Pasangan suami isteri yang sudah mula merasakan hubungan semakin ‘sejuk’ apa kata luangkan masa bersama untuk WE TIME berdua. Semarakkan kembali cinta dan kasih sayang antara suami isteri dengan menghabiskan masa bersama.
Luangkan masa untuk keluar berdua tanpa anak-anak. Luangkan sedikit masa untuk berbual sambil mengenang kisah cinta kalian berdua. Dengan cara itu hubungan dengan pasangan kembali hangat semula. Tidak dapat dinafikan, kesibukan bekerja akan membuatkan anda dan pasangan kurang memberi perhatian antara satu sama lain.
Suami Isteri Luangkan Masa Untuk Me Time & We Time
Selain WE time, adakan juga ME untuk diri masing-masing. Pilih hari-hari tertentu untuk keluar dengan kawan-kawan. Bagi si isteri, minta izin dahulu daripada suami. Bagi suami pula, tidak salah memberikan izin untuk isteri anda keluar bersama rakan-rakannya untuk sekadar lepak, membeli belah mahu pun ke spa.
Berikut perkongsian Salwa Mohd Salleh tentang penting ME time dan WE time:
Paling Kurang Sebulan Sekali
1. Setiap pasangan tak kira yang baru berkahwin atau yang dah lama berkahwin perlukan kedua-dua perkara ini.
2. ME time maksudnya masa bersendirian. Suami perlukan, isteri juga perlukan. Meleraikan kekusutan atau Winding Off kata orang Teluk Intan.
3. Ada orang ambil ME time dengan duduk kedai makan atau cafe, menikmati secawan kopi dan sepotong kek. Ada orang prefer window shopping (isteri la tu). Ada juga yang just nak keluar dan drive sekejap sambil dengar radio. Ada yang nak me time dengan lepak-lepak bersama kawan dekat mamak. Up to you.
4. Kenapa kena ada ME time? Untuk rehatkan diri. Rileks. Tanpa kehadiran pasangan atau anak-anak. Kita boleh buat apa yang kita nak buat seperti membaca, tengok dokumentari, mengait beg or simply tengok ulasan bola sorang diri. Just enjoy urself.
5. Kalau WE time pulak adalah masa suami dan isteri spent bersama. Buat aktiviti together. Bersukan ke, makan-makan ke, pegi tengok wayang ke. Anything lah yang berdua.
6. Culture atau budaya ini tidak popular lagi di Malaysia. Kebanyakannya masih terkepung dengan idealogi mesti bersama-sama tidak kira apapun. Sedangkan kita juga perlu rehat untuk diri kita. Dan perlu berdating suami isteri untuk kembalikan nostalgia memula kahwin dulu dan tambah kemanisan rumah tangga.
7. Emak antara yang dulu buat silap. Awal perkahwinan sampai dah lebih sepuluh tahun kahwin, Emak selalu rasa mesti 100% mengorbankan tenaga untuk keluarga. Penat ke ape ke tak reti nak rehat. Tak reti nak mintak time off dari suami. Sedangkan lama-lama jadi makan diri.
8. Jadi bila sudah belajar sikit-sikit tentang kepentingan jaga diri, sayang diri, Emak pun dah pandai mintak Me time beberapa tahun kebelakangan ni. Ayah okay je actually. Bila Emak happy, ayah pun happy. Haa gituh.
9. Kami pun sudah ambil masa untuk WE time juga. Bukan lama pun. Kadang hanya sejam dua. Sekadar duduk minum teh atau kopi sambil berbual tentang apa sahaja. Kadang tentang iklim dunia, publication dekat high index, research design, methodology,, nak lunch apa, nak buat apa. Ikutlah nak sembang apa pun. Tanpa anak-anak.
10. Penting sangat ME time dan WE time ini. At least sebulan sekali buat. Isteri kena bagi masa pada suami untuk dia berseorangan atau lepak dengan kawan lelaki dia. Suami kena beri izin isteri keluar sendiri atau dengan kawan wanita (bagi sekali duit belanja, lagi awesome!). Lagi-lagi kalau isteri yang suri rumah. Yang penting TRUST dan PERCAYA. Janganlah pula salah guna.
11. ME time and WE time juga penting untuk kesihatan minda. Kajian menunjukkan jika orang dewasa meluangkan masa bersendirian untuk ‘self-care’, dia akan mempunyai kesihatan mental yang lebih baik (Dixon, 2020).
12. Kajian yang lagi terkini menunjukkan bahawa jika kira bersendirian (dari sudut positive context, contohnya ambil me time) kita dapat mengurangkan stress (William, 2021).
13. Kalau belum mulakan, cubalah. You will find it helpful untuk kesejahteraan keluarga.
Sumber kredit: Salwa Mohd Salleh
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI