Pasangan suami isteri perhubungan jarak jauh (PJJ) antara golongan yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila mereka tidak dibenarkan merentas negeri.
Sedar dengan hakikat ini, suami isteri PJJ boleh merentas negeri untuk jumpa pasangan, namun perlu dapatkan kebenaran polis terlebih dahulu bermula Rabu ini.
Mulai Rabu pasangan suami isteri jarak jauh yang berada di lokasi di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibenar merentas negeri untuk pulang berjumpa pasangan masing-masing.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Isnin, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran itu namun pasangan terbabit perlu mendapat kebenaran polis terlebih dahulu.
“Atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM), kerajaan setuju untuk membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri bertemu keluarga masing-masing dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan polis.
“Sama seperti yang lain-lain, kalau ada kes kecemasan memang kita benarkan tetapi perlu maklum kepada polis dan dapatkan kebenaran terlebih dahulu,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan PKP di sini pada Selasa.
Baca Juga Di sini:
Tidak Semua Rumah Tangga Sempurna, Ada Pasangan Perlu Struggle Lalui Kesusahan Bersama
Tak Perlu Malu Kalau Nak Bermanja Dengan Pasangan, Barulah BAHAGIA Sampai Bila-Bila
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini.
Bagaimanapun, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menasihatkan mereka yang bergejala sama ada mendapatkan rawatan terlebih dahulu, membuat saringan atau sebaik-baiknya menangguhkan perjalanan sehingga sihat.
Ismail Sabri juga berkata, seramai 482 individu ditahan kerana ingkar arahan PKP pada Isnin dan daripada jumlah itu, seramai 444 orang dikompaun manakala 38 lagi direman.
“Antara kesalahan direkodkan tiada penjarakan fizikal (123), tidak memakai pelitup muka (114), gagal menyediakan peralatan, tidak merekod butiran diri pelanggan (72), rentas daerah dan negeri tanpa kebenaran (53) dan lain-lain (120),”
katanya. – Bernama.MW: Berita ini tentu memberi kesan baik kepada pasangan yang tinggal berjauhan. Terlalu lama berjauhan tentu sahaja tentu memberi kesan kepada emosi kepada pasangan dan juga kepada anak-anak.
Sumber: Sinar Harian Online/ Bernama