Kahwin ramai, mungkin itulah yang seronok buat suami di luar sana dan paling tak suka didengari oleh isteri. Pantang sebut kahwin lain mahunya isteri mengamuk dan marah-marah.
Namun, kalau dah dikatakan jodoh dan ketentuanNya, kita kena terima dan paling penting suami kena bersikap adil, bertanggungjawab pada semua isteri.
Rupa-rupanya, satu rahsia yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus kalau nak kawin ramai ada caranya. Antara perkongsian daripadanya apabila ditanya tentang rahsia dan tip kahwin lebih daripada satu majlis ceramah agamanya.
Kahwin Ramai, Kalau Suami Mampu Dan Jangan Menunjuk
Soalan: Apakah rahsia ustaz boleh kahwin ramai. Boleh kongsi tip dengan kami?
Ads
Jawapan:
“Kahwin bila kita mampu, jangan nak men menunjuk-nunjuk dan jangan menipu. Sebab dia isteri kita dan beritahu elok-elok. Contoh, kalau nak mudah, ambil gambar bakal isteri kedua dan tunjukkan pada isteri pertama.
“Bagi no telefon pada isteri pertama hubungi dan minta berkawan selama 3 bulan. Dengan harapan, kalau bakal isteri kedua itu baik, boleh dijadikan madu.
Ads
“Jangan marah dan jangan mengamuk, keputusan di tangan isteri pertama. Setuju atau tidak.
“Selepas 3 bulan, kalau isteri tak setuju, bagi gambar lain pula. Bila dah bagi gambar 2-3 orang dan isteri pertama berkawan, lama-lama dia akan terpikat dengan salah seorangnya.
Ini semua atas pengalaman ustaz Azhar Idrus sendiri.
Cuba belek handphone mak ayah, dalam banyak-banyak grup whatsapp mesti ada terselit satu dua grup whatsapp dengan cikgu atau sekolah anak-anak. itu medan cikgu berkongsi maklumat tentang aktiviti sekolah, pembelajaran atau hal-hal berbangkit yang cikgu risau maklumat tak sampai dekat mak ayah.
Bilangan ahli bukan sedikit, jika anak muridnya 40 orang, itulah jumlah mak ayah yang ada dalam grup itu. Kadang lebih pun. Macam-macam kisah boleh jadi dalam grup whatsapp ni.
Cerita tak puas hati pasal cikgu atau sekolah pun boleh diluahkan secara terbuka dalam grup. Belum hal anak bercuti, barang anak hilang yang mak ayah mahu adukan pada guru. Dalam hal ini ada adab dan aturannya. Fahamkan perkongsian Dr Sakinah Sulong ini.
Grup WhatsApp Cikgu- Parents
(POSTING KHAS UNTUK IBUBAPA)
Pagi-pagi dah check whatsapp, setelah handphone charged semalaman. Berdesup messages, macam-macam hal dan isu ada. Kena scroll cari yang paling penting untuk dijawab. Memang trend sekarang pakai whatsapp nak komunikasi hal-hal kerja mahupun urusan famili.
Tapi I need to talk about whatsapp sekolah anak. Sesiapa yg ada anak sekolah, hatta tadika akan ada group whatsapp. Satu anak, sekurang-kurangnya satu group whatsapp. Belum campur group PIBG or ko kurikulum or group sekolah agama lagi tu.
Terfikir jugak, kalau mak saya dulu, who was a teacher dgn 14 anak, jenuh rasanya kalau whatsapp wujud zaman tu! ??????????????
Sure tak sempat nak blue tick ?
Apa yang saya nampak memang ada kebaikan ada group sebegini. Sekurang-kurangnya ibubapa dan guru boleh brkomunikasi tanpa bertemu muka. Sebarang maklumat pun boleh disampaikan dengan segera seperti jadual cuti, yuran sekolah atau sebarang pengumuman mengejut dari pihak sekolah.
Tapi,
Tapi..nampaknya ibubapa pun suka juga buat pengumuman mengejut. Pagi-pagi mesti ada mesej yang inform anak tak datang sekolah. Memanglah cikgu perlu diberitahu tapi ada caranya.
“Cikgu, anak saya cuti ye hari ni.”
Aik, macam tu ke cara kita brkomunikasi? Cara kita cakap tu, macam sekolah tu kita yang punya, padahal kita sepatutnya memberitahu apa sebab anak terhalang ke sekolah. Sakitkah? Demam ke? Or ibubapa yang ada hal? Cuti anak ni bukan kita yang suka-suka create sendiri.
Kalau segan di group, boleh pm cikgu.
Kalau petang-petang pulak, ada ibubapa yang tak sabar-sabar mengadu “cikgu, songkok Ali asyik hilanglah. Cikgu tolong cari ye”
“Cikgu, kenapa barang alat tulis anak saya asyik hilang je, cikgu tolong pantau” Dan seribu macam isu yang tidak urgent.
Sedangkan guru pun penat mengajar belum habis. Mereka pun ada keluarga yang perlu diberi perhatian selepas waktu sekolah. Ada cikgu pernah mengadu, tudung di kepala belum tanggal, dah kena mnjawab isu yang ibubapa tanya di group. Kesiannya..
We as parents la kena tunjuk sifat hormat guru, pada bekas guru kita mahupun guru anak-anak kita sekarang. Biar jadi contoh untuk anak-anak. Tunjukkan cara berkomunikasi yang baik dan cara menghargai jasa cikgu. Bukan dengan memberi hadiah mahal-mahal seperti telekung Siti K (nak bagi apa salahnya) cukuplah bagi cekodok yang kita masakkan atau anak kita tolong bawa buku ke bilik guru. Sure cikgu pun sayang, barulah ilmu tu dapat keberkatan! ??
Kita risau anak kita tak dapat straight A, Tapi kita tak pernah check markah anak dalam beradab dengan cikgu. Kita cuma hantar anak ke sekolah untuk lahirkan ‘robot’ yang pandai tapi pincang akhlaknya.
Nak ubah generasi akan datang? Ubah lah kita, generasi sekarang
Bila sikap tolak ansur isteri dipergunakan, layanan suami kepada isteri saling tak tumpah umpama orang gaji. Ketaatan seorang isteri dipermainkan bila suami menganggap seorang isteri yang sepatutnya menjadi pendamping di sisi menjadi orang suruhan.
Walhal isteri cuba menjalankan tanggungjawab seorang isteri solehah kerana inginkan balasan syurga. Namun suami mengambil kesempatan di atas segala kebaikan tanpa belas.
Ikuti perkongsian FirdausShakirin ini dan hadam baik-baik iya:
Zaman sekarang ini, kelembutan seorang isteri itu kebanyakannya dipijak-pijak dan dipergunakan secukupnya oleh seorang suami…
Suami mengambil kesempatan di atas sikap tolak ansur, bertimbang rasa dan lemah lembut seorang isteri sehingga menukarkan taraf seorang isteri daripada “permaisuri” menjadi taraf seorang “hamba”…
Layanan kepada seorang isteri sudah umpama seperti layanan kepada “orang gaji”… Isteri kena buat itu, isteri kena buat ini, semua mestilah sempurna, tersusun dan teratur…
Lambat sikit dimarah, tak kena sikit dimaki, melawan sikit dipukul… Isteri nasihat tak nak dengar, isteri tegur dikatakan isteri kurang ajar, menderhaka…
Jangan mudah memperlakukan seorang isteri sedemikian hanya kerana alasan kuasa “taat” dan “syurga” di tangan seorang suami…
Ketahuilah “kuasa” dan “syurga” di tangan Allah jauh lebih besar dari apa yang ada pada seorang suami…
Allah menyaksikan segala perbuatan setiap suami kepada isteri mereka…. Selain itu, Allah tidak pernah menafikan hak setiap hamba-Nya… Malah, Allah Maha Lemah Lembut, Maha Adil dalam melayani hamba-Nya…
Jangan Ambil Kesempatan Tolak Ansur Isteri
Jangan terlalu yakin dengan status “suami” yang dipegang kita kerana status itu datang berserta hak, amanah dan tanggungjawab…
Pengabaian terhadap hak, amanah dan tanggungjawab itu akan menyebabkan berat amalan kita condong dan senget ke arah mana?
Syurga atau neraka? Anda fikirlah sendiri jika anda masih mempunyai akal…
Dr Hamid Arshad merupakan seorang Doktor Pakar Sakit Puan yang cukup berpengalaman dalam bidang perbidanan.Bergelar seorang doktor pada masa yang sama menjadi bapa kepada 5 orang cahayamata memberikan pelbagai pengalaman berharga buat beliau. Menerusi catatan terbaru beliau di facebook, beliau turut kongsikan kepentingan pengambilan nutrisi pemakanan yang berkhasiat dan terbaik buat ibu-ibu mengandung, agar anak yang dilahirkan nanti sihat dan bijak.
Berikut merupakan antara catatan penting perkongsian beliau;
CARAGAYA KEBAPAAN PERLU DIPELAJARI, DIPRAKTIKKAN. AMALKAN TERUS MENERUS. JADI IBU BAPA CEMERLANG
1. JAHIL DALAM CARA GAYA KEIBUBAPAAN
Kali pertama saya jadi bapa setelah lahir anak sulung saya pada tahun 1971, saya berumur 26 tahun dan telah bertugas sebagai doktor perubatan di Hospital Muar.
Kemahiran dan kecekapan saya melaksanakan tanggung jawab sebagai bapa, bergantung kepada naluri sahaja. Banyak perkara tentang caragaya keibu bapaan yang saya tak tahu.
Kalaulah saya berilmu serta mahir dalam perkara tersebut, tentulah kelima-lima anak saya telah jadi genius dan capai kecemerlangan. Tapi kenyataannya mereka sederhana sahaja tapi alhamdulillah masing-masing telah menikmati suatu tahap kejayaan hidup dan masih ada ruang untuk mereka capai tahap lebih tinggi.
2. PENTINGNYA ZAT PROTIEN WAKTU HAMIL
Waktu hamil isteri saya makan yang berzat dan berkhasiat. Lebih lauk sebagai sumber protein, penting bagi pertumbuhan organ-organ terutama otak bayi. Dulu tak mampu beli ikan salmon atau mackerel; ikan tuna (tongkol) dan ikan terubuk dia tak suka pula.
Kesemua ikan-ikan tersebut dikategorikan ikan berminyak (oilyfish) yang mengandungi banyak omega3 dan DHA. Iaitu bahan-bahan penting bagi pertumbuhan dan fungsi otak bayi. Zaman itu harga ikan sangat murah, kita makan berbagai-bagai jenis ikan, tenggiri. bawal. kembung, ikan parang, ikan lidah dan lain-lain.
Sumber protien lain ialah daging lembu, yang kita makan seminggu sekali.Bila balik kampung emak akan masak ayam kampung, masak gulai ketumbar dan sup ayam. Yum yum memang lazat. Memang selera isteri saya makan ketika Hamil.
Dalam zaman mewah sekarang, wanita hamil jarang kekurangan zat protein, malah berlebihan.
Lain-lain sumber protein ialah telor, kacang2 ( peanuts, badam, gajus, walnut’s) , beans, makanan laut saperti udang, sotong, ketam dan lain-lain.
Kacang soya dalam bentuk air soya, Tempe, tahu, miso dan lain-lain adalah baik untuk ibu-ibu hamil.Ada yang mengatakan minum banyak air soya ketika hamil, bayi jadi kulit putih !
Mungkin amalan pemakanan yang seimbang oleh isteri saya, telah menghasilkan bayi sihat, cerdik otaknya sehingga jadi doktor pakar bedah sekarang.
3. VITAMINS FOLIC IRON DAN KALSIUM
Supplements vitamins sangat penting bagi ibu-ibu hamil untuk meningkatkan tahap kesihatan ibu dan bayi.
Keperluan zat iron meningkat untuk bina darah dan cegah anemia. Kalsium untuk bina tulang bayi dan untuk kuatkan tulang-tulang Ibu.Folic asid untuk cegah kecacatan bayi khususnya pada otak dan saraf. Vitamin C pun penting untuk meningkatkan immunity dan mencegah dari jangkitan kuman khususnya virus.
Alhamdulillah isteri ambil cukup bekalan supplements tersebut ketika hamil. Dia pun sihat sehingga melahirkan bayi. Bayi pun sempurna dan sihat ketika lahir.
4. JAGAAN PRENATAL SANGAT PENTING
Ini adalah satu perkara yang teramat penting untuk menentukan keselamatan ibu dan bayi waktu kelahiran.
Kebetulan ketika isteri saya hamil, saya bertugas sebagai pegawai perubatan dijabatan obstetrics dan gynecology, hospital Muar tahun 1971 – 72.
Saya pastikan isteri saya pergi Klinik ibu mengadung ikut jadual.
Masa itu tak ada ultrasound scan, bayi dalam rahim diperiksa pakai tangan dan jantungnya didengar dengan corong fetoscope.
Pengedalian ibu-ibu hamil atas asas’ clinical acumen’. Sekarang teknologi moden telah banyak membantu. Setiap pemeriksaan akan disertai ultrasound scan dan kita dah ketahui tentang bayi termasuk jantinanya sebelum lahir.
Dalam satu sesi klinik antenatal, di Muar dulu, saya sering periksa 80 ibu-ibu hamil. Ibu-ibu yang hamil sebanyak 8, 10, dan 12 kali biasa saya temui. Mereka masih nak beranak dirumah dan disambut olih bidan kampung. Komplikasi sering timbul khususnya perdarahan lepas bersalin.
5. BAYI DALAM RAHIM BOLEH DENGAR
Setelah selesai pembentukkan jasad bayi dalam 3 bulan pertama. Allah tiupkan ruh pada bulan keempat, dan pada bulan kelima tendangan bayi dapat dirasai ibu.
Bulan keenam, Allah kurniakan pendengaran kepada bayi, dan bulan kelapan deria penglihatan.
Kalau lah saya tahu fakta-fakta ini pada tahun 1971, tentulah saya ajar bayi dalam rahim membaca Quran, Matematik, Sains dan cakap Bahasa Jawa dan Inggeris.
Saya sudah terlepas peluang pada semua 5 orang anak-anak saya.
Saya lihat anak bongsu saya sering mainkan tape bacaan quran ketika dia hamil dan ketika anak tidur selepas lahir. Semoga jadi anak-anak yang soleh.
Bayi dalam rahim paling aktif waktu malam. Terbaik ajar dalam setengah jam sebelum Ibu tidur.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan menambah ilmu buat semua ibu-ibu mengandung.