Bila bergelar suami, janganlah mensia-siakan isteri yang dahulu sanggup sehidup semati, sanggup redah onak dan duri. Sekali bila sudah menjadi hak milik, suami boleh lakukan apa sahaja hingga lupa apa yang dijanjikan sebelum ini. Jangan begitu.

Ada juga suami yang mula berubah bila merasakan isteri sudah menjadi haknya seratus peratus. Mulalah tunjuk belangnya yang dulu tak pernah naik tangan dan bercakap kasar. Kini, sudah mula bertindak sedemikian.

Sebenarnya, perubahan inilah yang membuatkan isteri mula tawar hati. Isteri bertahan sebab semuanya kerana anak-anak. Bayangkan, kalau isteri tidak kisah dengan semua ini, mahunya dah lama ada kes-kes penceraian. Jangan terkejut ye!.

Apa pun, sebagai seorang suami, janganlah sia-siakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan kepada isteri. Kena ingat, bila isteri mula tawar hati, sayang sudah tiada, yang ada hanyalah sebuah tanggungjawab sahaja.

Ikuti perkongsian daripada Dr. Redza Zainol ini.

IKLAN

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kalau Isteri Merungut Penat Bukan Sebab Tak IKHLAS Tapi Nak Suami Faham!

Selepas Dapat GAJI, Suami Utamakan Keperluan Sendiri Dahulu, Dituruti Isteri, Anak, KEMUDIAN Keluarga

Info Lebih Menarik DI SINI

Bila Sudah Jadi Suami

1) Dah jadi suami, jangan sekali naik tangan pada tubuh badan isteri.
Walaupun hanya sekali, hati isteri akan jadi sangat jauh dari kita. Nak rasa sayang pada suami pun susah, apatah lagi nak taat.

2) Dah jadi suami, jangan tipu isteri. Isteri kalau percaya suami, dia bagi sepenuh hati dia pada suami. Kalau dijaga hati isteri dengan kata yang baik dan benar, bahagialah keluarga.
Sekali kita tipu, bertahun nak dapatkan balik kepercayaan dia.

3) Dah jadi suami, jangan sekali guna perkataan buruk untuk hina isteri.
Bodoh, betina, b**i, ini semua perkataan yang buat isteri jauh dari kita. Rezeki pun susah nak singgah ke rumah kita.

4) Dah jadi suami, jangan curang. Kalau pada mata kita isteri dah tak cantik, usahakan supaya dia jadi cantik semula. Cukupkan keperluan asas dia iaitu makan, minum, rehat dan tidur isteri. Lepas tu, cukupkan barang-barang dia.

Tanyalah mana-mana wanita yang pernah hatinya hancur, perasaan dia pada suami takkan sama lagi.

Bila sampai masa dia kata dia dah tawar hati, maknanya hubungan tu tamat sampai situ saja.
Sebab isteri yang tawar hati ni dia dah tak rasa apa-apa. Sedih pun tak, marah pun tak, kecewa pun tak.

Dia cuma nak mulakan hidup yang baru.

MW: Sebab itulah, jangan sesekali buat isteri tawar hati. Sayang dan kasihnya akan terus dibawa pergi, yang tinggal hanyalah tanggungjawab.

Sumber: Dr Redza Zainol