Orang cakap, kalau mak-mak kalau ada di rumah, makan minum pun tak kisah.Ini belum lagi tengok penampilannya. Boleh hilang seri atau mungkin dia sendiri tidak sempat untuk berdandan demi menyiapkan keperluan makan keluarga.
Mahu saja, bila bangun tidur mesti terfikirkan kerja-kerja rumah yang masih belum selesai. Nak berdandan cantik rasa macam tidak sesuai pula. Cukuplah dengan hanya nampak sedap memandang dan tidaklah hilang seri dipandang suami dan anak-anak.
Begitulah kehidupan isteri dan mak-mak. Jangan kata bila nak keluar, barulah mak-mak nampak elok. Kena ingat, mak-mak pun tak mahulah malukan diri sendiri dan keluarga. Memadai dengan pakaian kemas dan sedap mata memandang.
Jadi, bagi suami yang nampak isteri hilang seri, janganlah menghentam atau rasa malu. Tak salah berikan ‘me time’ untuk isteri dalam membelai dirinya setelah bertungkus lumus dengan kerja rumah.
Inilah yang dikongsikan oleh Busseroa Abd Jalil tentang wanita atau isteri yang dikatkaan hilang seri dan tidak cantik. Suami kena faham dan hargailah isteri kerana hidupnya untuk berbakti pada keluarga tersayang.
Hilang Seri Demi Keluarga Tersayang
Untukmu Wanita.
Apabila seorang suami tidak suka kita mendekat, atau melontarkan ayat sebegini: Eh, awak ni! Sanalah sikit. Panaslah.
Atau si suami sering tidak menghargai kehadiran kita ketika dia bersama teman-teman sekerjanya. Terasa seperti segan amat untuk dia memperkenalkan diri kita kepada rakan-rakannya.
Atau ayat si anak mula berbunyi, laa mama pakai baju ni lagi?
Maka ambillah perhatian wahai sekalian wanita yang membaca coretan ini. Imej anda ketika itu sedang dipandang rendah teramat-amat.
Apa puncanya situasi sebegitu terjadi?
Jawapannya kerana anda mungkin sudah dianggap tidak cantik, lapuk atau membosankan.
Benarkah anda sudah tidak cantik?
Tidak. Kerana kata pujangga, kecantikan milik wanita selamanya. Tetapi mengapa anda dilihat semakin hilang serinya oleh insan-insan yang sepatutnya menyayangi dan menghargai diri anda?
Berbakti Seikhlas Hati
Jawapannya kerana..
Ads
Majoriti wanita telah menggadai seluruh keperluan dirinya demi keluarga. Apa yang ada di kepala hanyalah tentang suami dan anak-anak. 24 jam kita berfikir tentang mereka sehinggakan kita terlupa untuk menghidu bau bawang yang melekat padu pada tubuh lantaran pagi petang siang dan malam kita sibuk menyediakan hidangan buat mereka yang kita sayang.
Kita berbakti seikhlas hati kerana kasih dan sayang. Lagipun kita yakin segala penat lelah ada syurga yang menanti di sana, insyaallah.
Namun, wahai wanita. Sebelum ke syurga hidup kita meniti di dunia ini. Maka carilah secebis kebahagiaan dan kegembiraan di sini. Ketika mengabdikan dirimu kepada suami dan anak-anak, maka perhatikan juga dirimu.
Hargailah
Penuhi impianmu. Manjakan dirimu. Rawat sakitmu. Pulihkan kekuranganmu. Bina semangatmu. Cari rehatmu. Laksanakan minatmu. Pilih abaimu kerana bukan semua harus berada dalam kudratmu.
Jika dirimu punya kebebasan kewangan, maka jangan bakhil untuk berbelanja khusus buatmu. Usah kerana terlalu memikirkan beban kewangan keluarga yang tidak pernah surut, sehinggakan untuk membeli sebotol vitamin di farmasi juga terasa berat buatmu. Sedangkan tubuhmu semakin lemah dan lesu. Apatah lagi untuk membeli sebatang lipstik yang baik, itu juga kamu rasakan tidak perlu.
Jangan bersikap sebegitu wahai wanita. Hargai dirimu sebaik-baiknya. Bina ‘level’ mu yang tersendiri. Jaga dirimu sebaiknya. Kerana jika kamu berharap ada orang lain yang akan menghargaimu, ternyata kamu tersilap. Kamu sedang bermimpi di siang hari adanya.
Ads
Maka, bangkitlah wanita. Kasih kepada dirimu biarlah seiring dengan kasihmu kepada insan-insan lain di sekelilingmu. Kerana bahagia mereka terletak pada sihatnya kamu. Tetapi beringatlah dalam gembira mereka belum tentu kamu tersenarai di situ.
MW: Betul tu…seluruh hidup isteri sudah tentulah untuk keluarga. Tapi tak salah untuk ambil masa dengan hargai diri atau ‘me time’, sekurangnya daptlah hilangkan segala penat lelah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Jangan Ingat Cikgu Tak Ada kerja Lain. Sejak adanya aplikasi whatsapp, segala urusan aktiviti persekolahan dikongsikan menerusi medium ini.
Sebagai ibu bapa memang banyak grup yang akan kita sertai. Tujuan sebenar adalah untuk guru menyampaikan maklumat kepada ibu bapa dan anak murid. Namun ada segelintir ibu bapa yang terlalu banyak bertanya tanpa melihat dahulu maklumat yang dikongsikan oleh guru di grup whatsapp tersebut.
Jangan Ingat Cikgu Tak Ada kerja Lain
Sebagai seorang waris kepada anak murid, perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin menerusi Facebooknya ada kebenaran.
Secara realiti bila membaca grup di whatsapp kadangkala pening kepala kita membaca apatah lagi seorang guru. Nasihat dari saudara Firdaus ini cukup bermakna dan iktibar buat ibu bapa di luar sana.
“Tahun lepas masuk group wassup dan telegram sekolah anak…
Sempat la beberapa minggu dlm tu pastu left, suruh wife je join…tahun ni, kena add lagi dlm group…
“Ya Ampun, darah tinggi pakcik taw, pakcik stress la…”
Saya ok ja, tak kisah pun klu nak stay dlm group tu…yg saya tak tahan, byk waris suka tanya soalan yg adakalanya, jawapan tu dah berkali-kali cikgu bgtau…
Cikgu plak, daripada reply dgn huruf kecil, terus guna HURUF BESAR…
Soalan yg sama, berulangkali ditanya…jawapan tu bleh dpt dgn scroll atas selang 2,3 baris ja…
Usahalah Dulu, Check Balik Conversation
Kita sebagai waris, usahalah dulu, check balik conversation…klu dah tak jumpa jawapan, memg btol2 tak dpt jawapan, baru kita tanya…
Jgn ingat cikgu tu xde keje lain…bukan keje cikgu nak melayani setiap pertanyaan waris sbb dia dah pun terangkan dan bg jawapan dgn jelas kat atas tu…
Bila ada parent lain tolong jawabkan, dia tanya lagi, “BETUL KE CIKGU…?”
Nak cikgu jugak yg JAWAB!!!
Come on gais…scroll skit atas bwh depan blkg…we can do better la…,” luah Firdaus Shakirin.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bila anak sudah remaja tak boleh marah, tengking! Kena guna pendekatan nasihat dengan hikmah. Memang sungguh mencabar mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Setiap peringkat tumbesaran anak-anak ada cabaran yang tersendiri. Begitu juga dengan peringkat usia remaja, anak-anak tidak boleh dimarah sesuka hati, bimbang bila mereka mulai terasa hati mereka mula menjauhkan diri,
Ikuti perkongsian Dr Taufik Razif ini dan fahami apa yang cuba disampaikan dalam mendidik anak-anak yang meningkat remaja.
Bila Anak Sudah Remaja
Anak perempuan saya tunjuk tarian TikTok!
Beberapa hari lepas anak perempuan sulung saya datang di depan saya dengan wajah tersenyum-senyum seakan-akan hendak beritahu sesuatu.
” Abi, nak tengok tak? ”
” Nak tengok apa kakak?”, terpinga-pinga saya dibuatnya.
Tiba-tiba si Maryam ini angkat tangan dia, dihayun tanggannya ke kanan dan kiri. Yang tak tahannya siap goyang goyang punggung tu.
Ya Rabbi. Astaghfirullah!
Tak Boleh Marah, Tengking!
Masa tu tiba-tiba datang rasa menyirap! Rasa nak tengking pun ada tapi cepat cepat saya rasionalkan balik diri saya.
Kalau saya marah dia terus, apa jadi? Ada kemungkinan lepas ini Maryam tak akan beritahu saya apa-apa dah. Dia akan pendam sendiri saja semua kesalahan dia!
Yang kedua, bila fikir balik dia menari tiktok macam tu depan keluarga sendiri. Tak haram. Tak berdosa pun. Cuma yang berdosa kalau pergi tayang pada yang bukan mahram saja.
Hati saya tiba tiba kembali sejuk.
” Kakak belajar kat mana menari ni? ”
” Ada kawan kakak ajar. ”
” Yelah yelah. Lain kali boleh saja hendak menari tapi elakkan menari depan orang lain. Dan kalau boleh elakkanlah menari tiktok ni ”
Sambil nasihat, sambil saya buka 1 video yang menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan yang berumur dalam 5 hingga 6 tahun yang tiba-tiba menari seperti kerasukan jin ketika mendengar muzik TikTok walaupun sedang lena tidur!
Saya tunjuk video tersebut pada anak saya dan saya boleh nampak dia ketakutan.
Bila anak nak masuk usia remaja ni kena nasihat dengan hikmah. Dah tak boleh sangat guna cara ‘Control & Dominance’ dengan cara marah-marah dan tengking.
Mereka sudah mula ada identiti. Dan mereka juga sudah mula ada circle sendiri. Di samping itu, mereka sudah mula ada kecenderungan sendiri.
Terpaksa Berlembut Dengan Anak-Anak
Makin kita berkasar, makin mereka lari. Makin kita memaksa, makin mereka pendam sendiri dan kerosakan sebenar bila mereka mula buat kesalahan secara diam-diam di belakang kerana merasa tak selamat untuk meluah dan mengadu pada ibubapa.
Ya Allah. Bantu kami didik anak perempuan dan anak lelaki kami Ya Allah dan jauhi anak anak kami daripada pengaruh buruk dunia dan rakan sebaya mereka. Amin Ya Allah.
Mingguan Wanita : Mendidik anak bukan sesuatu yang mudah dalam zaman sekarang. Usahakan yang terbaik dan selebihnya berserah kepada Allah.
Aik, pakai baju putih pun salah? Haaa… mesti penggemar pakai baju putih rasa tak puas hati. Sabar ya, baca dulu penjelasan daripada Ustaz Farid Rashidi kali ini, ada sebabnya bila terkaut dosa sekali. Jemput hadam dulu perlahan-lahan.
Pakai Baju Putih Tak Salah Tapi…
Trend sekarang ramai yang memakai baju kemeja putih, blouse putih atau baju t-shirt putih. Ada yang dipakai sedondon dengan pasangannya. Tahukah anda, salah memakai baju putih juga boleh mengundang dosa.
Eh, kenapa? Salahkah pakai baju putih?
Tak. Baju putih tak salah pun. Yang salah ialah cara memakai dan material yang digunakan si pemakai.
Hah? Suspennya!
Ingat tak, pernah masa belajar di sekolah dahulu, para ustaz, ustazah dan cikgu displin selalu pesan khususnya kepada pelajar perempuan supaya tidak memakai baju kurung putih yang nipis, jarang dan menampakkan warna kulit.
Pesanan mereka sangatlah betul. Bukan hanya peraturan sekolah. Ini kerana haram dan berdosa memakai pakaian putih (dan warna lain) yang nipis, jarang, menampakkan warna kulit dan aurat.
Sebenarnya bukan sahaja untuk pelajar sekolah, tetapi juga untuk semua perempuan di luar sana apabila usia mencecah aqil baligh. Tak kiralah, bujang trang tang tang ke, dah berkahwin ke, janda kak limah ke, mak budak ke asalkan yang namanya perempuan. Nenek tak payahlah, muntah hijau atok nanti.
Sebuah pesanan yang disampaikan oleh Saidatina ‘Aisyah dalam satu riwayat:
وعن علقمة بن أبي علقمة ، عن أمه قالت : دخلت حفصة بنت عبد الرحمن على عائشة وعليها خمار رقيق ، فشقته عائشة وكستها خمارا كثيفا
Daripada al-Qomah bin Abi al-Qomah, daripada ibunya berkata: “Hafsah binti Abdul Rahman (anak saudara ‘Aisyah) masuk menemui ‘Aisyah r.a ummul mukminin dalam keadaan Hafsah memakai tudung nipis di kepalanya. Lalu Aisyah r.a mengoyakkannya, kemudian memakainya tudung yang tebal.”
Juga menurut al-Hafiz al-Murtadha al-Zabidi dalam kitabnya Ithaf Sadah al-Muttaqin, jilid 3 /134 menyebutkan:
“Aurat seorang wanita merdeka adalah seluruh badan melainkan wajah dan dua pergelangan tangan iaitu bermula daripada kepala jari jemari sampai ke pergelangan tangan.”
Katanya lagi:
“Syarat menutup aurat adalah memakai sesuatu yang menghalang daripada dapat dilihat warna kulit bukan daripada yang menghilangkan bentuk badannya (kerana sebahagaian manusia khususnya yang gemuk sukar untuk tidak menampakkan sedikitpun daripada bentuk badannya).”
Sebagai jalan selamat mengelak dosa, bila pakai baju putih, janganlah pakai baju dalam lain warna supaya tak jelas kelihatan dan pakailah baju lain untuk mengelakkan nampak warna kulit. Biar longgar, tebal dan tidak menampak bentuk badan.
Ya benar, putih itu suci. Tetapi boleh jadi putih itu bisa menjadi kotor akibat percikan dosa manusia.
Nak pakai baju putih, tak salah. Pakailah dengan bersyariat, tidak mendedah aurat. Jangan tunggu hingga orang lain yang tolong memakaikan tubuhmu dengan pakaian putih sudahlah.
Bantu share pesanan ini agar ramai kaum hawa berhati-hati ya. Diizin share ke seluruh sfera bumi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sebak bila Achey dedah isteri serahkan wang gaji ketika bekerja. Terbaru menerusi program realiti TV, Achey memberitahu dirinya sangat kagum dengan pengorbanan suri hatinya...