Jangan main dengan talak. Walaupun mungkin it hanya sekadar gurauan. Inilah bbahayanya bila ada suami yang merasakan perkataan itu sebagai ugutan untuk diberi peringatan kepada isteri.

Mungkin asalnya, ada suami yang hanya anggap itu untuk gurauan. Tapi sebenarnya jangan main dengan talak. Sekali terlafaz, ia tidak boleh ditarik balik. Macam-macam boleh risiko yang akan ditanggung nanti.

Sebagai suami pula, memanglah talak di tangannya. Tapi jangan main dengan lafaz itu. Baik untuk bergurau mahupun dijadikan ugutan sekalipun. Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata buruk padanya.

Inilah antara perkongsian daripada Peguam Syarie, Amalina Adam tentang apa yang dikatakan tentang talak atau lafaz cerai.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: “Bercerai Bukan Sebab Buku Klinik Koyak.” Ini Yang Bekas Suami Hadap

Isteri Fobia Takut LIPAS, 18 Kali Pindah Rumah Suami Buat Permohonan Cerai!

Info Lebih Menarik DI SINI

Jangan Main Dengan Talak

HARI HARI TALAK !

Saya hendak berkongsi suatu kisah yang mana ada seorang isteri datang kepada Saya untuk membuat aduan tentang sikap suaminya yang suka bermain dengan “talak”.

Salah sedikit saja pun akan diugut dengan “CERAI” atau “TALAK”. Lambat buka pintu rumah disebutnya “TALAK”. Masak kurang sedap pun diugutnya “TALAK”.

Ads

Dipendekkan cerita semua perkaralah diugut “TALAK/CERAI” jika suami tidak berpuas hati dengan sesuatu perkara. Isteri seorang yang bekerja dan bukan suri rumah sepenuh masa.

Suami pula tidak membantu dalam pengurusan rumah tangga termasuklah penjagaan anak-anak. Segala perihal di dalam rumah isteri yang uruskan. Suami hanya mengeluh penat bekerja sedangkan isteri pun bekerja juga.

Sejak berkahwin lagi sebenarnya tiada langsung sikap bertolak ansur dalam pengurusan rumah tangga sehinggalah pihak-pihak dikurniakan 2 orang anak perempuan.

Kerana Lewat 5 Minit

Dipendekkan cerita, isteri pernah diminta mengambil suami di pejabat, disebabkan hujan isteri memandu kereta secara perlahan. Suami menelefon isteri, Suami terus menyebut “lagi 5 minit kau tak sampai, aku bagi talak!”.

Memang taklah 5 minit sahaja nak terus sampai ke pejabat sebab hujan sangatlah lebat. Sebaik sahaja tiba di pejabat suami bekerja, dan suami terus berkata “aku tarik balik apa yang aku cakap tadi dan abaikan”. Isteri mengakui sangat jahil tentang talak, dan terus mengabaikan apa yang pernah suami lafazkan.

Kebanyakan talak atau cerai, memang suami akan menarik semula kata-katanya. Isteri beranggapan bahawa lafaz tersebut telah selesai. Isteri pernah meminta suami merujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang sikap suami yang suka menyebut talak/cerai tetapi suami enggan serta menafikan sekerasnya bahawa dirinya tidak perlu merujuk kepada mana-mana pakar.

Ads

Semasa sedang asyik mendengar radio di pejabat, isteri terdengar perbualan dari seorang rakan isteri ada berkata “Apabila suami melafaz talak, maka tak boleh lagi ditarik semula!”.

Ayat tersebut bermain difikirkan isteri sehingga berbulan-bulan lamanya. Perasaan takut menghantui diri isteri apabila mengenangkan banyak jumlah talak atau cerai dilafazkan oleh suami dan suami bertindak menarik semula lafaz-lafaz tersebut apabila mendapati isteri telah langgar.

Isteri mencuba berterus terang dan berbincang dengan suami tentang kata-kata rakannya di tempat kerja, tetapi suami berkata “bajet ustaz ustazah betul kawan kau!”. Suami sekerasnya menafikan tentang hukum talak.

Kali terakhir suami melafazkan talak kepada isteri tersebut apabila isteri menceritakan sekali lagi tentang hukum talak serta mengajak suami pergi ke mahkamah syariah bagi mengesahkan lafaz-lafaz cerai. Suami tersenyum dan terus menyebut “kau nak sangat semua talak sebelum ini tersabit kan?, baik. Aku ceraikan kau dengan talak 10!”.

Isteri tergamam dengan kata-kata suami itu serta tidak menyangka pula suami akan menyebut lagi tentang talak. Setelah itu, Isteri mengemas pakaian dan membawa anak-anak keluar dari rumah tersebut dan pulang semula ke rumah ibu bapa isteri. Ketika ini isteri sedang dalam proses memfailkan kes pengesahan lafaz cerai bersama peguam syarienya. – Waallahu’alam.

p/s : Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa majoriti para fuqaha berpendapat setiap lafaz taklik yang telah dilafazkan oleh suami terhadap isteri tidak boleh ditarik semula/dibatalkan.

Ads

Mingguan Wanita : Kalau suami yang tak fikir panjang, semua kata-kata dilepaskan. Jangan menyesal kemudian hari sudah!

Sumber: Amalina Adam
Peguam Syarie Utara

Baca Artikel Lain DI SINI: Kenapa Lebih Ramai Bercerai Dari Berkahwin? Peguam Amirul Akmal Kongsi Tip Suami Isteri Bahagia

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI