Suami isteri nak rumah tangga bahagia, rajin-rajinlah bersembang, bukan layan gajet. Rumah tangga yang bahagia adalah impian setiap pasangan suami isteri. Namun, kebahagiaan ini tidak datang dengan sendiri, sebaliknya memerlukan usaha, pengorbanan, dan yang paling penting, komunikasi yang baik antara suami dan isteri.
Suami Isteri Nak Rumah Tangga Bahagia
Dalam era teknologi yang serba canggih ini, peranti seperti telefon pintar, tablet, dan komputer sering menjadi punca gangguan dalam hubungan pasangan. Oleh itu, suami isteri perlu bijak mengimbangi penggunaan gajet dan keutamaan mereka terhadap keluarga.
Kenapa Bersembang Itu Penting?
Menguatkan Hubungan Emosi
Perbualan yang bermakna antara suami isteri dapat memperkukuhkan hubungan emosi. Apabila kita meluangkan masa untuk mendengar dan memahami pasangan, ia menunjukkan bahawa kita menghargai kehadiran dan pendapat mereka. Ini adalah asas kepada hubungan yang mesra dan saling mempercayai.
Mencegah Salah Faham
Banyak konflik rumah tangga timbul akibat salah faham. Bersembang secara terbuka membolehkan pasangan menyuarakan perasaan dan menyelesaikan masalah sebelum ia menjadi lebih serius. Dengan berbincang, kita boleh memahami perspektif pasangan dan mencari penyelesaian yang terbaik bersama.
Mencipta Memori Indah
Masa yang dihabiskan bersama dengan berbual-bual dapat mencipta kenangan yang manis. Sama ada berbicara tentang pengalaman harian, berkongsi cerita lucu, atau merancang masa depan, momen-momen ini akan menjadi kenangan yang tidak ternilai dalam kehidupan rumah tangga.
Rajin-rajinlah Bersembang, Bukan Layan Gajet
Bahaya Gajet Dalam Rumah Tangga
Mengurangkan Interaksi Fizikal
Apabila terlalu asyik dengan gajet, perhatian kepada pasangan sering terabai. Ini boleh menyebabkan hubungan menjadi dingin kerana kurangnya interaksi secara langsung.
Ads
Menyebabkan Kejengkelan Pasangan
Apabila pasangan merasa diabaikan kerana kita lebih fokus kepada telefon atau tablet, ia boleh mencetuskan rasa kecewa. Dalam jangka masa panjang, ini boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga.
Mengasingkan Diri
Gajet boleh membuatkan seseorang lebih memilih untuk berkomunikasi secara maya berbanding secara bersemuka. Ini menyebabkan hubungan suami isteri kehilangan keintiman yang penting untuk kebahagiaan rumah tangga.
Cara Mengutamakan Komunikasi Dalam Rumah Tangga
Tetapkan Masa Tanpa Gajet
Amalkan masa tertentu dalam sehari di mana semua gajet diletakkan ke tepi. Gunakan waktu ini untuk berbual, berkongsi cerita, atau melakukan aktiviti bersama-sama.
Tanya Dan Dengar
Mulakan perbualan dengan soalan seperti, “Hari ini macam mana?” atau “Ada apa-apa yang ingin awak kongsikan?” Dengarkan dengan sepenuh hati tanpa mengganggu dengan gajet.
Ads
Luangkan Masa Berkualiti
Selain berbual, lakukan aktiviti bersama seperti memasak, menonton filem, atau berjalan-jalan. Ini akan meningkatkan hubungan dan menambahkan keseronokan dalam rumah tangga.
Rumah tangga yang bahagia memerlukan usaha daripada kedua-dua pihak. Dengan mengutamakan perbualan dan mengurangkan penggunaan gajet, pasangan suami isteri dapat mewujudkan hubungan yang lebih rapat dan harmoni. Ingatlah, kebahagiaan itu bukan datang daripada perkara yang besar, tetapi dari tindakan kecil yang dilakukan setiap hari, termasuk bersembang dan menghargai antara satu sama lain.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Anak-anak merupakan harta yang tidak ternilai buat mak ayah. Setiap mak ayah pastinya inginkan anak yang memiliki jiwa yang lembut agar mudah mendengar kata dan nasihat yang diberikan. Dalam mendidik jiwa anak-anak ini, sebenarnya ada doa-doa tertentu yang boleh diamalkan bagi melembutkan hati mereka, sekaligus dimurahkan rezeki yang melimpah ruah didalam kehidupan.
Doa ini merupakan ayat 19 surah As Syura, yang diajar dan diamalkan oleh Dato’ Ustaz Mohd Kazim Elias.Menurut beliau, caranya dengan letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun anak-anak sambil membaca dan mendoakan mereka agar dilembutkan hati.
Berikut perkongsian beliau;
“Saya selalu amalkan ayat ini iaitu ayat 19 surah As Syura untuk melembutkan hati dan amalan berzikir jugak memohon supaya dimurahkan rezeki.”
“Kalau dengan kanak-kanak saya selalu letakkan tapak tangan didada atau ubun-ubun mereka memohon agar Allah memberi jiwa yang lembut kepada mereka.”
“Begitu juga dizaman sekarang ini mudah sangat kata-kata nista, keji dan fitnah dilemparkan maka setiap kali saya dikeji dinista atau difitnah saya akan baca ayat ini sebagai zikir mohon kelembutan hati dan dimurahkan rezeki.. Alhamdulillah ,Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengkabulkan.. “
Selamat beramal!
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Mak ayah bolehlah amalkan doa ini selalu agar anak-anak dilembutkan hati mereka dan mudah menerima nasihat yang diberikan. Bahkan semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.
Isteri adalah punca rezeki dalam keluarga, jadi dahulukan isteri. Jangan sesekali seorang suami menganggap isterinya sebagai beban. Jika merasakan isteri sebagai beban, maka menjadi bebanlah dalam hidup rumah tangga.
Tetapi jika sebaliknya dan menganggap isteri sebagai asbab rezeki dan kekayaan, maka secara tidak langsung ia akan menjadi penarik rezeki.
Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan fahami sebaiknya.
“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi ‘magnet rezeki’.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumah tangga.
Isteri Bukan Beban, Bahagiakan Hatinya
Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Kata Ustaz Ebit Lew,
“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah.
Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.”
Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.
Kawan-kawan, Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insyallah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.
“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
MW: Bahagiakanlah isteri, insyallah rezeki akan berganda. Bila isteri bahagia, rumah tangga pun akan bertambah bahagia.
Kalau tetiba tengok wanita sentap, itu maknanya anda ada terlepas beberapa tanggung jawab yang penting patut anda tunaikan. Haa… bukan buat-buat saja buat ya, tetapi pasti ada sesuatu!
Cukup sukar untuk lelaki fahami kehendak sebenar seorang wanita tetapi sebenarnya ada beberapa tip mudah untuk anda elak daripada ‘meragut’ emosi wanita tersayang setiap hari…
1. Lupa tarikh penting
Jangan bagi alasan anda terlalu sibuk urusan kerja jika anda lupa bab tarikh-tarikh penting seperti ulang tahun perkahwinan, hari lahir anak, hari lahir isteri dan sewaktu dengannya. Perempuan yang memahami tidak meminta hadiah yang mahal-mahal, tetapi mencukupi jika lelaki mahu mengingati momen terindah.
Malah zaman makin maju, anda boleh terus guna nada peringatan di telefon masing-masing. Lagi senang, terus bulat dan catat besar-besar di kalendar.
2. Berkira duit
Mungkin tidak semua, tetapi memang wujud jenis sebilangan lelaki yang terlalu berkira dengan adik-beradik pasangan. Bukan tidak mampu berkongsi, mungkin kerana terlalu cermat. Cuba ubah, sesekali belikan hadiah buat keluarga pasangan. Mesti hati pasangan lebih senjang dan bertambah sayang.
3. Balik lambat
Lewat mana mahu pulang mungkin isteri tidak kisah kalau segala yang diperlukan sudah disediakan oleh lelaki. Dan pastikan perempuan tidak keseorangan di rumah. Kalau tidak, anda juga yang rimas. Kejap-kejap sampai mesej atau mungkin panggilan telefon setiap setengah jam. Tetapi jika dapat isteri jenis tidak kisah, jangan pula lelaki ambil kesempatan balik lewat hingga ke pagi. Hidup berumahtangga kena fikir soal tanggungjawab dan keselamatan isteri.
4. Bohong dan alasan
Ramai lelaki yang pilih jalan untuk menjaga hati orang yang disayangi sehingga masuk kes menipu. Ya, bukan niat hendak berbohong, tetapi jalan ini undang kemarahan perempuan dua kali ganda.
Apa salahnya jika berterus terang walau terpaksa dengar bebelan perempuan. Perlu anda tahu, wanita bebel adalah sebab prihatin dan sayang!
5. Abai nafkah
Tidak romantik mungkin tidak mengapa. Namun jangan pula lelaki abaikan nafkah kepada perempuan bergelar isteri. Mungkin wanita yang sayangi bekerja, tetapi nafkah tetap wajib berjalan seperti biasa, ya. Rujuk sini:
SOAL WAJIB MEMBERI NAFKAH
Kewajiban menafkahi sebab pernikahan
Seorang laki- laki jika menikahi seorang wanita, maka wajib baginya memberinya nafkah, hal ini didasari oleh beberapa hal:
– Allah berfirman:
وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ ۚ ‘’Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya dengan cara yang ma’ruf.’’ (QS.Al-Baqarah 228)
-Ibnu Katsir berkata,’’maksudnya, para isteri mempunyai hak diberi nafkah oleh suaminya yang seimbang dengan hak suami yang diberikan oleh isterinya, maka hendaklah masing- masing menunaikan kewajibannya dengan cara yang makruf, dan hal itu mencakup kewajiban suami memberi nafkah isterinya, sebagaimana hak- hak lainnya .’’ (Tafsir al-Qur’anil Adhim 1/272)
-Rasulullah bersabda;
وَلَهُنَّ عَلَيْكُمْ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ ‘’Dan mereka (para istri) mempunyai hak diberi rizki dan pakaian (nafkah) yang diwajibkan atas kamu sekalian (wahai para suami).’’ (HR. Muslim 2137).
Para ulama bersepakat atas kewajiban seorang suami memberi nafkah isterinya, seperti yang dikatakan oleh Ibnul Mundzir, Ibnu Hazm, Ibnu Qudamah dan lainnya.
Catatan:
Tidak menjadi suatu kewajiban seorang suami, jika isteri menolak, atau keluarga wanita tersebut menghalangi suami untuk mendekati dan berhubungan dengan isterinya, hal itu lantaran kewajiban suami memberi nafkah sebagai timbal- balik dari manfaat yang diberikan si isteri
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kanak-kanak tercekik gula-gula kritikal, ibu bapa pilu."Fahmi sedang berjuang untuk hidup. Seorang kanak-kanak lelaki yang tercekik gula-gula Gummy, dilaporkan dalam keadaan kritikal. Air matanya...