Isteri adalah punca rezeki dalam keluarga, jadi dahulukan isteri. Jangan sesekali seorang suami menganggap isterinya sebagai beban. Jika merasakan isteri sebagai beban, maka menjadi bebanlah dalam hidup rumah tangga.
Tetapi jika sebaliknya dan menganggap isteri sebagai asbab rezeki dan kekayaan, maka secara tidak langsung ia akan menjadi penarik rezeki.
Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan fahami sebaiknya.
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumah tangga.
Isteri Bukan Beban, Bahagiakan Hatinya
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Ads
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan, Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insyallah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Ads
Begitulah.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
MW: Bahagiakanlah isteri, insyallah rezeki akan berganda. Bila isteri bahagia, rumah tangga pun akan bertambah bahagia.
Kurang 12 jam, ayah susuli pemergian anak! Akhirnya dua beranak ini dikebumikan dalam satu liang lahad. Sudah tertulis takdirnya begitu, biarpun berat namun inilah yang harus ditelan seluruh ahli keluarga.
Kehilangan dua insan tersayang dalam masa kurang 12 jam sudah tentu amat memilukan. Apatah permergian sang anak yang secara tiba-tiba dan mengejut. Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Kurang 12 Jam
Tidak sampai 12 jam anaknya menghadap Ilahi selepas kereta dipandu terbakar, warga emas menyusuli pemergian anaknya itu apabila menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Kampung Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu.
Jaafar Abdullah, 76, disahkan meninggal dunia di rumahnya pada 5.30 pagi dipercayai akibat asma.
Sebelum itu, anaknya, Mohd Azizi, 37, ditemukan rentung selepas kereta dipandunya terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas.
Ayah Susuli Pemergian Anak
Ketika kejadian, Allahyarham Mohd Azizi yang juga anak keenam daripada tujuh beradik memandu Perodua Alza mengiringi bapanya yang dibawa menaiki ambulans untuk pulang ke rumah mereka.
Allahyarham Jaafar sebelum itu dimasukkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu hampir dua minggu lalu kerana penyakit dialaminya.
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka, kenderaan dipandu Allahyarham Mohd Azizi tiba-tiba terbakar.
Mangsa yang menyedari keretanya terbakar segera memberhentikan kenderaannya di tepi jalan bagi menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap namun gagal.
Pada masa sama, abangnya, Mohd Jasmani, 50, yang menaiki ambulans bersama bapa mereka turut menyaksikan kejadian berkenaan.
Tidak Percaya
Sementara itu, isteri Allahyarham Mohd Azizi, Roslinda Ahmad Ramzi, 32, berkata, arwah suaminya ada menghantar pesanan suara menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Sebaik abang ipar (Mohd Jasmani) tiba bersama ambulans dinaiki bersama arwah bapa mentua, dia maklumkan yang suami sudah tiada kerana keretanya terbakar.
“Pada mulanya, saya memang tak percaya arwah sudah tiada kerana ia berlaku secara tiba-tiba, namun reda dengan pemergian suami, disusuli pula kehilangan bapa mentua pagi ini,” katanya.
Tiada Perubahan Ketara
Roslinda berkata, arwah keluar dari rumah kira-kira 2 petang untuk menguruskan bapa mentua dan sempat menjamah sarapan yang disediakan.
“Arwah tidak menunjukkan banyak perubahan cuma dia nampak tergesa-gesa dan mahu bawa balik bapa mentua dari hospital pada hari yang sama.
“Jika diikutkan, arwah suami bukan seorang yang tergesa-gesa namun sejak beberapa hari ini, semua yang dibuat dilakukan dengan cepat.
“Mungkin arwah suami tidak sanggup tengok ayah di hospital memandangkan bapa mentua pernah berpesan tidak mahu dihantar ke hospital sekiranya dia sakit dan mahu meninggal di rumah,” kata ibu kepada tiga anak berusia antara satu tahun hingga 12 tahun itu.
Akhirnya DiKebumikan Satu Liang Lahad
Jenazah dua beranak itu selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Baru Kampung Wakaf Mempelam, di sini, 1.30 tengah hari tadi.
Media sebelum ini melaporkan seorang mekanik rentung selepas kereta dipandunya terbakar di Jalan Kuala Terengganu-Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas.
Mingguan Wanita : Team MW merakamkan ucapan takziah ke atas seluruh ahli keluarga ini. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Kena peluk anak. Bagi memastikan anak-anak sihat, mak,ayah bukan hanya perlu menyediakan makanan yang seimbang semata. Sebaliknya anak-anak juga perlu diberi kasih sayang dan diberi sentuhan.
Bila cukup semuanya, insyallah anak-anak akan menjadi lebih sihat kerana emosinya stabil. Rupa-rupanya menurut kajian, selalu dipeluk dengan kasih saying dapat jauhkan anak-anak dari dijangkiti penyakit.
Mungkin sebab selama ini kita jarang peluk si kecil kita yang buatkan dia kerap batuk, selsema dan lagi teruk sampai selalu sangat demam.
Kadang itu memanglah kita sudah usaha jaga bab makan, kita suapkan anak diet yang ada zat dan vitamin berkhasiat tapi kita terlupa pulak nak jaga bab emosi dan berikan dia sentuhan fizikal.
Selalunya individu yang kerap tertekan, rasa tak disayangi, mudah benar dijangkiti penyakit sebab stres itu sendiri beri effect tak baik pada imuniti pertahanan badan manusia.
Rupanya Selalu Dipeluk Kurangkan Jangkitan Penyakit
Sebab itulah kena tahu yang selain dari langkah selalu cuci tangan, dapatkan rehat yang cukup, elakkan bertemu orang yang tengah tak sihat, rupanya selalu dipeluk dengan kasih sayang ini dapat jauhkan kita dari dijangkiti penyakit.
Serius! Saya sendiri rasa teruja betul bila dapat tahu fakta menakjubkan ni.
Adalah satu research team ini yang diketuai oleh Sheldon Cohen, Profesor Psikologi dekat Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat sana.
Mereka lakukan satu study dan temui bahawa golongan yang kerap stres tadi ini bila kerap dipeluk dan diberi sokongan moral, kebarangkalian untuk terkena jangkitan demam selesema jadi lebih rendah berbanding golongan yang stress dan bersendirian tanpa kasih sayang.
Kajian ni memang ada dipamerkan kat dalam Jurnal Psychological Science.
Bukan Sekadar Ucapan, Kena Peluk & Beri Sentuhan
Sebab tu saya nak sarankan kat mak ayah semua, kita ni bukan setakat kena ucapkan dekat anak kita itu yang kita sayang dekat dia tapi kena tunjuk juga melalui sentuhan dan pelukan dari tangan kita sendiri.
Masa nak peluk itu, turunlah melutut dulu.
Biar mata kita dan mata si kecil itu selaras atau satu level. Kemudian peluk dan rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.
Insyallah bila kita selalu peluk dan beritahu betul-betul yang kita sayang sangat kat dia, kesihatan emosi dan fizikal si comel tu akan jadi lebih bagus dan tak mudah nak jatuh sakit.
Tolong #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain ye sebab saya rasa ramai lagi mak ayah yang belum tahu tentang fakta ajaib ni. Ahmad Luqman Bukhari
Saya suka kongsikan ilmu parenting dan kesihatan anak kecil kat telegram saya. Klik link ni kalau nak join 21 ribu mak ayah hebat kat dalam tu t.me/NotaALB .
MW: Jadi mak,ayah selain pastikan anak-anak cukup makan… Kena pastikan anak-anak sihat dari segi mental dan emosi. Jangan sesekali abaikan perasaan mereka dan berikan kasih sayang serta pelukan secukupnya.
Pernah tak bila bercakap, anda rasa suami bohong pada anda? Lebih-lebih lagi, bila bertanya padanya. Kadang-kadang dia jawab pun acuh tak acuh je. Mulalah rasa lain bila suami buat endah tak endah. Ada benda yang dia cuba sembunyikan. Itulah, naluri seorang isteri.
Reaksi macam mana pun, dia boleh agak ada benda yang tak kena. Walau bagaimanapun, kalau ada yang agak blur dan nak tahu macam mana dia bercakap jujur atau bohong, cuba tengok tanda-tanda ini.
1. Gerak Kepala
‘Abang, tadi keluar makan dengan kawan pejabat sekali dengan bos perempuan yang cantik tu ker?’
Kalau suami kata ‘tidak’ tapi gerakan kepala dia macam mengangguk. Ermmm.. memang ada yang dia sembunyi. Mungkin ‘ya’ tapi tak nak kecilkan hati isteri terus cakap ‘tidak’.
2. Ekspresi Muka Sebelum Menjawab
‘Abang, ok tak rasa teh panas nie. Saya rasa macam cair aje,’
Kalau dia berbohong, tentu sekali ekspresi wajah dia nampak pelik. Dia cakap ok tapi pada masa sama anda boleh tengok raut wajahnya yang berubah sedikit.
3. Gerakan Tangan
‘Tadi saya telefon abang kat pejabat tapi tak ada orang angkat, abang meeting ker?’
Cara gerakan tangannya yang lebih cepat daripada biasa. Kadang-kadang diikuti dengan menunjuk, menggaru kulit kepala atau bergerak tidak tentu arah. Itu tanda dia sedang berkata bohong.
4. Ambil Masa Sebelum Bercakap
‘Bukan ke semalam abang cakap kat saya nak gi lawat kawan abang yang sakit tu?’
Bila isteri bertanya, tapi suami ambil masa yang lama untuk menjawab. Itu tanda dia cuba berbohong. Berbanding dengan suami yang terus bagi jawapan tiap kali anda menanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!