Marah atau gaduh, sudah menjadi asam garam dalam kehidupan suami isteri. Kalau diingat kembali, masa bercinta memang susah nak bermasam muka, mesti cepat-cepat pasangan akan memujuk.
Tapi bila sudah berkahwin dan tahu hati budi luar dan dalam, semua ini tidak boleh ditahan-tahan lagi. Semuanya boleh terlepaslah. Kadang-kadang bila marah atau gaduh, mulalah keluar perkataan aku dan kau.
Sampaikan dah tak hilang panggilan manja masing-masing dek kerana geram dengan pasangan. Ini belum lagi ada yang terjerit-jerit mahu pun bertempik kerana terlalu marah, walaupun mungkin itu hanyalah perkara kecil sahaja.
Sepatutnya, perkara seperti ini tidak berlaku, kalau dibiarkan boleh bertambah besar masalah. Carilah penyelesaian yang terbaik. Setiap masalah ada penyelesaian, cepat atau lambat bergantung kepada timbang tara atau timbang rasa setiap pasangan.
Perkongsian daripada Zulfikarullah Ren boleh memberi pengajaran buat suami isteri di luar sana. Tak perlulah menjerit atau bertempik dan mulalah panggilan aku kau sebab terlalu geram dan marah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Suami Isteri Kena Ada ‘We Time’. Inilah Masa Nak Luah Perasaan Yang Terbuku
Sebelum Bertengkar, Suami Isteri Buat Tiga Perkara Ini, Gerenti LEMBUT HATI!
Info Lebih Menarik DI SINI
Suami isteri, andai bergaduh macam mana sekalipun jangan sesekali bertempik. Jangan sesekali kata aku kau.
Andai ianya terjadi, maka penyatuan hubungan kalian mula terbubar perlahan-lahan.
Hebat mana pun masalah yang melanda hubungan kalian, cari jalan penyelesaian bersama. Ye, mesti bersama-sama.
Tak boleh suami atau isteri sahaja yang bersungguh nak baiki hubungan. Sedangkan sebelah pihak lagi buat bodoh saja.
Titik penyelesaian itu pasti tidak akan ditemui sekiranya hanya sebelah pihak yang berusaha.
Sebuah sampan andai satu pendayung sahaja yang mendayung, tidak akan sampai ke destinasi.
Sebuah perkahwinan, sekiranya sebelah pihak sahaja yang berusaha, tidak akan ketemu destinasi bahagia.
Perkahwinan itu adalah sebuah penyatuan dua hati dan dua perasaan. Oleh sebab itu kedua-duanya perlu memainkan peranan masing-masing.
Sekiranya penyatuan ini mula terputus, maka tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan jika tidak ada usaha bersama untuk perbaikinya.
Ingat! Semua orang buat silap. Tetapi bukanlah bermakna selama-lamanya kesilapan itu bertakhta dalam diri mereka.
Tuhan itu Maha Pengampun. Setiap kesilapan sentiasa ada pintu maaf yang bersedia untuk menyambutnya.
Tetapi andai hati keras seperti batu. Tidak mahu berusaha melakukan perubahan diri. Maka tidak ada sesiapa lagi yang dapat membantu.
Sebab itu penyatuan itu penting dalam rumah tangga. Selagi kalian duduk dalam penyatuan, Insya-Allah jalan penyelesaian masih ada.
Rumah tangga ni umpama kapal yang belayar di lautan. Terkadang lautnya tenang, terkadang lautnya bergelora. Selagi kapal dikemudi dengan baik oleh semua anak kapal, Insya-Allah ianya tidak akan karam.
Masalah rumah tangga ini hanya boleh diselesaikan oleh kalian dan pasangan kalian. Orang lain hanya boleh memberi pendapat dan nasihat sahaja.
Keputusannya hanya ada dalam tangan kalian dan pasangan. Andai masih duduk dalam penyatuan, Insya-Allah positif keputusannya.
Jika tidak, terima lah hakikat bahawa kalian tidak lagi dapat bersatu.
Begitulah resam dalam perhubungan suami isteri.
Apa-apa pun, banyakkan berdoa dan mohon petunjuk dari Yang Maha Esa.
#MekanikCinta
MW: Setiap masalah yang ada pasti ada penyelesaian. Sama ada baik atau buruk, terimalah seadanya. Mugnkin ada yang lebih baik menanti.
Sumber: Zulfikarullah Ren
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita