Suami Isteri Maut, Kereta Terbabas Dalam Perjalanan Hantar Barang Anak Masuk Kolej Matrikulasi

Share

Siapa sangka niat untuk menghantar barangan keperluan anak di kolej matrikulasi tidak kesampaian. Pasangan suami isteri yang maut selepas kereta terbabas di di KM 3.5, Jalan Gopeng-Kota Bharu, petang tadi dalam perjalanan menghantar barang yang dibeli kepada anaknya yang baru mendaftar di Kolej Matrikulasi Gopeng.

Keluar Beli Keperluan Barang Anak

Selepas menghantar seorang anak mereka ke kolej itu, Mohd Ramddan Abd Rahim, 44, dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43 serta ibu Mohd Ramddan, Noraini Ahmad, 63, serta anak pasangan itu yang berusia tujuh tahun, Nur Fatihah Najihah Mohd Ramddan keluar membeli barang.

“Mereka kemudiannya (ingin) kembali semula ke kolej matrikulasi berkenaan untuk menghantar barang yang dibeli namun sampai (dalam perjalanan) di tempat kejadian, kemalangan itu berlaku,” kata Ketua Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud.

Mohd Ramddan dan Kisdalliana terbunuh dalam kejadian itu manakala Noraini dan Nur Fatihah cedera parah apabila Proton Perdana yang mereka naiki terbabas kira-kira jam 5.20 petang.

Mohamad Nazri berkata hasil siasatan di tempat kejadian mendapati lokasi kemalangan itu adalah di kawasan sebuah kilang memproses tayar terpakai.

Katanya, polis yang tiba di tempat kejadian mendapai Proton Perdana dinaiki empat beranak itu yang dipandu oleh Noraini dari arah Gopeng menuju arah Kota Bharu berada di atas pagar kawasan kilang itu dengan bahagian hadapannya menghala ke arah jalan.

“Dua mayat suami isteri itu berada berdekatan dengan kereta dinaiki mereka dan difahamkan kedua-dua mayat dialihkan oleh pihak bomba.

Menurutnya lagi, punca kemalangan itu belum dikenal pasti dan masih dalam siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mesti Baca:Gadis Cekal Berperahu Rentas Sungai Rajang Ke Sekolah Kini Berjaya Bergelar Peguam!
Baca Lagi Di Sini:Baru Selesai Haji & Niat Keluar Dakwah 40 Hari Sebelum Meninggal, Jemaah Kongsi Sisi Lain Datuk Pahamin Rajab

Mingguan Wanita:Salam takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas ini. Semoga anak yang baru mendaftar kolej ini diberi kekuatan untuk terus belajar meskipun kehilangan kedua ibu bapa tersayang.

Sumber: Bharian

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Published by
Suhaidah Abd Wahab