Isteri adalah punca rezeki dalam keluarga, jadi dahulukan isteri. Jangan sesekali seorang suami menganggap isterinya sebagai beban. Jika merasakan isteri sebagai beban, maka menjadi bebanlah dalam hidup rumah tangga.

Tetapi jika sebaliknya dan menganggap isteri sebagai asbab rezeki dan kekayaan, maka secara tidak langsung ia akan menjadi penarik rezeki.

Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan fahami sebaiknya.

“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”

Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumah tangga.

Isteri Bukan Beban, Bahagiakan Hatinya

Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.

Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.

IKLAN

Baca Di Sini:

Ramai Suami Lupa Elaun Bulanan Buat Isteri Yang Jadi Suri Rumah!

Isteri SAKIT HATI Boleh Jadi Asbab Terhalang REZEKI Suami?

Info Lebih Menarik, klik saja di sini. 

Kena Dahulukan Isteri, Isteri Bukan Beban

Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”

Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.

Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insyallah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”

Begitulah.

Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta

MW: Bahagiakanlah isteri, insyallah rezeki akan berganda. Bila isteri bahagia, rumah tangga pun akan bertambah bahagia. 

Sumber: Hafizul Hakim

Lebih banyak tip motivasi di sini https://t.me/MrHafizulHakim