Hubungan

Suami Jangan Berkira, Kedekut Nak Belanja Isteri Walau Ada Pendapatan Sendiri

Share

Suami yang bertanggungjawab tidak akan pernah berkira dan kedekut untuk membelanjakan isterinya. Sebenarnya rezeki yang diperolehi itu adalah kombinasi dari rezeki anak-anak dan isteri yang disalurkan melalui suami.

Suami Jangan Berkira, Kedekut Nak Belanja Isteri

Sering orang kata, “Rezeki anak-anak”… sebenarnya mereka terlupa tentang rezeki dari ‘membina masjid’ itu, iaitu rezeki perkahwinan dan rezeki dari isteri yang dikahwini.

Jadi, janganlah takut untuk belanja isteri. Kalau isteri nak belanja suami, Alhamdulillah!… jika tidak, kita belanja dia banyak-banyak! Lagi banyak kita belanja isteri, lagi banyak Allah curahkan rezeki dan menambahkan keuntungan buat kita, isteri pun pasti bertambah sayang!

Daripada si suami asyik belanja kawan-kawan nak menunjuk dia banyak duit, lebih baiklah belanja anak-anak dan isteri. Ada baiknya belanjalah isteri yang memang sah-sah milik suami.

Buat para isteri, maksud belanja isteri ialah bukan berbelanja boros dan suka menghabiskan duit suami, sehingga melampaui kemampuan suami. Sebagai seorang suami amatlah berkat berbelanja untuk anak dan isteri. Janganlah sesekali merasa takut habis duit atau menganggap perbelanjaan buat isteri itu satu beban yang memudaratkan. Selalu percaya, dengan berbelanja pada isteri, InsyaAllah! rezeki kita akan bertambah lagi.

Suami jangan kedekut dan berkira sangat dengan isteri sebab isteri buat macam-macam tugas untuk suami dan anak-anak di rumah. Isteri beranak anak kita, bagi susu pada anak pulak, basuh berak anak, jaga anak, basuh baju, masak makanan, buat air kopi, sapu sampah, kemas rumah, layan suami, dan macam-macam lagi.

Walau Ada Pendapatan Sendiri

Kan banyak kerja isteri buat tu! Asalnya isteri tidak wajib memasak, buat air, sapu sampah, basuh baju suami …. Tapi, apabila suami suruh, baru isteri wajib taat suami. Sebab tu isteri boleh minta upah dari suami. Oleh itu, mana-mana perempuan yang buat kerja rumah, dia berhak menuntut bayaran daripada suami dia. Dah banyak mana kena bayar?

Yang bagusnya suami bayar RM1500 sebulan pada isteri. Tu dah kira murah. Tengok pelayan di restoran, gaji katakan RM800, tapi dia tak masak pun, cuma ambil oder saja. Tukang sapu, gaji RM600 cuma sapu sampah je. Orang gaji jaga anak saja, kena bayar RM500. Dah berapa dah jumlah tu. .

Tapi kerje-keje tu semua isteri sorang yang buat. Jadi sebab dah tahu ni, nanti para isteri bolehlah cakap pada suami, “Ustaz Azhar kata boleh mintak upah dengan suami. Jadi saya nak la dalam RM1500 sebulan…”

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Baca artikel berkaitan: Jangan BERKIRA & Kedekut Nak Belanja Anak, Rezeki Mak Ayah Datang Dari Mereka, Raikan!

Suami KEDEKUT Pada Isteri, Anak Tapi PEMURAH Dengan Kawan, Jangan Sampai Isteri Tawar Hati!

Suami Tak Kedekut Belanja Keluarga, Isteri Akan Rela Keluar Duit Untuknya

Published by
Has