Suami Isteri Namakan Kesemua 11 Anak Hanya Guna Abjad A, E, L & X

Share

Setiap pasangan suami isteri pastinya ada cara tersendiri dalam memberi nama pada setiap kelahiran anak. Kreativiti dan keunikan nama yang boleh memberi kelainan tersendiri dalam keluarga.

Guna 4 Abjad

Sepasang suami isteri di Belgium menamakan kesemua 11 anak mereka hanya dengan menggunakan empat abjad yang diubah suai secara berbeza, lapor akhbar The Sun semalam.

Gwenny Blanckaert and Marino Vaneeno hanya menggunakan abjad a, e, l dan x dalam kesemua nama anak-anak mereka yang terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki.

Anak sulung mereka yang berusia 13 tahun bernama Alex, dan diikuti dengan Axel, 12; Xela, 11; Lexa, 10; Xael, 9; Xeal, 8; Exla, 5; Leax, 4; Xale, 2; Elax, 1 dan Alxe, enam bulan.

Sasarkan 12 Anak

Mereka juga dijangka menimang cahaya mata yang ke-12 pada April tahun depan.

“Kami menamakan anak sulung sebagai Alex bersempena dengan nama bapa tiri Vaneeno kerana berasakan ia adalah nama yang indah.

“Anak kedua kami kemudiannya dinamakan Axel sebelum kami mula ‘bermain’ dengan empat abjad tersebut untuk menamakan anak-anak yang lain,” kata Blanckaert.

Tambahnya, selepas melahirkan anak ke-12 pada tahun depan, dia dan suaminya berhasrat untuk tidak lagi mempunyai anak yang lain.

“Sejak awal lagi kami telah menetapkan sasaran untuk memiliki 12 orang anak. Apabila kami duduk di sekeliling meja bersama 12 orang anak, ia bererti keluarga ini telah lengkap,” ujar Blanckaert.

Baca Lagi Di Sini;

Ayah Namakan Anak Ke-19 Baru Lahir, ‘Cukuplah’

Bayi KEMBAR 9 Pecah Rekod Dunia Semakin Sihat, Siap Sedia Pulang Ke Rumah!

Harap Anak Jadi Ahli Linguistik, Ayah Letak Nama ‘ABCDEFG HIJKL ZUZU’

Mingguan Wanita: Kreatif sungguh suami isteri hanya guna 4 abjad untuk olah kesemua 11 nama anak-anaknya.

Sumber: Kosmo

Mingguan Wanita juga boleh diikuti di

YouTube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita

Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita

Published by
Suhaidah Abd Wahab