Suami isteri terkorban nahas jalan raya, anak tak sangka ibu bapa rancang buat kejutan hari lahir. Anak sulung kepada pasangan suami isteri yang meninggal dunia akibat kemalangan di Kilometer 43, Jalan Gua Musang-Lojing pada 2 Jun lalu tidak menyangka ibu bapanya merancang kejutan pada hari lahirnya yang ke-15 selepas pulang daripada Ipoh, Perak.
Suami Isteri Terkorban Nahas Jalan Raya, Anak Tak Sangka Ibu Bapa Rancang Buat Kejutan Hari Lahir
Qaisara Damia (dua dari kanan) sebak menceritakan kejadian yang berlaku ke atas kedua ibu bapanya.
Qaisara Damia Ridwan Effendy, 15, hanya mendapat tahu rancangan bapanya bersama ahli keluarga lain termasuk adiknya selepas kemalangan berlaku.
“Rupa-rupanya papa sudah membeli kek hari jadi dan disembunyikan di bonet belakang. Saya hanya melihat kek yang sudah hancur selepas kereta terbabas,” katanya.
Qaisara Damia memberitahu pemberita ketika menerima kunjungan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong 1, Datuk Burhanuddin Ruslan dan guru di kediaman neneknya, Wan Rahani Wan Zain, 67, di sini pada Ahad.
Hadir sama, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid sekolah berkenaan, Muhamad Amali Arifin.
Menurut Qaisara Damia, hari lahirnya jatuh pada 1 Jun tetapi ibu bapanya mungkin merancang majlis hari lahir sebaik mereka sekeluarga tiba di Kota Bharu.
Katanya lagi, mereka ke sebuah hospital di Ipoh, Perak kerana ibunya perlu menerima prosedur rawatan kerana mengandung anak kembar.
Sebelum itu, ibunya menerima rawatan di hospital Kota Bharu dan dirujuk ke hospital Kuala Lumpur sebelum ke hospital di Ipoh.
Berkongsi perjalanan terakhir bersama bapa dan ibunya, Qaisara Damia memberitahu, bapanya sempat berpesan supaya dia tidak meninggalkan solat dan menjaga adiknya, Akid Darwisy Ridwan Effendy, 9.
“Ketika dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu, papa juga ada berpesan supaya kami tinggal bersama nenek,” katanya.
Ads
Sebagai anak sulung, Qaisara Damia kini semakin boleh menerima pemergian kedua ibu bapanya dan sentiasa mendoakan mereka bersama orang yang beriman.
“Cuma adik masih lagi memanggil papa dan mama dalam tidurnya. Saya harap semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan, dalam kejadian jam 9.35 pagi pasangan suami isteri, Ridwan Effendy Yusof, 43, bersama isteri, Suhana Khairudin, 37, yang hamil enam bulan maut di tempat kejadian.
Dua anak pasangan terbabit, Akid Darwisy dan Qaisara Damia mengalami luka di bahagian kaki dan mulut.
Sementara itu, Burhanuddin memberitahu, sumbangan sebanyak RM2,000 daripada warga sekolah dan orang ramai disalurkan melalui PIBG bertujuan membantu dua beradik yatim piatu itu.
Burhanuddin (tiga dari kiri) menyampaikan replika cek kepada Qaisara Damia.
Katanya, Arkid Darwisy merupakan murid SK Mulong 1 manakala kakaknya pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mulong.
Ads
“Bantuan ini tidak berakhir di sini kerana orang ramai boleh terus memberikan sumbangan melalui tabung PIBG. Kita juga bersedia menjadi pemudah cara kepada mana-mana pihak yang mahu membantu dua anak ini sehingga mereka berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Burhanuddin turut memaklumkan, kunjungan juga akan berterusan bagi melihat keperluan dua beradik tersebut berkenaan.
Cantiknya anak dara pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar!
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bukan mudah untuk memiliki cahayamata apatah lagi jika sering mengalami masalah keguguran.Siapa sangka dalam tempoh 11 tahun usia perkahwinan Dato’ Fazley Yaakob dan Datin Azrene Soraya Ahmad Aziz, isterinya pernah mengalami keguguran hampir 10 kali!
Namun alhamdulillah, meskipun kerapkali mengalami keguguran sepanjang tempoh tersebut, pasangan ini telah dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Penantian sekian lama, akhirnya mereka dikurniakan dengan rezeki kehadiran anak perempuan, Alayna Selma pada Oktober lalu.
Perkara ini didedahkan oleh Dato’ Fazley sendiri didalam posting instagram yang miliknya.
“11 tahun perkahwinan di antara saya dan @azrene_ahmad kami di kurniakan 3 anak lelaki, keguguran hampir 10 kali dan akhirnya tiba anak perempuan bongsu #Ellie #AlaynaSelma Syukur pada Allah!”
Pengalaman Serba Baru
Ternyata kehadiran puteri kesayangan Alayna Selma (2 bulan) atau lebih mesra digelar Ellie adalah suatu rahmat buat pelakon, chef selebriti, motivator dan usahawan berjaya ini.Mana tidaknya,Dato’ Fazley cukup teruja dengan kehadiran Alayna Selma yang juga anak keempat pasangan ini menjadi penyeri buat kehidupan mereka sekeluarga, yang sekian lama menantikan kehadiran anak perempuan setelah dikurniakan dengan tiga orang anak lelaki, Ahmad Fariedz Shah (Payish)9, Ahmad Fieradz Shah (Piyash),8, dan Ahmad Firudz Shah (Piyush),6. Keluarga bahagia ini , kini lengkap ber-6!
Bagi Dato Dazley, keterujaan dan pengalaman memiliki anak perempuan ternyata berbeza daripada memiliki anak lelaki.Perkara ini turut di kongsikan didalam posting intagram beliau;
“Kata orang2 tua, bila dapat anak perempuan semuanya pengalaman serba baru, saya anak lelaki 3 orang, yang bongsu ni barulah perempuan. Memang ternyata berbeza #AlaynaSelma #EllieFazley”
Alhamdulillah dan tahniah buat Dato Fazley sekeluarga diatas kehadiran puteri kesayangan, Alayna Selma. Semoga keluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kebahagiaan selama-lamanya. Buat wanita lain, yang sering mengalami masalah keguguran, jangan berputus asa,bersabar dan teruslah berusaha.Insya Allah, akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata suatu hari nanti.
Mahkamah Arah Amelia Henderson Bayar Lebih RM200,00. Pelakon Amelia Henderson diarah oleh Mahkamah Sesyen Sivil hari ini membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn Bhd.
Seperti mana dipetik menerusi Berita Harian, selain membayar wang tersebut Amelia juga perlu memohon maaf dan memadam video mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.
Mahkamah Arah Amelia Henderson Bayar Lebih RM200,000
Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan perkara tersebut ketika prosiding berlangsung pagi tadi.
Untuk rekod sepanjang perbicaraan bermula 1 November 2022, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk Datuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia memberi keterangan.
Seperti yang dilaporkan ketika perbicaraan, Pengurus Produksi A Aida Production, Fazeyla Ahmad dilaporkan memberitahu mahkamah, syarikat itu terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dibuat Amelia.
Nafi Langgar Kontrak
Pelakon Amelia pula tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika menerima tawaran untuk membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.
Amelia dan dan seorang lagi pelakon, Idris Khan, berdepan tindakan saman daripada A Aida selepas didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani.
Dek kerana itu A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali, Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara itu ke muka pengadilan.
Namun saman antara A Aida dan Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk dibicarakan.
Daphe Iking rancang semuanya terlebih dahulu supaya senang untuk jaga rambut! Betul juga ya, mak-mak yang sering masak tu mesti hilang selera untuk makan kan?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang cukup membimbangkan, apabila kes baharu dalam negara hari ini melonjak kepada 5,725 kes, sekali gus merupakan angka tertinggi dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 203,933 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang memuat naik statistik itu di media sosial, berkata kes kumulatif jangkitan COVID-19 di negara ini sebanyak 203,933.
Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, tujuh kes import mendapat jangkitan dari luar negara manakala sebanyak 5,268 kes adalah penularan tempatan.
Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula merekodkan sebanyak 45,478 kes.
“Sebanyak 16 kes kematian turut dilaporkan dan jumlah kes kematian Covid-19 di Malaysia mencatatkan 733 kes.
“Selain itu, terdapat 3,423 kes sembuh hari ini dan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 157,722 kes,” katanya.
16 Kes Kematian
Ujarnya lagi, sebanyak 301 kes kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 115 memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 16 kes kematian dicatat menjadikan jumlah keseluruhan 733 kematian setakat ini.
Pada masa sama, sebanyak 3,423 kes sembuh direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 157,722 kes atau 77.34 peratus.
Trend jangkitan COVID-19 di Malaysia jelas menunjukkan peningkatan yang agresif.Sebelum ini diramalkan menjelang bulan Mei 2021, peningkatan kes harian boleh mencecah sehingga 8,000 kes.
MW: Memang risau kes semakin meningkat, walaupun pelbagai usaha bagi mengekang penularan virus ini telah dilaksanakan. Apa yang penting kita usaha untuk menjaga diri sendiri, patuhi SOP yang ditetapkan, jaga kebersihan diri dan elakkan berada di tempat sesak mahupun ramai.