Jalani hidup sebagai suami isteri usahlah terlalu berkira. Ada masa suami senang, isteri pula diuji dengan bermacam ujian. Dan jadi sebaliknya pula, ketika isteri hati gembira, suami pula sesak kewangannya.
Pesanan yang buatkan rezeki suami isteri tak surut ini dikongsikan Rosmarlina Binti Abd Gani dan inilah rahsia hubungan rumah tangga kekal bahagia.
Pesanan Untuk Suami Isteri Bina Rumah Tangga Bahagia
*amaran… Coretan agak panjang harap sudi baca sampai habis
UNTUK ISTERI
1. Jangan Berkira Dengan Suami Sendiri
Bantu mana yang perlu, supaya berat sama dipikul ringan sama dijinjing dan lakukan semua itu niat kerana Allah Taala.
Contoh Pertama : nampak suami lepas makan lupa nak basuh pinggan dan cawan sendiri, kita bangun basuhkan, niat kerana Allah Taala, nampak simple tapi banyak pahalanya.
Boleh je kita kata pada suami, basuh lah pinggan dan cawan tu bukan banyak pun, tapi kita tak berkira pun. Terus aja basuhkan. Sebagai isteri boleh je kita nak membebel ke, nak marah ke sebab bende kecik ni pun boleh jadi Isu kan. Tapi Allah nak datangkan pahala tu pada pinggan yang kita basuh untuk suami kita.
Contoh kedua : Di dalam situasi memberi hutang pada suami, kita ada duit or gaji sendiri, tiba-tiba satu bulan tu kereta rosak dan perlu kos yang tinggi, suami pun minta bantuan tampung sedikit, kalau jenis nak berkira, boleh aja kata tak mahu kasi pinjam, namun sebalik rezeki kita dapat tu kita kena fikir ada rezeki orang lain juga.
Sama-sama meringankan beban, pasti lepas tu suami akan nampak pengorbanan kita dan sikap tak berkira tu.
2. Tenung Wajah Suami Bila Dia Sedang Lena Tidur
Wajah sedang tidur itulah wajah paling jujur, di sebalik penat berkerja seharian untuk isteri dan anak-anak, masa nilah kita sebagai isteri doa banyak-banyak supaya Allah jagakan suami kita, panjangkan umurnya dan berkatilah Rezeki yang dibawa untuk kita.
Lihat Wajah suami dengan penuh kasih sayang, pahala berganda juga kita akan dapat, SubhanAllah.
3. Salam Suami Erat-erat Setiap Kali Dia Keluar Rumah
Kita tak tau banyak mana atau lama mana kita ada masa denga suami kita, masa suami nak keluar rumah salam erat-erat dan cium tangan suami dan doakan yang baik-baik untuk suami dan doakan supaya selamat pergi dan balik ke rumah.
Ads
Ucap Alhamdulillah jika suami selamat pulang ke rumah.
4. Hargai Bicara Cinta Dalam Pelbagai Cara
Ada suami tidak pandai berkata-kata indah atau guna ayat jiwang untuk gembirakan isteri, namun kita sebagai Isteri kena peka bicara cinta ” SENYAP” itu, bicara cinta tanpa kata-kata, namun dengan perbuatan ” ACTION”.
Contoh : bawa keluar jalan-jalan, belikan makanan feveret isteri, ehsan pada isteri dengan menolong buat kerja rumah atau jagakan anak-anak. Beri Hadiah hari jadi dan lain-lain.
5. Jaga baik-baik, jika dapat suami ringan tulang membantu kerja-kerja rumah, kerana spesis ini sangat ‘rare’ sekarang.
6. Berterus terang jika ingin kan pertolongan suami, jangan guna ayat berkias-kias , cakap saja direct supaya suami jelas dan paham.
Ads
UNTUK SUAMI
1. Suami kena faham atau redho layanan sebelum ada anak, dan selepas ada anak 1, 2, 3 atau 4 akan berbeza sedikit, kerana tugas dan tanggungjawab isteri dah makin berat dan besar.
Jangan bandingkan masa baru khawin dan situasi sekarang kerana anda akan memburukkan lagi keadaan dan akan membuat isteri makin stress dan makin down.
2. Jaga baik-baik isteri anda, jika isteri itu sanggup bersusah payah lahirkan anak yang ramai untuk suami. Pengorbanan paling besar oleh isteri sebab melibatkan nyawa.
3. Bersabar dengan isteri yang kadang-kadang kurang akalnya ketika marah dan sangat penat, isteri tidak akan tarik muka atau marah-marah jika suami pandai ‘tackle’ mood isteri. Sesungguhnya isteri juga tahu erti penat dan Isteri juga tidak lepas dari berbuat silap.
4. Tegur isteri dengan kata-kata nasihat yang lemah lembut dan bukan tegur dengan kasar depan anak-anak.
Pujian Suami Itulah Buat Mood Isteri Jadi Ceria
5. Pandai UP ( puji) isteri depan anak-anak supaya anak-anak punya persepektif yang baik tentang ibunya. Sekali suami puji percayalah satu hari tu isteri akan baik mood nya.
Sesungguhnya mood ceria di dalam rumah itu banyak pergantungannya pada mood seorang isteri/ibu.
6. Jangan down kan isteri atau kutuk isteri depan anak-anak. Ni sangat deep, jangan buat isteri terasa hati sebab isteri akan rasa down dan sedih serta tak mustahil isteri akan berendam air mata.
Ads
7. Jangan beratkan tugas isteri, kena masak nasi panas-panas, lauk kena lain-lain tiap-tiap kali makan. Bertolak ansurlah bab makan-makan ni, jika ada lauk lebih boleh saja dipanaskan lagi dan isteri tidak perlu memasak terlalu kerap.
Sangat membantu jika isteri bekerja atau sibuk dengan anak yang masih kecil.
Pesanan Untuk Suami/Isteri
Jangan pernah ungkit atau bandingkan siapa lebih penat uruskan keluarga, sesungguhnya suami atau isteri itu ada tanggungjawab dan ada pengorbanan masing-masing.
Bahagia itu terletak di tangan anda sendiri dan semua itu datangnya dari Allah SWT.
Sebaik-baik suami adalah suami yang indah akhlaknya pada isteri dan anak-anak.
Dan…..
Sebabkan Nabi Muhammad SAW pernah berkata wanita lebih ramai di dalam Neraka Jahanam, Nabi berpesan 2 perkara; 1. Banyakkan Istighfar ( bertaubat) 2. Banyakkan Sedeqah
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri kan, gaduh sikit-sikit tu biasalah takkan nak elok saja, suami/ isteri itu adalah hadiah yang terbaik untuk kita, Allah dah tetapkan. Hargailah selagi ada di depan mata.
Peringatan buat saya sendiri dan mungkin untuk anda di luar sana juga. InsyaAllah.
Sekadar Coretan Ros Osaka Jepun 13 Aug 2019 10:35 a.m.
Suami kantoi curang selepas 13 tahun berkongsi hidup, isteri tak marah, malah mahu nikahkan suami dengan skandalnya.
Ternyata wanita ini cukup matang berdepan dengan ujian berat ini. Sebagai isteri tentu saja dia berasa kecewa, namun pasti tindakan ini diambil setelah dia fikir masak-masak untuk kebaikan bersama.
Suami Kantoi Curang
Seorang isteri di Jakarta, Indonesia yang berjaya menangkap suaminya yang berlaku curang dengan wanita lain bertindak mengahwinkan si suami dengan wanita tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.
Luahan hati wanita itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun TikTok dengan nama @ayuerizky_ramadhani.
Selepas 13 Tahun Berkongsi Hidup
Menurutnya, mereka sudah berkahwin selama 13 tahun, namun suaminya berlaku curang dengan seorang wanita sejak dua tahun lalu.
“Dia mempunyai perempuan simpanan, namun baru terbongkar selepas dua tahun,” demikian kenyataan yang dimuat naik bersama klip video tersebut.
Sakit yang paling sakit selain sakit gigi adalah sakit hati. Kalau luka boleh dirawat dengan ubat, tapi luka di hati apa penawarnya. Salah satu yang buat kita geram tentu-tentulah suami, kawan-kawan atau adik-beradik jenis yang tak reti nak angkat phone cepat-cepat. Paling parah bila time tulah kita nak buat panggilan penting.
Geramnya sampai rasa macam nak sumpah seranah suruh ‘campak phone dalam longkang!’ “buang kat tingkaplah!, ”’baik tak payah pakai phone’. Semua kata-kata tu mesti pernah anda ungkapkan masa tengah membara.
Ha.. ini tip buat anda tangani orang-orang jenis yang tak reti angkat phone ni. Tak adalah seratus peratus tepat, tapi boleh dipraktikkan demi ketenangan sebuah hati.
Cuba 5 Cara Redakan Rasa Sakit Hati, Moga Berkesan
1. Jangan Salah Waktu
Memanglah kalau waktu emergency tu dia tak ada waktu tertentu. Tapi kalau saja-saja nak tanya khabar atau stoking letak dekat mana, sebaiknya cubalah pilih waktu yang sesuai.
Jangan telefon waktu maghrib, menjelang tengah malam, waktu tahajud jauh sekali. Anda pun tak sukakan bila privacy waktu dicerobohi. Waktu paling baik adalah jam 10 pagi dan sebelum masuk tengah hari. Petang selepas jam 2 dan malam antara jam 8 ke 10 malam.
2. Gunakan Telefon Rumah/Pejabat
Rata-rata daripada pengguna telefon bimbit, mereka tak akan angkat telefon kalau panggilan itu dari nombor yang mereka tak kenali (terutama no. telefon bimbit).
Bagaimanapun, ada kajian yang dijalankan pengguna phone akan mengangkat nombor sekiranya panggilan itu dari nombor rumah atau pejabat. Barangkali mereka tahu itu panggilan yang penting.
3. Tak Perlu Takut Guna Voicemail
Kadang kala voice mail membantu anda mendapatkan kembali suami, adik-beradik atau kawan-kawan yang mahu anda hubungi dalam masa terdekat.
Tak perlu panjang berjela, cukuplah berikan nama anda dan tujuan anda buat panggilan sebelum minta dia hubungi anda semula.
4. Guna Saja Apa Jenis Komunikasi Yang Anda Tahu
Sekarang ini dah canggihkan, kita ada WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram, E-mel malah Telegram. Gunakan semua kemudahan itu. Bunyinya macam kelakar, tetapi ia berkesan.
Pernah juga berlaku musibah pada seseorang dan dia tak dapat menghubungi waris terdekat (kerana kegagalan mengangkat phone), dia gunakan Facebook untuk mencari orang itu dan dalam masa yang singkat maklumat itu sampai kepada individu yang dicarinya.
Tapi pastikan, maklumat itu benar-benar penting. Janganlah kerana anda tak dapat mencari suami yang mana anda hanya mahu memesan membelikan setin sardin… membuatkan anda memaklumkannya di Facebook. Oh, itu bunyinya cukup kelakar. Anda juga nanti yang kena troll dengan netizen. Jadi berhati-hati semasa menggunakan teknologi yang terlalu canggih ini ya!
5. Tahu Dengan Siapa Si Dia Keluar
Katakan ketika itu suami anda ada kerja luar. Tanyakan padanya dia pergi dengan siapa dan minta nombor telefonnya. Suami barangkali akan mentafsir anda sebagai jealous, cemburu tak kena tempat dan busy body. Tapi terangkan sejelas-jelasnya alasan anda.
Katakan anda bimbang jika berlaku sesuatu di rumah dan anda gagal menghubunginya. Teman itu boleh menjadi orang tengah yang membantu. Katakan juga kebimbangan anda tentang keselamatannya. Soal cemburu dia perlu letak ke tepi. Hairan juga ya, kenapa suami selalu bersangka isteri yang menghubunginya ketika mereka keluar sebagai tindakan ‘spy’ ke atas dirinya.
Isteri yang sayangkan anda yang bertanyakan perihal anda di luar bukanlah jenis yang cemburu, tetapi dia cuma mahu memastikan anda selamat dalam menjalani urusan anda. Tak lebih dari itu. Titik!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak kalau tak buat mak marah atau bebel memang tak sah. Ada saja yang menaikkan darah mak. Mak garang, jerit takutnya pada waktu itu saja. Lepas tu, mulalah datang menepel, nak minta susu la, nak makan dan sebagainya.
Itulah kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sanggup bergadai nyawa. Kalau sudah bergelar mak ayah, anak tak dengar dan mula buat perangai, marah kita hanya sekejap saja. Demi untuk kebaikan dan elak ulang perkara yang boleh membuatkan mak marah.
Tanyalah rata-rata mak di luar sana. Bila mak garang, bebel mahupun jerit pada anak, kasihnya tetap utuh dan apa pun anak tetap cari maknya.
Tapi, kalau dengan ayahnya, sebut nama ayah pun diorang dah mula rasa takut. Dari nak buat nakal terus tak jadi. Pelik juga.
Walaupun peranan mak ayah ini berbeza tapi matlamatnya tetap sama, mahukan mereka menjadi anak yan cemerlang, berjaya dunia dan akhirat.