Suami Isteri Yang Masih Menanti Zuriat Sila Betulkan Cara Berdoa, Biar Lebih Tenang Dan Ikhlas Ketika Submit Kepada Allah

Share

Jodoh, zuriat, rezeki dan kematian itu kekal menjadi rahsia Allah. Kita takkan pernah tahu urusan nikmat dan ujian itu, sampailah keempat-empat itu sampai kepada kita.

Kerana misterinya 4 perkara inilah yang membuatkan manusia telah Allah bekalkan dengan senjata, iaitu doa. Berdoa sajalah membolehkan kita menikmati keempat-empat perkara ini.

Tuhan tidak berikan serentak. Sebaliknya, bergantung pada ujian hidup setiap hambaNya. Kenapa? Sebab tuhan nak tengok sejauh mana hambaNya itu bersyukur dan meletakkan pergantungan diri padaNya.

Mudah bukan? Tapi tak semudah pada hamba-hambaNya yang sedang diberikan ujian. Ujian kekentalan hati ini turut dialami pasangan suami isteri, Abdul Basit bin Abdur Rahim Nasution dan Liyana Akmal.

Lebih 6 tahun 5 bulan selepas mendirikan rumah tangga, Pengarah Urusan Byond Success ini menanti kehadiran cahaya mata.

Menurut Liyana, rahsia sebenar berdoa itulah yang mengalirkan nikmat cahaya mata yang selama ini mereka nanti. Dalam pada itu, Abdul Basit berkongsi bagaimana dengan cara menjaga KUNCI rezeki menjadi rahsia rezeki buat mereka berdua.

Ketahui Rahsia Sebenar Berdoa

Satu ketika dulu saya selalu berdoa, “Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.”

Setiap hari. Dan saya manusia biasa, saya kecewa. Saya stress doa tidak dimakbulkan Allah.

Hinggalah satu ketika Allah izinkan saya diajarkan satu DOA YANG LUAR BIASA oleh seorang ustaz ni.

Kalau selama ni kita hanya minta pada Allah sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai.

Ultimate nikmat iaitu kecintaan dan rahmat Allah pada kita. Hubungan yang luar biasa. Maka ustaz tu ajarkan saya, alter doa saya.

Tukar Cara Meminta Doa

Sejak itu, bila saya mula tukar cara doa begini saya lebih bahagia dan redha. Sebab matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada Allah yang memberikan nikmat itu.

Jadi kita lebih tenang dan redha serta ikhlas pada doa yang kita submit pada Allah. Beginilah lebih kurang doanya.

Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya Allah..”

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..”

Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya Allah..”

Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku. Amin

Jika Dah Diberikan Nikmat Dan Diuji, Refresh Balik Doa Kita Dulu

Struktur doanya lebih kurang begini. Jadi mungkin ilmu doa yang saya share ni dapat sama-sama kita upgrade cara kita berdoa. Nak doa untuk mohon nikmat apa pun.

Jadi, kalau Allah makbulkan doa kita dan kita diuji dengan nikmat itu kita kena refresh balik doa kita dulu. Asbab ujian itulah yang mendekatkan kita padaNya.

Dan kalau doa kita belum termakbul sekalipun, atas asbab itulah Allah reservekan doa itu untuk menjaga dan memelihara pandangan dan hubungan kita dengan Dia, Allah Yang Maha Mengetahui.

Jadi kita kena belajar untuk redha.

Insya Allah, saya hanya menyampaikan sedikit perkongsian seorang guru yang saya kira kita boleh amalkan dan upgrade life kita untuk jadi lebih ikhlas dan redha.. insya Allah.

Semua doa hanya Allah sahaja yang layak menilainya. Ustaz ni mendidik saya untuk menjaga hati terlebih dahulu. Membetulkan hati dan menjaga ibadah kita ikhlas dengan Allah.

Urusan memakbulkan bukan tugas kita. kita sebagai hamba meminta sahaja,memakbulkan doa adalah kerjaNya.

Demikianlah yang dikongsikan oleh Liyana Akmal. Seorang ibu yang tak pernah berhenti berdoa untuk suami dan anak-anaknya.

Syurgalah buatnya. Aminn..” Demikian doa suami untuk isteri tercinta.

Jaga Kunci Rezeki

Menurut Abdul Basit, mereka menanti kehadiran zuriat lebih 6 tahun 5 bulan. Ia bukanlah waktu yang sekejap kerana pelbagai usaha telah mereka lakukan.

Sehinggalah satu ketika, saya buat keputusan ingin memberikan hadiah kepada Abuya (panggilan ayah) buat pertama kalinya dalam hidup saya.

Saya berikan pada hari lahir beliau 22 Februari 2017, pada usia abuya 64 tahun.

Sebuah kereta yang ada nama saya pada kereta tersebut, plate kereta WB451T. Bermaksud walid basit, iaitu ayah saya sendiri (Ustaz Abdur Rahim).

Selang satu minggu selepas tarikh kami berikan hadiah ini, Puan Liyana di sahkan mengandung.

Allah.. ini rupanya rahsia rezeki.. bila kita menjaga KUNCI Rezeki itu sendiri. Benarlah, jika mahu redha Allah. Kejar redha ibu dan ayah. Maka, segala isi dunia Tuhan boleh berikan.

Siapalah kita mahu menidakkan rahsia rezeki ini, gandakan lagi usaha kita menjaga Kunci Rezeki itu terlebih dahulu.

Kini, nama anak ini kami namakan Abdul Fateh Bin Abdul Basit. Hamba Allah yang membawa kemenangan. Pada 27 November lalu, genaplah 46 hari umur bayinya.

Moga perkongsian ini memberi inspirasi buat mereka yang menantikan rezeki cahaya mata bersama pasangan.

Sumber/Foto/Video : Facebook Abdul Basit

 

Published by
Netty Ah Hiyer