Bila sudah berkahwin, punyai keluarga dan anak-anak, segala kehendak dan keperluan isteri langsung dilupakan. Banyak duit dihabiskan dan digunakan untuk keluarga. Isteri sanggup ketepikan keinginannya demi keluarga untuk didahulukan.
Tanyalah mana-mana isteri, dia sanggup ketepikan keinginan dan dahulukan keluarga. Lebih-lebih lagi bila sudah mempunyai anak. Biasanya, kalau pergi membeli belah, banyak barang yang dibeli untuk anda dan keluarga. Ada pun untuk dirinya hanya satu. Kadang-kadang langsung tak ada.
Bila suami ingin belikan hadiah atau apa-apa sahaja, dia sanggup tolak dan rasnya lebih baik beli untuk keluarga sahaja. Sebab itulah, kalu isteri minta duit, jangan fikir dia gunakan duit untuk kepentingan diri, sebaliknya untuk keluarga.
Apa yang dikongsikan oleh Muhammad Yusof ini ada benarnya.
Hadiahkan Untuk Isteri
Saya dan isteri hidup sederhana. Hidup biasa-biasa sahaja. Tapi syukur, cukup makan, cukup pakai. Kami ni kalau pergi shopping complex besar-besar kami tak tahu nak tuju ke mana sebab pakai jenama branded-branded ni bukanlah ‘dunia’ kami. Tapi kalau masuk kedai RM2, Mr Diy, kedai Eco atau pasar malam, tempat tu macam ‘heaven’ bagi kami. Berplastik-plastik kami boleh beli kalau pergi tempat macam ni.
Kebetulan rezeki lebih, dan ada pulak handbag jenama Coach kat timeline fb saya. Nampak cantik. Saja saya screenshot bagi kat bini ‘beg sayang lama dah, apa kata darling ganti beg yang ni. Cantik tak?’
Isteri saya kata buat apalah beli beg mahal-mahal ni. Pakai je mana yang ada. Selagi boleh pakai. Pakai.
Saya jawab alahai, sekali-sekala je pakai jenama berkualiti, pakai pun sedap dan tahan lama sikit.
Lepas tu isteri bagi jawapan, ‘takpe, buat masa ni sayang tak nak lagi beg tapi kalau nak beli jugak bagi je duit tu kat sayang..’
Saya pun bagilah dia sejumlah duit. Dan, saya fikirkan mungkin dia mesti beli beg berjenama yang mungkin lebih murah sikit berbanding jenama Coach atau LV.
Rupa-rupanya sangkaan saya meleset.
Isteri saya guna duit tu untuk beli mesin scanner yang boleh edit terus document.
Saya terfikir kalau dah namanya cikgu, scanner jugak yang dibelinya.
Rasa nak marah jugak saya sebab buat apalah beli scanner. Kan saya suruh beli handbag.
Dia kata banyak nak kena edit document untuk bagi kat anak-anak murid dia.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Isteri Ni Banyak Sangat Fikir, Patutlah Kalau Keluar Beli Macam-macam!
Berjimat Boleh, Tapi Jangan Sampai Terlalu Berkira Dengan Pasangan!
Info Lebih Menarik DI SINI
Beli Untuk Kegunaan Keluarga
Begitulah perempuan. Saya rasa kebanyakan perempuan pun macam isteri saya.
Lelaki ni kalau beli barang entah apa-apa je. Beli pun untuk kegunaan sendiri. Jam Gshock lah, kasut NMDlah, Adidas Yeezylah, helmetlah, raket badmintonlah, spotrim barulah, basikal MTBlah, baju bandlah dan segala jenis benda tapi untuk guna sendiri.
Tapi tengok kalau perempuan membeli. Dorang akan beli vacuum robot, periuk Noxxa, Iron Phillips, peti sejuk almari, mesin lipat baju, mesin pengering baju, Air fryer, tupperware ikut warna baju, tudung saji moden, mesin scanner, printer Epson atau thermomix dan segala jenis peralatan elektrik dan dapur.
Pendek kata semua yang dia beli tu bukan untuk kegunaan dorang sahaja tapi untuk kemudahan satu keluarga.
Silap-silap suami yang dok pertikai benda-benda yang isteri beli tu ‘mahallah’, ‘kena simpan duit untuk masa depanlah’, silap-silap dia yang terhegeh-hegeh pakai semua yang isteri beli tu.
Jangan Halang
Sebab tu suami janganlah halang isteri nak beli apa sebab apa yang isteri beli tu sebenarnya pelaburan yang sangat memudahkan urusan sekeluarga.
Buat suami, kalau ada rezeki lebih beli lah sesuatu buat isteri kerana isteri ni suka hadiah-hadiah daripada suami ni. (Terutama emas). Pulut dakap la, gelang getah lah. Sebut je nak beli emas bling, bling, semua isteri-isteri 13 minggu senyum sendiri tanpa henti. Tidur malam pun senyum. Suami tak sempat order kopi o terus bini buat kopi dalgona special.
Sekali-sekala bagi ‘something special’ kat isteri sebab nak hargai isteri, apa salahnya kan? Bukan selalu. Betul tak isteri-isteri?
MW: Suami kalau nak beli jangan cakap, terus beli sebab nanti isteri akan beritahu semua itu membazir. Baginya, duit yang ada lebih baik untuk kegunaan keluarga.
Sumber: Muhammad Yusof
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sekarang PKP, tentu mak-mak ligat dok fikir nak masak untuk sarapan, tengah hari, minum petang dan malam. Kalau nak jimat, masak pagi tu merangkap ke tengah hari. Ini belum masuk kemas rumah, basuh baju dan macam-macam lagilah.
Suami pula, janganlah dok silang kaki depan televisyen, tiba masa makan, mulalah masuk dapur tengok apa yang tersedia. Mahunya tak angin mak-mak. Masa yang ada ini, tolonglah isteri apa yang patut.
Tak tahu, nak buat apa dan isteri tak cakap apa pun. Itu alasan semata-mata. Kalau mak-mak tengok suami dok rileks depan televisyen tapi keje masih berlambak-lambak, apa kata cuba cara lembut ini, mesti suami pun ringan tulang nak bantu. Jangan menyuruh dengan kata-kata kasar pula. Daripada nak tolong terus dia masuk bilik tidur. Lagi mak-mak naik ‘hantu’.
Minta Tolong Dengan Lembut Dan Penuh Hormat
- Kalau nak suruh suami tolong, jangan cakap kasar-kasar. Daripada nak tolong terus tak jadi. Bagitaulah secara elok apa yang perlu suami buat. Tolong jemurkan baju…minta tolong buang sampah sekejap….
Sama-sama Gotong-Royong
- Tak semua kerja rumah mak-mak kena buatkan. Kadangkala ada kerja rumah yang perlu dilakukan bersama. Contohnya, semasa nak bersihkan lantai. Mintalah tolong suami alihkan sofa. Atau anda boleh minta tolong suami bersihkan kipas siling.
Beri Latihan, Boleh Buat Masa Mak-mak Tiada Di Rumah
- Kadang-kadang bila anda bersihkan rumah, suami dok ‘pose cantik’ depan kerusi. Sambil-sambil anda buat tu, cuba bagi latihan. Contohnya, bila mencuci baju, asingkan mana baju basahan, baju pejabat, baju anak mahupun seluar jean.
Bincang Dulu Sebelum Ubah
- Bosan juga kalau kedudukan sofa atau meja makan statik tanpa perubahan. Untuk cipta suasana baru, bincang dulu dengan suami untuk susun atur barangan itu. Kadang-kadang suami boleh beri idea, walaupun anda kurang setuju. Tapi tak salah mendapat idea dia.
Jangan Marah Kalau Rasa Tidak Puas Hati
- Masa suami buat kerja rumah tu, mesti ada benda yang buat mak-mak tak puas hati. Tapi janganlah membebel memberitahu cara dia buat tidak kemas. Biarkan saja. Suami tolong itu sudah kira cukup baik.
Dah Tolong, Ucaplah Terima Kasih
- Bila kerja rumah dah siap, jangan lupa ucapkan terima kasih pada suami. Bukan sahaja dengan ucapan tapi anda boleh memasak makanan kegemaran untuk makan sama-sama.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila seorang suami buat yang sepatutnya termasuklah tunaikan tanggungjawab dan menghormati isteri, isteri pasti berganda buat kebaikan untuknya. Percayalah, isteri akan lebih menghargai suami bila suami menjaganya dan anak-anak dengan sempurna.
Segala-galanya bermula daripada suami, jika suami seorang yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab mengikut kemampuannya, pasti anak dan keluarga bertambah bahagia.
Bila Suami Buat Apa Yang Sepatutnya
Kita buat baik dengan dia, dua kali ganda dia buat baik dengan kita…
Kita hormat dia, pasti dua kali ganda isteri hormat kita…
Jika Kita memuliakan dia, dua kali ganda dia memuliakan kita…
Kita tak berkira dengan dia, dia lagi tak berkira dengan kita…
Senang saja nak ambil hati isteri ini sebenarnya… Kita hanya perlu buat apa yang sepatutnya seorang suami buat, selebihnya dia akan cover atau tutup rapat apa yang kita tak sempat, tak mampu atau terlupa nak buat…
Bila dia tahu suami dia balik lambat sebab cari rezeki untuk keluarga, dia tak akan bagi rumah nampak bersepah bila suami dia sampai ke rumah…
Bila dia tahu suami dia penat bekerja, dia tak akan bagi anak-anak bising atau kacau suami dia tengah berehat…
Kerja rumah, yang mana sempat dan larat untuk dia buat, dia akan buat bagi habis sebab dia tak nak suami dia nampak, lepas itu suami dia pula yang buat…
Artikel Berkaitan:
Untuk info lebih menarik, klik saja
di sini. Isteri Pasti Berganda Buat Kebaikan
Asbab dapat suami yang baik, rajin, ringan tulang, suka membantu, bertimbang rasa, hormat dia dan memuliakan dia sebagai wanita yang bergelar isteri…
Suami pula tak pernah abai hak dia, tanggungjawab dia setakat kemampuan yang dia ada…
Kalau kita suami yang macam ini, kita akan beruntung sebab isteri akan memudahkan hidup kita… Kalau kita belum jadi suami yang macam ini, maka belum terlambat untuk jadi…
MW: Renung-renungkan ya, segalanya bermula dengan kerjasama dan pemahaman suami, isteri. Jika masing-masing tahu tanggungjawab, sudah pasti rumah tangga bertambah bahagia. Hubungan suami, isteri juga akan bertambah erat. Insyallah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Memang sukar memahami hati seorang wanita. Wanita atau isteri ini kebiasaannya suka memendam rasa. Dia sedih, marah atau merajuk dia diam sahaja. Simpan kemas-kemas dalam hati hingga suami pun tak perasan.
Nampak letih dan lemah, tapi bila suami tanya pasti jawapannya tiada apa-apa. Sebenarnya memendam perasaan ini bahaya kerana lama-lama akan beri tekanan dalam diam. Bahaya tau isteri suka memendam, lagi-lagi sakit hati tapi tetap senyum macam biasa.
Sebaliknya jika respon, gerak tubuh dan tindakannya lebih terkawal itu bermakna emosi isteri stabil dan sihatlah itu.
Ikuti dan fahami perkongsian Firdaus Shakirin ini:
Apa yang dia lalui, apa yang dia hadapi, apa yang dia pendam, apa yang dia simpan… Tak semua wanita mampu untuk menyembunyikan apa yang dia rasa, ada yang sudah cuba sedaya-upaya untuk menyembunyikan namun masih kelihatan juga pada raut wajahnya…
Dia kelihatan letih, dia kelihatan penat, dia lesu dan lemah…
Mungkin terlalu banyak yang perlu dia lakukan dalam kehidupan hariannya, mungkin terlalu banyak beban yang ditanggung dan digalasnya, mungkin dia tiada tempat untuk meluahkan, mungkin dia juga tidak difahami dan dihargai oleh insan yang sepatutnya memahami dan menghargai dirinya…
Emosi Isteri Tak Stabil
Kita nampak dia macam ok, walhal tidak… Tanya diri kita yang lelaki ini, yang sudah jadi suami ini, sejauh mana keyakinan kita bahawa isteri kita tu sihat mental dan emosinya…
Kita beranggapan bahawa dia tak pandai mengawal tekanan, kita beranggapan bahawa dia terlalu mengikut perasaan dan kita beranggapan bahawa kita memahami dia luar, dalam…
Tapi sebenarnya tak…
Jika mental, emosi dan perasaan seorang wanita itu sihat, maka respon, gerak tubuh, tindakannya lebih terkawal dan teratur… Dia mampu untuk menghadapi apa saja dengan bersemangat dan kuat sekiranya semuanya berada dalam keadaan yang “SIHAT”…
She hurts, but she still smile… Itu yang membuatkan kebanyakan lelaki gagal utk mengetahui apa yang ada di sebalik senyuman seorang wanita…🙂
MW: Semoga perkongsian ini membuatkan para suami semua lebih memahami isteri. Lebih peka bila isteri mereka merajuk atau berasa hati. Barulah bahagia rumahtangga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI