupan.

Suami yang mendapat isteri yang selalu membantu dari sudut kewangan ini, hargai dan syukurlah banyak-banyak. Kerana isteri yang sanggup memberikan hidup malah hartanya pada suami, dia sedang berkata bahawa hidup dan matinya untuk suami lah sampai mati.

Nota Hakak:

Sebenarnya andai suami itu cukup serba serbi, mungkin tak akan berlaku kes suami ambil harta isteri dalam diam-diam. Jadi seeloknya kaum isteri duduk balik dengan suami dan ambil tahu soal kewangan rumah tangga. Jika tak berapa nak cukup, boleh sama-sama cukupkan dan in sha Allah itu lebih berkat.

“Tidak halal harta seorang Muslim yang lain melainkan dengan kerelaan hatinya.” (Riwayat Imam ad-Daruqutni) dalam kitab Matatib al-Ijma’ ada mengatakan bahawa, ‘Para ulama telah sepakat menegaskan bahawa tidak halal suami bersedekah dai harta milik isterinya melainkan dengan izin isterinya.’ (Maratib al-Ijma’, Imam Ibnu Hazm, 1/92)

Published by
Nadia