Betapa ceteknya pemikiran mak ayah apabila sanggup menjual anak sendiri yang masih kecil, demi mendapatkan kehendak diri.
Sepasang suami isteri di Bengal Barat, India ditahan kerana menjual bayi lelaki mereka berusia lapan bulan demi membeli telefon pintar iPhone 14 untuk merakam video ketika melancong.
Sanggup Jual Anak Sendiri
Media tempatan melaporkan, pasangan itu terlalu taksub dengan model terbaharu Apple sehingga sanggup menjual anak kecil mereka untuk mendapatkan peranti itu.
Tingkah laku Jaydev dan Sathi Ghosh menarik perhatian jiran mereka yang menetap di North 24 Parganas apabila pasangan itu membeli iPhone 14 dan pergi melancong untuk merakam video. Mereka tahu kedua-duanya tidak mampu untuk membeli telefon pintar yang begitu mahal, yang berharga sekurang-kurangnya 100,000 rupee (RM5,515).
Jiran Curiga Kehilangan Bayi
Sebelum ini, pasangan itu dikatakan mengalami masalah kewangan untuk menjalani kehidupan.
“Jadi, perubahan drastik itu menyebabkan jiran pasangan itu mengesyaki sesuatu yang tidak kena.
“Malah, mereka mula curiga selepas menyedari kehilangan bayi pasangan itu secara misteri namun Jaydev dan Sathi tidak menunjukkan rasa bimbang,” jelas laporan itu.
Rakam Video Ketika Melancong
Jiran pasangan itu melaporkan kepada pihak berkuasa mengenai kehilangan anak kecil tersebut selepas gagal mendapat penjelasan sebenar daripada Jaydev dan Sathi.
Ketika siasatan polis, Sathi mengaku menjual bayinya kepada seorang wanita agar dia dan suaminya boleh membeli iPhone 14 dan merakam video melancong sekitar Bengal untuk dimuat naik dalam laman Instagram.
Polis berjaya menyelamatkan bayi itu daripada seorang wanita dikenali sebagai Priyanka Ghosh yang tinggal di kawasan Khardah.
Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tujuh tahun dan didakwa cuba menjual kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.
Selain didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia, Sathi dan Jaydev juga menghadapi tuduhan penyalahgunaan dadah.
Mesti Baca:Ibu Bayi 9 Bulan Kongsi Detik Cemas Anak Diculik Dari Rumah Pengasuh & Dijual Kepada Sindiket
Baca Lagi Di Sini:Bayi, Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun ‘Dibayar Gaji’ Ceriakan Penghuni Warga Emas!
Artikel Menarik:Pasangan Kekasih Ditahan, Cubaan Jual Anak Kembar Dalam Talian Berharga RM15 Ribu
Mingguan Wanita: Macam-macam hal. Demi nak rakam video cantik ketika melancong, sanggup jual anak sendiri. Apa nak jadi mak ayah begini. Tak fikir panjang untuk masa depan anak.
Sumber: Utusan, The Straits Times
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI