Suami isteri kalau nak rumah tangga harmoni, lebihkan ‘memberi’ berbanding ‘menerima.’ Perkahwinan adalah sebahagian daripada liku-liku kehidupan yang dilalui oleh kebanyakan umat manusia. Dalam perkahwinan juga terdapat makna tersirat, kebaikan, faedah dan hikmah yang ditentukan oleh Allah SWT.
Demi menjaga keharmonian dalam rumah tangga sikap tolak ansur itu amat penting. Tidak akan bahagia rumah tangga bika salah seorang mementingkan diri sendiri sehingga akhirnya menjadi pencetus hambarnya hubungan suami isteri.
Suami Isteri Kalau Nak Rumah Tangga Harmoni
Agar kebahagiaan dalam rumah tangga terus subur dan mekar, sama ada suami atau pun isteri, masing-masing mesti selalu ‘memberi.’
Sesungguhnya tangan yang memberi, lebih baik dari yang menerima. Baca perkongsian dari Ustaz Pahrol Mohamad Juoi.
Demi keharmonian dalam sebuah rumah tangga, suami isteri hendaklah berfikir bagaimana untuk “memberi” bukan “menerima”. Kedua-dua belah pihak perlulah melentur ego masing-masing untuk memulakan memberi kebaikan.
Jangan sekali-kali menanti, sebaliknya carilah peluang untuk berbuat kebaikan. Ingatlah pesan orang yang arif tentang cinta. Kata mereka, “Siapa yang lebih cinta, dialah yang lebih banyak memberi!”
Lebihkan ‘Memberi’ Berbanding ‘Menerima’
PEMBERI AKAN RASA LEBIH BAHAGIA
Ingatlah juga pesan hukama bahawa orang pertama mendapat manfaat daripada sesuatu kebaikan ialah orang yang melakukannya. Memberi ertinya kita melakukan kebaikan dan sebelum orang yang kita berikan kebaikan itu gembira dengan kebaikan yang kita berikan kepadanya, kitalah yang lebih dahulu akan berasa gembira. Percayalah, suami atau isteri yang “memberi” terlebih dahulu akan dapat merasakan kebahagiaannya.
Peribahasa Cina ada menyebutkan, tangan yang menghulurkan bunga mawar, pasti berbau harum. Oleh itu, carilah pasangan kita dan berilah sebarang bentuk kebaikan kepadanya.
Boleh jadi dalam bentuk senyuman, kata-kata yang baik, hadiah, belaian atau sekadar sebuah doa, insya-Allah kita akan berasa gembira ketika melakukannya. Kasih sayang antara suami isteri akan bertambah erat bila setiap kita memikirkan untuk memberi (menjalankan peranan) bukan untuk menerima (menuntut hak).
PENUHI HAK MASING-MASING
Apabila suami berperanan, hak isteri akan dipenuhi. Bila isteri berperanan, hak suami akan dipenuhi. Sebaliknya apabila masing-masing menuntut hak dan mula melupakan peranan, tiada siapa yang untung.
Bila kita memikirkan keadaan win-lose – kita menang, dia kalah, maka semuanya akan berakhir dengan keadaan lose-lose – kita kalah, dia kalah.
Sumber kredit: Ustaz Pahrol Mohamad Juoi
Artikel lain: Suami Isteri Amalkan Makan Bersuap, Hubungan Makin Intim, Rumah Tangga Bahagia
Rumah Tangga Berantakan, Menantu Bukan Pilihan Jadi Mangsa Ibu Mentua
Perkahwinan Mengajar Kami Berdua Mengejar Kebahagiaan Di Dunia Akhirat MK K-Clique
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI